Isnin, 31 Oktober 2011

perubahan bukan mudah..

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji 
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....


Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, 
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al baqarah 214)

  Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (albaqarah 216)

syukran ummi dan familyku 
serta
syukran sahabat2 ku...
hidayah, nasreen,ma amirah, adik nadia 

Ya Allah, beriku kekuatan untuk menghadapi semua ini...



ya Allah, jauhi diri ini dari fitnah dunia dan akhirat.. amin 

Sabtu, 29 Oktober 2011

grrrrr........

Assalamualaikum....

di sini di bawakan waktu solat bagi mantiqah irbid....


seperti biasa....
bila dah masuk syita'
seorang abah yg tersayang bagi nasihat...

"qila, jangan makan banyak sangat.. nanti bila dah kenyang..ngantok pastu tidur.... bilanya nak study" hee.. kehkeh baik abah sayang... 

bittaufiq kepada umi, kaklong, abg uqbah
yg sedang mula berniaga.....
semoga dipermudahkan segalanya....

qila pon berniaga tp... 
ntuk jana ekonomi JOJO (johor jordan) lah...

Jumaat, 28 Oktober 2011

musim sejuk!!

Assalamualaikum..

alhamdulillah.. berjumpa lagi MUSIM SEJUK a.k.a SYITA'
25jam sehari!!
pernah ke laluinya hehe
dan dan
seperti biasa..
setiap kali musim berubah
maka...

kondisi badan juga berubah!!
tapi tak de seteruk ni hehe....

'ala kulli hal..
sakit itu ujian dari Allah..
peringatan unuk diri ini..

Ibnu Abbas R.A berkata, telah bersabda Baginda S.A.W, terdapat dua nikmat yang kebanyakannya manusia sering lupakan iaitu ' nikmat sihat dan nikmat masa lapang' ( hadith riwatat bukhari)

dan......
syukran  abir islami 
adik lelaki tersayang haha..
terharu akak ilah..
hehe

Isnin, 24 Oktober 2011

budak ekonomi!!



errrrr susahnyer... ummi!! 

sedang berperang dengan ECONOMIC!!
 GRAPH!!
TOTAL COST!!
TOTAL REVENUE!!
PROFIT!!
DEMAND SUPPLY!!
MARGINAL COST!!
INVESTMENT!!
COST bla bla bla!!
ASSETS!!
LIABILITIES!!
TRIAL BALANCE!!
SAVING!!
NATIONAL INCOME!!
TAX!!
PPF!!
IS & LM SCHEDULE!!
MONEY MARKET!!
INTEREST RATE!!
bla bla bla....

waaaa peningnyer.. minat ku pada eco naik turun.... 
imtihan ^o^
26/10 - Math Economic
27/10 - Macro economic
1/11 - Account
12/11 - Komputer
14/11 - Aqidah



Aqilah.. family nantikan kejayaan awak!! don't play play hee

MOHON DOA KALIAN

Jumaat, 21 Oktober 2011

diuji...

Assalamualaikum..

pernah rasa diuji?? 

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-baqarah:214)

takkan sewenangnya nak dapat ganjaran tanpa tempuhi halangan kan..
kalau kita nak lulus dan berjaya dengan cemerlang pun akan diuji 
inikan pula 
nak dapat kan NIKMAT DARI ILAHI..
iaitu SYURGA... 

Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya. (Al-Qalam :34)

semoga kita semua tergolong dalam golongan yang bertakwa..

3la kulli hal
bittaufiq wa najah 
kepada sahabat2 YARMOUK dan JUST

berUSAHA+ berDOA + berTAWAKAL


yakinlah janji Allah itu pasti.. ^_^

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya

Isnin, 17 Oktober 2011

kita semua pemimpin


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(hadis riwayat Al-bukhari, Muslim, Abu Daud, At-tarmizi,dan Ahmad)

ingatlah..
kita semua akan ditanya dengan apa yang kita pimpin..

ana teringat kata-kata ketua ana

"kita takut untuk disoal oleh ketua kita, maka kita bersedia mempersiapkan semuanya untuk menjawab persoalan mereka.. begitu jugalah sepatutnya kita bersiap sedia untuk dipersoalkan di akhirat kelak..."

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya

Sabtu, 15 Oktober 2011

special for u..

Assalamualaikum..

bila dengar satu lagu nie
terbayang wajah awak
awaklah salah seorang insan yang paling disayangi...
paling dikagumi...

awak sangat ambil berat pasal qila..
awak tempat untuk meluahkan rasa..
kadang air mata ini menitis bila teringat awak...
qila doakan agar
awak diberi kekuatan iman
untuk menghadapi segala cubaan..

sabar heh..
jangan pernah letih dan menyerah..
qila sentiasa doakan....
awak  dapat biasiswa untuk teruskn pengajian
dalam bidang aerospace engineering
amin ya robb...


abg uqbah.....
syukran heh.... atas segalanya.
qila bangga dengan abg uqbah ^_^


qila       : abg uqbah.. semua ingat, awak pakwe qila huhu (nada sedih)
abg uqbah : iye.. baguslah. tak delah orang berani nak kacau awak ^_^

Ya Allah, ku bersyukur kerana dikurniakan seorang abg yang sangat menitikberatkan agamaMu dan prihatin dengan adik dia nie.. berilah abg uqbah kekuatan iman dan limpahkan rahmatMu amin...

Rabu, 12 Oktober 2011

PPwoman..

Assalamualaikum...

Akhawat drill sendiri??
macam tak sangka
tapi itulah yang telah berlaku....
bersama housemate.. ma amirah
kami drill sendiri sebab tunggu PPMAN lambat sangat huhu

lepas berhabis kredit akhirnya...
dapat jugak pinjam drill dr syabab
syukran ^_^










tada!!
dah siap 
Alhamdulillah

tak pernah2 drill 
walaupun ada masalah sikit mula2
tp tak mengapa
BELAJAR DARI KESILAPAN... ^_^


Isnin, 3 Oktober 2011

sayang + rindu

Assalamualaikum....

semalam terasa seakan berada di rumah (malaysia)
sebab...
dapat skype dengan ummi dan adik-adik
dapat belajar akaun dengan dik abir
dapat teman dik beah dan dik aqeh baca buku
sampai pukul 12 malam (waktu malaysia)
semuanya melalui skype...
Alhamdulillah


ummi diapit oleh dua hero ^_^

tengah khusyuk ulang kaji akaun sbb nak ajar kakak dia nie

gambar mereka berdua study tak berapa nak tutup aurat 
jadi letak gambar lain ^_^

akak ilah doakan kejayaan adik2...
abir,beah, aqeh.. jawab periksa betul2 heh ^_^
terima kasih tolong jaga ummi kat rumah..

Ya Allah, jagalah ummi dan adik2ku dikala penjagaanku tak sampai pada mereka,sayangi mereka kala rasa sayangku tak mampu merangkul mereka dalam dakapan yang nyata, perhatikan mereka kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja,kerana Engkau punya segala yang ku tak punya, kerana ku ingin mereka selalu menjadi ummi dan adik2ku di dunia dan harap bertemu mereka di syurga.. amin