Isnin, 29 November 2010


Sel, 16 Nov 2010 16:48 | Dr. Aidh Al-Qarni


    Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai    Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Islam itu indah... indahkanlah dirimu dengannya

Jumaat, 26 November 2010


Rindu adik!!!
Tetiba teringatkan adik comel dua org nie..
Nama mereka bukan main panjang
Tp nama panggilan paling pendek…. hihi

Along : nama aqih ape?
Aqih   : Nama panjang.. nik faqihah farhanah.
              Nama sederhana.. faqihah
              Nama pendek… aqih

Nak cerita sikit….
 Nik Rabiatul Adawiyah An-Naimah (beah)
 Ku tabik dgn beah sbb, walaupun dia baru darjah 4
Tp matang dan kalau bab study memang top sgt..
Bayangkan.. klau minggu exam plg awal tidur pukul 2pg
Kalah kakak dia ni yang nak exam besar..
Beah yang selalu teman bile ku nk stay up (sbnrnya dia nk suruh ajar sbb exm nak dekat ish2)
 Nik Faqihah Farhanah (aqih)
Adik bongsu  (6 tahun) tp macam kakak kepada beah.
Sebab ape??
Lebih matang dari beah dan beah selalu ikut cakap dia( beah lembut sgt)
Kalau dia cakap.. kalah makcik2 kat kampung.. hihi (jgn marah)
Part plg best bile gaduh dgn aqih.. (abg pon join sekali)
Tp tanggung sendirilah bile ummi marah huhu (kdg ummi pon layan jer bile ku usik aqih)

Aqih dan beah paling tak minat nak jalan dgn kakak dia nie (sayalah) sbb ku akan genggam tgn mereka berdua sepanjang masa (sayang adik lah katakan) then kalau nak beli apa2 yang mengarut mesti ku tak bagi (bdk econs.. mestilah syg duit) tp ku yakin diorg suka gak jalan dengan ku  (ada unsur perasan tahap giga) sbb…. ku lebih sanggup teman diorg main kat taman mainan sementara tunggu family habis shopping (bab pergi shopping plg MALAS!!)
Rinduku memuncak!!! Beah dan aqih… ganti kerja akak ilah kat rumah heh.. tolong ummi.
 Sayang beah dan aqih (skype selalu) =)

Khamis, 25 November 2010

Sijil Pelajaran Malaysia

detik 23/11/2010 

               Selamat menduduki exam Sijil Pelajaran Malaysia khasnya...
adik tersayang Nik Atirah dan junior2 Sekolah Menengah Islam Hidayah JB..
Bittaufiq wannajah..
kekalkan kecemerlangan abg2 dan kakak2 senior.. 
buktikan yang batch 12 boleh buat yang lebih baik



Selasa, 23 November 2010

6 WASIAT SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
Aku berwasiat kepadamu enam perkara :

Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana, celamu lebih banyak darinya.

Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH s.w.t.! Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.

Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Sebab, andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana, jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat. Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.”

islam itu indah...indahkanlah dirimu dengannya

Ahad, 21 November 2010

KAMBING oh KAMBING


DI MALAYSIA

ummi : qila,nanti daging kambing dah empuk ajak adik2 makan. umi nak pergi program
qila   : ok.. hihi. ku salam dan cium pipi umi sayang..

10minit kemudian

qila   : tyra,abir,beah,aqih.. jom makan
abir   : akak ilah tak makan ke?
tyra  : eh,akak ilah mana makan daging kambing
qila   : =)

disebabkan tak boleh makan dan bau kambing ku tak jamah walau sedikit makanan dari pagi sampai malam.. huhu............

DI JORDAN

qila      : eh, kite sebenarnya tak makan kambing
kawan : yeke... tp nie daging kambing tau (muka serius tahap giga..)
qila      : tahu.(muka selamba tahap giga gk).tp kat sini boleh masuk plak daging nie... layan jelah. hihi
             sedap plak tu... rezeki jgn ditolak.. hehe

beberapa minit kemudian.......................................................................................................

**alamak!! pening kepala, mual. panas satu badan, rasa nak mun... pon ada.**

itulah sapa suruh MAKAN ikut NAFSU..
peringatan untuk tuan punya badan.....
sape yang patut dipersalahkan???

a)kambing     b)tuan kambing   c)tukang masak  d)ikut kata hati anda

*sendirisalahtaknakngakuterukbetul

Sabtu, 20 November 2010

L . O . V . E


teman seperjuanganku...
kenangan bersama takkan ku lupakan
IKHLAS menjadi bukti pertemuan dan perpisahan
senda gurau teriak nangis semyum masam marah gembira
ku rindu kalian semua.......
pizameikyangkakpa'massihanityraketchaamarnenohudanidaapiqamizahshahirahdijah
teman dikala susah dan senang
thank you teman
kullu 'am wa antum bikhair

Khamis, 18 November 2010

KORBAN pertama

Sempena Hari Raya AidilAdha yang PERTAMA di Irbid,Jordan.

Rentetan hari raya ku……
Bermula…6:45pg  berlari anak (jalan je kot..) ke MASJID YARMOUK.. khutbah yg diberi pada firasatku amat bermanfaat kpd semua umat islam tp rasa sedih sebab  tak memahami isi khutbah tu.in  Arabic la katakan(teruknyer diri ini)

 Lepas bersalaman, menuju ke jamuan dan rumah kak khadijah (kakak tasnim nizam) kenyang..
makan nasi impit, serunding,lodeh, kuah kacang…. Bnyk lah.

Pastu meneruskan pengembaraan ke rumah kak syida, makan soto dn roti jala..
Perut kenyang… tasnim punyer pasal la nie paksa mkn bnyk2 hihi.. balik ke sakan sambung rewang…..

Sakan kuning ada open sakan. Open sakan ni ntuk sume stdnt mara tahun 1 khas dan stdnt Jordan lain.

Kami masak
 -nasi tomato
-bakso
-laksa penang
-puding
-sup jagung
-kuih cornflakes

Start jam 3:30ptg.. syabab takbir raya (sebak..teringat family..huhu) then jamah makanan..
Kami yang kerja mengemas lps jamuan adalah muka2 yg makan plg banyak kihkih.. yelah time nk start kemas makan, tgh kemas makan,dh hbs kemas makan lg.. adoi..

Time nk makan terngiang2 pesanan abah “ aqilah, makan jgn tak makan.. biar terlebih makan tp ingat.. jgn terlebih tidur” hihi menambah motivasi ku ntuk makan tp pesanan terakhir tue perlu gak diambil berat…. kihkih

Bebel panjang plak… sebenarnyer nak ucap

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
KULLU ‘AM WA ANTUM BIKHAIR
Kepada seluruh ahli keluargaku…sedara mara… teman- teman…
Minta maaf salah silap yang tak terkira sama ada sengaja atau tak sengaja..
Doakan diriku di sini..


*post jaulah ke laut mati terpaksa dilambatkan sikit sbb camerawomen blum bg gmbr lagi…

Isnin, 15 November 2010

strategi..

Alhamdulillah.. exam bahasa arab istidraki dah berakhir dengan jayanya. Kini ku ingin menikmati cuti sempena HARI RAYA AIDILADHA yang pertama di JORDAN..  ku perlu rancang strategi cuti ku hihi.

-          - Pergi top-up ibadah (qiam di byt khadijah khuwailid)
-          - Pergi top-up ukhwah (jaulah ke laut mati)
-          - Pergi top-up barang dapur hihi
-          - Pergi top-up kerja (urus program hari raya johor)
-          - Pergi top-up makan (jamuan abu samah,sakan kuning,prog raya johor, permai..)
-          - Pergi top-up pakaian (hihi pergi balad *plg lemah bab berbelanja adoi)

Post yg xbermanfaat..maaf yer. Eceee cm ada org nk baca jer.
**Post seterusnyer insyaAllah ttg jaulahku ke laut mati**

Ahad, 7 November 2010

7 / 11 / 2010

Detik demi detik..akhirnya tiba jua ku dengannya…
“HARI ISTIMEWA UNTUK YANG TERISTIMEWA”

Sanah Helwah Ummi..
Pertama kali ku berjauhan dengan ummiku dihari istimewa ini

Ummi, aqilah doakan agar ummi sentiasa dibawah lembayung rahmat ilahi, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan kebahagiaan dr ilahi… amin. Maafkan salah silap anakanda dan syukran kerana telah mendidik kami semua dengan penuh kasih sayang..dan bersabar dengan kerenah aqilah yang memeningkan ini… hihi (tahun ni tak berkesempatan untuk buat kek coklat untuk ummi) mohon dihalalkan segalanya dan doakan anakandamu disini…





ISLAM itu indah..indahkanlah dirimu dengannya



Jumaat, 5 November 2010

Tentang Ayah


Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

ABAHKU SAYANG.. maafkan anakandamu ini dan syukran kerana telah mendidikku dengan penuh kasih sayang...
BILA RINDU…

 Sudah sebulan lebih ku disini.. tidak dinafikan rasa rindu kepada yang tersayang di Malaysia semakin memuncak..  menjadi salah satu aktiviti yang di highlight dalam jadualku iaitu.. call ‘si dia’ sekurang-kurangnya sekali seminggu.. huh kaya pak arab yang jual weinak. Pernah ku persoalkan kepada abang kesayanganku ( dialah satu2nya abangku) ‘awat abg uqbah tak selalu online?  Kan lebih murah..ecee alasan semata.. dgn bangga dia menjawab “ dengar suara kan lbh best  dr taip kat skype” (ada unsur penambahan disitu)tp tak lari maksud..hihi.oleh sebab itu,abg uqbah akan guna teknik licik dia iaitu missedcall.. apabila tiba detik untuk menghubungi familyku..insan  pertama yang  di tekan numbernya ialah UMMI ku sayang .. tp yang menambah seri sepanjang perbualan kami berdua adalah adik2 yang disayangi.. tetiba faqihah(adik kecilku) mengeluarkan bunyi tangisannya.. syahdu sungguh hati ini..ku jenis yang tak pakar untuk meluahkan rasa rinduku tp ku yakin mereka mengetahuinya. Agenda seterusnya ialah call ABAH yang kucintai.. ku perlu call berasingan sbb mereka berjauhan.. ABAH kerja di kuala lumpur dan UMMI di johor.. (jauh di mata dekat di hati.. ) sebenarnya abah dan ummiku graduan dari university Al-Azhar,mesir.. kadang ku rasa tercabar untuk mendalami dan menguasai bahasa arab lebih dr mereka berdua tapi mampukah diri ini??.. tetiba ku teringat gelagat ummi dan abah..bercakap  sesama mereka dalam bahasa arab(sweet sungguh!!) dan kami adik-beradik akan terpinga-pinga dn kini ku rindukan saat itu!!.. bila dah berjauhan timbullah idea ‘bernas’ dari adikku “akak ilah,buatlah facebook..nanti senang nk chat ngan awak, abah pon boleh chat dgn akak ilah” .. dgn rasa bersalah ku menyumbangkan idea yang mungkin agak bernas(bg diri ini yg tak nak berfacebook).. “buatlah skype..lg best” akhirnya mereka mengalah hihi.. idea akak ‘kesayangan’lah katakan. Walaupun rasa rindu makin memuncak tp hati ini terasa dekat dgn mereka semua.. teringat nasihat dari ABAH time kat airport… “Aqilah,jaga dhuha.. dhuha adalah penghubung antara abah dgn aqilah” insyaALLAH.. opps (mukaku berubah warna) 

Salam sayang dan rindu dari anakmu,adikmu dan kakakmu…doakan ku disini