Khamis, 23 Disember 2010

syukur

Alhamdulillah..

Tahniah akhi Nik Muhamad Abir Al-islami kerana mendapat keputusan CEMERLANG!! 9A PMR.. secara jujurnya memang akak ilah tak sangka dengan keputusan ini(jgn marah..)hihi..sebab  awak  sentiasa sibuk  mewakili sekolah dalam SUKAN DAN DEBAT..  nampaknya dalam family kita dah ada pesaing hebat!! beah dan aqih harap kalian dapat kekalkan prestasi abg abir kita nie…
Ape2 pon harap kejayaan ni dapat menjadikan ABIR insan yang bersyukur dan semakin meningkat keimanan kepada Allah.. jalankan amanah dengan sebaiknya.. hah!! lagi satu… teeeet (nnt akak ilah bg tahu time call awk)
Pilih takhasus yang awak rasa minat dan mampu (science please..) hihi. Bincanglah dengan ummi, abah, along, abg uqbah, tyra, ustaz, ustazah, idola, the rest……akak ilah doakan yang terbaik untuk ABIR..
*tolong ummi kat rumah tau.. awak akan jadi ‘anak sulung’ nanti.. selamat jalankan amanah ini..
Tahniah juga kepada sepupuku.. IRA,FAUZAN,NAZMI.. dan junior Sek.Men.Islam hidayah(batch14) tak lupa kepada ustaz ustazah khususan ummiku sayang...kerana telah mendidik kami semua

Isnin, 20 Disember 2010

MacaminiCINTAaku....


     'Hari ini jelajah kembali blog batch.. ku pusing2 dan akhirnya bertemu kembali post ni..Alhamdulillah yg ku cari berjaya ditemui.. ku sekadar ingin berkongsi dengan yang lain… harap bermanfaat.. syukran kepada insan yang telah mempost (i'm.thankful) minta maaf ambil BANYAK point dari post tersebut..'

macaminiCINTAaku
akucintadiatapiakupalingcintaDIAsebabsatuhariakulupaDIA
akurasaakubukanlagimanusia.silapsilapakubolehjadisepertihaiwan
dihutanbelantara.
DIAbagiakudekatdenganhatiyangsentiasa
bahagia
.akutahu
nakdapatyangserbagembirakenasabarsentiasa.
bilasabardandapat
hadiahDIAakurasahidupakusangat
bermakna.akutahuDIAselaluingatdansayangaku
sampaibilabila.manapernah
DIAtinggalkanakuwalausekelipmata
sebabituakumestibuatyangterbaikuntukDIAsebabaku
takmungkindapathiduptanpaDIA.
sebabbagiaku
DIAadalahsegalagalanya.

siapaDIA?

bak kata keua pelajar 08/09 masa last 1st sem:
awek ana siapa? awek ana ALLAH.

so, kepada sesiapa yang rasa dia ada cinta lain selain ALLAH, Rasul-Nya dan mak ayah dia, baik stop jelah. nak admire tu pendam jelah kat hati. Allah akan bagi jugak jodoh tu...ustazah shahidah(ustazah PSI ku time form4) kata, kalau kita sukakan seseorang, baca doa dalam surah al-qasas ayat 24. Rabbi inni lima anzalta ilayya min khoirin faqeer.

Hmm, SEMPURNA sangat ke hidup bercouple-couple ni? Oh, tak tahu pulak kan ada manusia boleh mati tak ada couple.

jadi, nak ke kita ragu2kan nikmat CINTA DIA yang tak akan pernah pudar pun macam cinta manusia?
semua benda yang Allah bagi percuma, tapi berapa saat je kita bagi kat Dia untuk ingat DIA?              
-bak kata kata ustaz Ezaidin(ustaz SEJ yg baik hati): La Taqrabul Ikhtilat!



      islam itu indah... indahkanlah dirimu dengannya                                                                                                                                 





Khamis, 16 Disember 2010

TRAGEDI


Sedang khusyuk ku menulis makna kalimah pada kertas istima’.. tiba-tiba………
BAM!!!..  ustazah aala(guru istima’ ku)  ketuk meja di depanku..hanya Allah saja yang tahu betapa terkejutnya diri ini.. mula2 ku tergelak sama tp jantungku berdegup semakin kencang dan saat itu juga air mata ku menitis dan muka ku merah.. tanganku juga turut menggigil.. ustazah aala memegang kepalaku agar ku tenang tp nafasku seakan sesak.. dan ustazah aala mendekatiku dan merasa degupan jantungku huh laju tue.. ku diminta pergi ke toilet dan basuh muka agar tenang kembali

Di toilet…
Pernafasanku masih tidak stabil. Lama gak arr kat toilet dan bila ku nak buka pintu tiba-tiba ustazah aala ada kat depan pintu..huh. myb dia risau sbb lama sgt dalam toilet.  ku dibawa ke bilik minum dan ustazah aala beri minum air teh panas dan air putih.. terharu tue.. ku diminta rehat disitu dan dr salim juga menjeguk ku             ( memang terharu….) bila pernafasan ku dah stabil, ku masuk ke kelas istima’ balik… hihi. Tak pernah ku terperanjat sampai macam tue sekali..  Alhamdulillah tak pengsan.. adoi.. bile fikir balik segan plak kihkih..
sekadarmembuangmasa

Rabu, 15 Disember 2010

Hikayat Rabi'atul Adawiyah

kerja kitabah markaz lughoh iaitu kisah taa'jub...
ku terbaca dari sebuah buku hadiah yang ku terima di INTEC (peliharalah dirimu duhai wanita).. kisah ini memang menarik minatku dan beri kesan kepada hati ini dan lantas ku menekan "create new bloger" summa sign in... hihi

hayati kisah ini........

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi’atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwhudu’, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba- tiba Rabi’atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, “Hei,jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini.”
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang baik hati seperti Rabi’atul Adawiyah. Kebiasaanya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
“sila ambil sesuatu.” Kata Rabi’atul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
“tiada apa-apa yang boleh ku ambil daripada rumahmu ini.” Kata pencuri berterus-terang.
“Ambillah itu!” kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang  buruk tadi.
“Ini hanyalah kendi buruk yang tidak berharga.” Jawab si pencuri.
“Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil whudu’ menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang berharga daripada pondok burukku ini.” Balas Rabi’atul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi’atul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan membawa ke bilik air, lalu berwhudu’ menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan satu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.
Rabi’atul Adawiyah lantas berdoa, “Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapanMu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada  memperolehi nikmat dan rahmat-Mu”

ku merenung jauh.. adakah mampu ku mencontohi sifatnya?? 
islam itu indah.. indahkanlah dirimu dengannya

Khamis, 9 Disember 2010

سنة حلوة


سنة حلوة

selamat hari lahir...moga sentiasa dibawah lembayung rahmat ilahi
adikku ATIRAH (3/12)
Akak ilah doakan semoga tyra menjadi anak solehah, berjaya dalam segala bidang yang diceburi.. nk jadi ustazah kan? amin.... rajin-rajin tolong ummi kat rumah heh..jaga kesihatan... syukran selama ini tolong akak ilah dan menjadi adik yang terbaik.. miss u so much. hanya Allah yang dapat membalas budi baik tyra selama nie.. (dah tua dah dia hihi)

nendaku (6/12)
atok... qila doakan atok sihat. maafkan salah silap qila selama ini.. syukran atok sebab selalu bagi nasihat. insyaAllah qila akan buat yang terbaik. qila nak jadi macam atok.. kuat beribadah,muka atok sentiasa tenang, hafal qur'an..syukran atok, hanya Allah mampu balas jasa atok .. 
(air mataku menitis betapa ku rindukan atok ) 
ya Allah, berkatilah hidup atok.. berilah kesihatan kepada atok, amin

kaklong (9/12)
kaklong ku sayang... qila doakan along berjaya dalam bidang yang along ceburi..semoga along mampu menjadi ustazah dan manager camp yang terbaik..amin. syukran kaklong atas segalanya.. hanya Allah mampu balas jasa budi kaklong selama ini.. moga kaklong sihat sentiasa.. kaklong inspirasiku 

mereka adalah inspirasiku.. maaflah kek coklat tak de.. kek yang qila buat time raya tu merangkumi untuk birthday semua boleh tak?? kihkih. suruh abir/beah/aqih/tyra(klau nak buat kek untuk diri sendiri)... qila dah ajarkan before fly =) syukran semua...

Ahad, 5 Disember 2010

....bidadari...


biDAdaRi...

Aku JuGa PerEmPuaN...

PuNyai IMpian..

AngGun Di BaluT perHiaSan..

hIduP BErGemErlaPan..

Bak Artis PuJaaN..



Ku InGin BerMadaH PuiSi..

BerSyaiR dan MenyaNyi...

LincAh MenarI..

MenghiBur Dan meNyeri..



Namun...

Aku Bukan PereMpuan..

GopOh MenGeJar KemaSyurAn..

Di TemPaT persinnGgAhan...

TiAda BerkeKalaN..


KuinGin KemUliAAn Abadi..

KemaSyuRan HakiKi..

BukaN YanG TiADa ERti..

BUKan YANG DiMUrkaI ilahi..

bUkan DiDunIa Ini...

Tapi DI taMan SyUrgawI..

IngInkU KeKal SebaGai BiDaDaRii....






DiPetik Dari noVel TauTan Hati
kaRya FatiMah SYarHa..

Isnin, 29 November 2010


Sel, 16 Nov 2010 16:48 | Dr. Aidh Al-Qarni


    Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai    Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Islam itu indah... indahkanlah dirimu dengannya

Jumaat, 26 November 2010


Rindu adik!!!
Tetiba teringatkan adik comel dua org nie..
Nama mereka bukan main panjang
Tp nama panggilan paling pendek…. hihi

Along : nama aqih ape?
Aqih   : Nama panjang.. nik faqihah farhanah.
              Nama sederhana.. faqihah
              Nama pendek… aqih

Nak cerita sikit….
 Nik Rabiatul Adawiyah An-Naimah (beah)
 Ku tabik dgn beah sbb, walaupun dia baru darjah 4
Tp matang dan kalau bab study memang top sgt..
Bayangkan.. klau minggu exam plg awal tidur pukul 2pg
Kalah kakak dia ni yang nak exam besar..
Beah yang selalu teman bile ku nk stay up (sbnrnya dia nk suruh ajar sbb exm nak dekat ish2)
 Nik Faqihah Farhanah (aqih)
Adik bongsu  (6 tahun) tp macam kakak kepada beah.
Sebab ape??
Lebih matang dari beah dan beah selalu ikut cakap dia( beah lembut sgt)
Kalau dia cakap.. kalah makcik2 kat kampung.. hihi (jgn marah)
Part plg best bile gaduh dgn aqih.. (abg pon join sekali)
Tp tanggung sendirilah bile ummi marah huhu (kdg ummi pon layan jer bile ku usik aqih)

Aqih dan beah paling tak minat nak jalan dgn kakak dia nie (sayalah) sbb ku akan genggam tgn mereka berdua sepanjang masa (sayang adik lah katakan) then kalau nak beli apa2 yang mengarut mesti ku tak bagi (bdk econs.. mestilah syg duit) tp ku yakin diorg suka gak jalan dengan ku  (ada unsur perasan tahap giga) sbb…. ku lebih sanggup teman diorg main kat taman mainan sementara tunggu family habis shopping (bab pergi shopping plg MALAS!!)
Rinduku memuncak!!! Beah dan aqih… ganti kerja akak ilah kat rumah heh.. tolong ummi.
 Sayang beah dan aqih (skype selalu) =)

Khamis, 25 November 2010

Sijil Pelajaran Malaysia

detik 23/11/2010 

               Selamat menduduki exam Sijil Pelajaran Malaysia khasnya...
adik tersayang Nik Atirah dan junior2 Sekolah Menengah Islam Hidayah JB..
Bittaufiq wannajah..
kekalkan kecemerlangan abg2 dan kakak2 senior.. 
buktikan yang batch 12 boleh buat yang lebih baik



Selasa, 23 November 2010

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”

islam itu indah...indahkanlah dirimu dengannya

Ahad, 21 November 2010

KAMBING oh KAMBING


DI MALAYSIA

ummi : qila,nanti daging kambing dah empuk ajak adik2 makan. umi nak pergi program
qila   : ok.. hihi. ku salam dan cium pipi umi sayang..

10minit kemudian

qila   : tyra,abir,beah,aqih.. jom makan
abir   : akak ilah tak makan ke?
tyra  : eh,akak ilah mana makan daging kambing
qila   : =)

disebabkan tak boleh makan dan bau kambing ku tak jamah walau sedikit makanan dari pagi sampai malam.. huhu............

DI JORDAN

qila      : eh, kite sebenarnya tak makan kambing
kawan : yeke... tp nie daging kambing tau (muka serius tahap giga..)
qila      : tahu.(muka selamba tahap giga gk).tp kat sini boleh masuk plak daging nie... layan jelah. hihi
             sedap plak tu... rezeki jgn ditolak.. hehe

beberapa minit kemudian.......................................................................................................

**alamak!! pening kepala, mual. panas satu badan, rasa nak mun... pon ada.**

itulah sapa suruh MAKAN ikut NAFSU..
peringatan untuk tuan punya badan.....
sape yang patut dipersalahkan???

a)kambing     b)tuan kambing   c)tukang masak  d)ikut kata hati anda

*sendirisalahtaknakngakuterukbetul

Sabtu, 20 November 2010

L . O . V . E


teman seperjuanganku...
kenangan bersama takkan ku lupakan
IKHLAS menjadi bukti pertemuan dan perpisahan
senda gurau teriak nangis semyum masam marah gembira
ku rindu kalian semua.......
pizameikyangkakpa'massihanityraketchaamarnenohudanidaapiqamizahshahirahdijah
teman dikala susah dan senang
thank you teman
kullu 'am wa antum bikhair

Khamis, 18 November 2010

KORBAN pertama

Sempena Hari Raya AidilAdha yang PERTAMA di Irbid,Jordan.

Rentetan hari raya ku……
Bermula…6:45pg  berlari anak (jalan je kot..) ke MASJID YARMOUK.. khutbah yg diberi pada firasatku amat bermanfaat kpd semua umat islam tp rasa sedih sebab  tak memahami isi khutbah tu.in  Arabic la katakan(teruknyer diri ini)

 Lepas bersalaman, menuju ke jamuan dan rumah kak khadijah (kakak tasnim nizam) kenyang..
makan nasi impit, serunding,lodeh, kuah kacang…. Bnyk lah.

Pastu meneruskan pengembaraan ke rumah kak syida, makan soto dn roti jala..
Perut kenyang… tasnim punyer pasal la nie paksa mkn bnyk2 hihi.. balik ke sakan sambung rewang…..

Sakan kuning ada open sakan. Open sakan ni ntuk sume stdnt mara tahun 1 khas dan stdnt Jordan lain.

Kami masak
 -nasi tomato
-bakso
-laksa penang
-puding
-sup jagung
-kuih cornflakes

Start jam 3:30ptg.. syabab takbir raya (sebak..teringat family..huhu) then jamah makanan..
Kami yang kerja mengemas lps jamuan adalah muka2 yg makan plg banyak kihkih.. yelah time nk start kemas makan, tgh kemas makan,dh hbs kemas makan lg.. adoi..

Time nk makan terngiang2 pesanan abah “ aqilah, makan jgn tak makan.. biar terlebih makan tp ingat.. jgn terlebih tidur” hihi menambah motivasi ku ntuk makan tp pesanan terakhir tue perlu gak diambil berat…. kihkih

Bebel panjang plak… sebenarnyer nak ucap

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
KULLU ‘AM WA ANTUM BIKHAIR
Kepada seluruh ahli keluargaku…sedara mara… teman- teman…
Minta maaf salah silap yang tak terkira sama ada sengaja atau tak sengaja..
Doakan diriku di sini..


*post jaulah ke laut mati terpaksa dilambatkan sikit sbb camerawomen blum bg gmbr lagi…