Rabu, 28 September 2011



Alhamdulillah..
Allah telah memilihku untuk duduk bersama
mereka yang sentiasa ingin
hidup dalam suasana penuh kerohanian

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami..." amin


Di jalan ini
kita bertemu dan bersama 
moga ikatan ini
dalam keredhaanMu...
Alhamdulillah..
selepas berbincang dengan ummi dan istikharah
maka mereka inilah yang menjadi pendampingku...

--Ma Amirah, Nasreen, Aisyah Nadhirah, Nadia Fariza--

Bayt Ar-Raqaiq,Bab Syimali,Jordan

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya


Isnin, 26 September 2011


"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "
islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya....

Isnin, 19 September 2011


selamat hari lahir abir.....

”Usiamu Ibarat Mutiara,Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa.Agar Sempat Mengucup,Haruman Syurgawi

Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat ilahi ^-^


p/s Jaga ummi, dik beah dan dik faqih di rumah heh...
p/s Belajar rajin-rajin.. tahun depan SPM!!

Ahad, 18 September 2011

saat terindah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah... cuti telah berakhir
10/8 - 16/9 menyambut Ramadhan dan Eid Fitri bersama adik-adik
di Maahad Tahfiz Makkah Al Mukarramah, Ibrahimiyyah, Mesir..

 
                   Sheikh Faraj
             (Guru Tajwid kami)


Sheikh Osman
(tasmi' hafalan jadid)
3mmu..
(menjaga kami semua,,, sgt baik)


Abla Fathiyah                                                   Abla Huda
(guru fiqh)                                                    (murajaah petang)

Eid Fitri!!

Takbir Malam Raya

khusyuk jawab soalan kuiz
(aktiviti pagi raya)

Dengar taklimat explorace 
(alamak rindu mainan cubic hijau tu!!)

Jalan-jalan di Sawah!! 
pertama kali pergi sawah haha...
bersama adik-adik

Rehlah
marsormatrouh dan iskandariah

di depan makam abu darda'


Segala jalan yang telah ku lalui
Segala pertemuan pasti berakhir
Namun suka duka yg telah terukir
Tersemat di hati

Tiba detik yang pasti tertulis
Tetap langkahmu yang telah kau pilih
Bersama kita tak henti berlari
Dan mengejar mimpi
Semoga ikatan ini
Kukuhkan smgt diri
Dan ketika masa ku hadapi duka
Kau bisikkan kata suatu kenangan terindah
Meski lewat nada yang cuma ku bisa
Kan ku persembahkan yang terbaik untuk semua
Semangati langkahmu mengembara waktu
Meniti jalanmu
Agar hidupmu yang satu kali ini
Memberi makna yang bererti
Yang terbaik buatmu
Semangati langkahmu mengembara waktu
Memberi makna yang bererti
Yang abadi

*p/s kak aqilah dah rindu dgn adik-adik semua.. datanglah jordan ^-^
*p/s  hasanah, dhabit ( cik adik!!) tataplah gambar2 mesir tu yer
*p/s nana, syukran heh... moga dapat berjaya memilih course yg terbaik!! sayang kamu ^-^