Khamis, 23 Disember 2010

syukur

Alhamdulillah..

Tahniah akhi Nik Muhamad Abir Al-islami kerana mendapat keputusan CEMERLANG!! 9A PMR.. secara jujurnya memang akak ilah tak sangka dengan keputusan ini(jgn marah..)hihi..sebab  awak  sentiasa sibuk  mewakili sekolah dalam SUKAN DAN DEBAT..  nampaknya dalam family kita dah ada pesaing hebat!! beah dan aqih harap kalian dapat kekalkan prestasi abg abir kita nie…
Ape2 pon harap kejayaan ni dapat menjadikan ABIR insan yang bersyukur dan semakin meningkat keimanan kepada Allah.. jalankan amanah dengan sebaiknya.. hah!! lagi satu… teeeet (nnt akak ilah bg tahu time call awk)
Pilih takhasus yang awak rasa minat dan mampu (science please..) hihi. Bincanglah dengan ummi, abah, along, abg uqbah, tyra, ustaz, ustazah, idola, the rest……akak ilah doakan yang terbaik untuk ABIR..
*tolong ummi kat rumah tau.. awak akan jadi ‘anak sulung’ nanti.. selamat jalankan amanah ini..
Tahniah juga kepada sepupuku.. IRA,FAUZAN,NAZMI.. dan junior Sek.Men.Islam hidayah(batch14) tak lupa kepada ustaz ustazah khususan ummiku sayang...kerana telah mendidik kami semua

Isnin, 20 Disember 2010

MacaminiCINTAaku....


     'Hari ini jelajah kembali blog batch.. ku pusing2 dan akhirnya bertemu kembali post ni..Alhamdulillah yg ku cari berjaya ditemui.. ku sekadar ingin berkongsi dengan yang lain… harap bermanfaat.. syukran kepada insan yang telah mempost (i'm.thankful) minta maaf ambil BANYAK point dari post tersebut..'

macaminiCINTAaku
akucintadiatapiakupalingcintaDIAsebabsatuhariakulupaDIA
akurasaakubukanlagimanusia.silapsilapakubolehjadisepertihaiwan
dihutanbelantara.
DIAbagiakudekatdenganhatiyangsentiasa
bahagia
.akutahu
nakdapatyangserbagembirakenasabarsentiasa.
bilasabardandapat
hadiahDIAakurasahidupakusangat
bermakna.akutahuDIAselaluingatdansayangaku
sampaibilabila.manapernah
DIAtinggalkanakuwalausekelipmata
sebabituakumestibuatyangterbaikuntukDIAsebabaku
takmungkindapathiduptanpaDIA.
sebabbagiaku
DIAadalahsegalagalanya.

siapaDIA?

bak kata keua pelajar 08/09 masa last 1st sem:
awek ana siapa? awek ana ALLAH.

so, kepada sesiapa yang rasa dia ada cinta lain selain ALLAH, Rasul-Nya dan mak ayah dia, baik stop jelah. nak admire tu pendam jelah kat hati. Allah akan bagi jugak jodoh tu...ustazah shahidah(ustazah PSI ku time form4) kata, kalau kita sukakan seseorang, baca doa dalam surah al-qasas ayat 24. Rabbi inni lima anzalta ilayya min khoirin faqeer.

Hmm, SEMPURNA sangat ke hidup bercouple-couple ni? Oh, tak tahu pulak kan ada manusia boleh mati tak ada couple.

jadi, nak ke kita ragu2kan nikmat CINTA DIA yang tak akan pernah pudar pun macam cinta manusia?
semua benda yang Allah bagi percuma, tapi berapa saat je kita bagi kat Dia untuk ingat DIA?              
-bak kata kata ustaz Ezaidin(ustaz SEJ yg baik hati): La Taqrabul Ikhtilat!



      islam itu indah... indahkanlah dirimu dengannya                                                                                                                                 





Khamis, 16 Disember 2010

TRAGEDI


Sedang khusyuk ku menulis makna kalimah pada kertas istima’.. tiba-tiba………
BAM!!!..  ustazah aala(guru istima’ ku)  ketuk meja di depanku..hanya Allah saja yang tahu betapa terkejutnya diri ini.. mula2 ku tergelak sama tp jantungku berdegup semakin kencang dan saat itu juga air mata ku menitis dan muka ku merah.. tanganku juga turut menggigil.. ustazah aala memegang kepalaku agar ku tenang tp nafasku seakan sesak.. dan ustazah aala mendekatiku dan merasa degupan jantungku huh laju tue.. ku diminta pergi ke toilet dan basuh muka agar tenang kembali

Di toilet…
Pernafasanku masih tidak stabil. Lama gak arr kat toilet dan bila ku nak buka pintu tiba-tiba ustazah aala ada kat depan pintu..huh. myb dia risau sbb lama sgt dalam toilet.  ku dibawa ke bilik minum dan ustazah aala beri minum air teh panas dan air putih.. terharu tue.. ku diminta rehat disitu dan dr salim juga menjeguk ku             ( memang terharu….) bila pernafasan ku dah stabil, ku masuk ke kelas istima’ balik… hihi. Tak pernah ku terperanjat sampai macam tue sekali..  Alhamdulillah tak pengsan.. adoi.. bile fikir balik segan plak kihkih..
sekadarmembuangmasa

Rabu, 15 Disember 2010

Hikayat Rabi'atul Adawiyah

kerja kitabah markaz lughoh iaitu kisah taa'jub...
ku terbaca dari sebuah buku hadiah yang ku terima di INTEC (peliharalah dirimu duhai wanita).. kisah ini memang menarik minatku dan beri kesan kepada hati ini dan lantas ku menekan "create new bloger" summa sign in... hihi

hayati kisah ini........

Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi’atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwhudu’, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba- tiba Rabi’atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, “Hei,jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini.”
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang baik hati seperti Rabi’atul Adawiyah. Kebiasaanya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
“sila ambil sesuatu.” Kata Rabi’atul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
“tiada apa-apa yang boleh ku ambil daripada rumahmu ini.” Kata pencuri berterus-terang.
“Ambillah itu!” kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang  buruk tadi.
“Ini hanyalah kendi buruk yang tidak berharga.” Jawab si pencuri.
“Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil whudu’ menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang berharga daripada pondok burukku ini.” Balas Rabi’atul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi’atul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan membawa ke bilik air, lalu berwhudu’ menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan satu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.
Rabi’atul Adawiyah lantas berdoa, “Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapanMu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada  memperolehi nikmat dan rahmat-Mu”

ku merenung jauh.. adakah mampu ku mencontohi sifatnya?? 
islam itu indah.. indahkanlah dirimu dengannya

Khamis, 9 Disember 2010

سنة حلوة


سنة حلوة

selamat hari lahir...moga sentiasa dibawah lembayung rahmat ilahi
adikku ATIRAH (3/12)
Akak ilah doakan semoga tyra menjadi anak solehah, berjaya dalam segala bidang yang diceburi.. nk jadi ustazah kan? amin.... rajin-rajin tolong ummi kat rumah heh..jaga kesihatan... syukran selama ini tolong akak ilah dan menjadi adik yang terbaik.. miss u so much. hanya Allah yang dapat membalas budi baik tyra selama nie.. (dah tua dah dia hihi)

nendaku (6/12)
atok... qila doakan atok sihat. maafkan salah silap qila selama ini.. syukran atok sebab selalu bagi nasihat. insyaAllah qila akan buat yang terbaik. qila nak jadi macam atok.. kuat beribadah,muka atok sentiasa tenang, hafal qur'an..syukran atok, hanya Allah mampu balas jasa atok .. 
(air mataku menitis betapa ku rindukan atok ) 
ya Allah, berkatilah hidup atok.. berilah kesihatan kepada atok, amin

kaklong (9/12)
kaklong ku sayang... qila doakan along berjaya dalam bidang yang along ceburi..semoga along mampu menjadi ustazah dan manager camp yang terbaik..amin. syukran kaklong atas segalanya.. hanya Allah mampu balas jasa budi kaklong selama ini.. moga kaklong sihat sentiasa.. kaklong inspirasiku 

mereka adalah inspirasiku.. maaflah kek coklat tak de.. kek yang qila buat time raya tu merangkumi untuk birthday semua boleh tak?? kihkih. suruh abir/beah/aqih/tyra(klau nak buat kek untuk diri sendiri)... qila dah ajarkan before fly =) syukran semua...

Ahad, 5 Disember 2010

....bidadari...


biDAdaRi...

Aku JuGa PerEmPuaN...

PuNyai IMpian..

AngGun Di BaluT perHiaSan..

hIduP BErGemErlaPan..

Bak Artis PuJaaN..



Ku InGin BerMadaH PuiSi..

BerSyaiR dan MenyaNyi...

LincAh MenarI..

MenghiBur Dan meNyeri..



Namun...

Aku Bukan PereMpuan..

GopOh MenGeJar KemaSyurAn..

Di TemPaT persinnGgAhan...

TiAda BerkeKalaN..


KuinGin KemUliAAn Abadi..

KemaSyuRan HakiKi..

BukaN YanG TiADa ERti..

BUKan YANG DiMUrkaI ilahi..

bUkan DiDunIa Ini...

Tapi DI taMan SyUrgawI..

IngInkU KeKal SebaGai BiDaDaRii....






DiPetik Dari noVel TauTan Hati
kaRya FatiMah SYarHa..