Isnin, 31 Januari 2011

sayu hatiku...

Time study pasal bank…
Terbayang wajah ahli keluargaku…
Call petang tadi…
Tapi siapa puas selagi belum bertentang mata…
Semua berkumpul di rumah…
Ku hampir menitis air mata…
Ku perlu terus berjuang…
Ku sayang familyku…
Ku rindu familyku…
Aqilah!!
Bangkit…
Kuat semangat…
Jadikan DOA sebagai penghubung antaramu dan keluarga
bismillah
Ya Allah,ya rahman ya rahim.. ampuni dosaku,dosa ibubapaku,dosa ahli keluargaku, kuatkanlah keimanan kami,jadikanlah kami sekeluarga hambaMu yang bersyukur, jauhkanlah kami sekeluarga dari fitnah dunia dan akhirat, amin ya rabb..
Salinglah mendoakan antara satu sama lain
   permataku ( mirwana)
Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


Sabtu, 29 Januari 2011


Kenal tak? Hehe
Sebenarnya mereka berempat nie adalah kanak2 yang menjadi penceria suasana sepanjang jelajah Jordan ku dan teman2..
Ku kira agak rapatlah dengan mereka berempat
Lebih2 lagi dengan  عصم  hehe…

Diorg nie memang sangat bijak… kadang2 tu ckp arab ( ada banyak gak vocab yg saya tak tahu)
Ku rapat dgn diorang sbb rindu ngan adik punye pasal dan ku memang suka budak2 hehe..


Yang tiga org tu anak ustaz zaid..
Jannah ( 7tahun ) faqeh ( 6tahun ) faseh (4 tahun)
Diorang panggil saya ACHIK.. ( makcik)
Huhu.. bersedia dari sekarang.. nanti dapat anak sedara
Dah biasa dengan gelaran tu.. ( faham2 jelah heh KAKLONG ku sayang ^-^)
Memang diorang akan panggil makcik dan ‘ammu (pakcik)

Yang sorang lagi tu anak ustaz solihin dan kak shikin
‘usum (3tahun)
Dia agak aktif
Tp kalau dia jelling.. huh mengerikan ^-^
Dia panggil saya UKHTI
Hehe terasa muda disitu


*rindu plak ngan adikku.. faqihah dan rabeah.. hihi
*syukran ustaz zaid dan ustaz solihin sekeluarga
*syukran sahabat2 sekalian… ^-^

Rabu, 26 Januari 2011

jelajahku.... part 1


Alhamdulillah… akhirnya JORDAN menjadi pilihanku untuk menimba ilmu dan merehatkan minda sempena cuti sem 1 tahun 1…..
Jelajah Jordan (JJ) bermula pada 17-22/1/ 2011
Jam 7pg kami budak2 sakan kuning seramai 9 orang menyeret beg roda masing2 ke tempat berkumpul ( cam nak lari sakan plak rasa hehe)
Teruja bile tengok bas yang akan kami naiki besar dan sangat selesa ( hadiah dari syarikat bas sbb coaster dah habis yea..yea..) ops.. Alhamdulillah ^-^

 Ok, perjalanan kami bermula…..
Hari pertama
Menuju ke……..
Umm qays
Merupakan tempat pentadbiran bagi masyarakat dahulu dan kini menjadi pusat pelancongan yang terkenal di jordan…






Ghour urdun
 Disini kami meziarahi makam para sahabat… bau harum yang terhasil dari makam para sahabat ini benar2 menusuk kalbu dan bagi hati2 yang tersentuh pasti akan mengalirkan air mata… sungguh, betapa besar pengorbanan mereka dalam menyebarkan islam kepada seluruh ummat.  Ditempat ini dikatakan diserang penyakit taun amwaz dan menyebabkan kematian ramai para sahabat.

Makam yang ada disini ialah…
muaz bin jabal,abdul rahman bin muaz , shurhabil bin hasanah, abu ubaidah bin jarrah


makam nabi yusya3
pada asalnya kami sangka jasad nabi yusya3 sepanjang ini tetapi setelah diterangkan oleh pak arab yang bertanggungjawab menjaga makam ini… sebenarnya makam nabi yusya3 sepanjang ini kerana berlaku andaian sama ada jasad nabi yusya3 di depan / tengah / belakang… wallahu’alam.


Hari ke2
Kami menuju ke amman…
Makam nabi syu’aib
Ayat tentang nabi syu’aib dan kaumnya dalam Al-qur’an ialah surah hud ayat 84-95

Laut mati
Ini adalah kali ke 2 saya menjejakkan kaki ke sini.. Dikatakan tiada hidupan di situ dan tiada haiwan walau seekor burung pon yang singgah disitu, menunjukkan betapa Allah melaknat tempat itu. Air disitu dikatakan 7kali ganda lebih masin dari air laut biasa. Kelikatan tinggi dan boleh nampak dengan mata kasar kelikatan air tersebut dan Isi padu air disitu juga akan berkurang 1 inci setiap tahun




Jabal nebo
Terletak di pertengahan antara tempat2 lain di kawasan tersebut….


Masjid biru
Kami singgah sebentar disini untuk menunaikan sembahyang dan makan tengahari.. masjid ini adalah merupakan Masjid Negara dan dipanggil masjid biru kerana berwarna biru…. 



Jabal qal’ah
Dikenali juga sebagai amman citadel. Merupakan kubu dan istana ummat islam pada zaman dahulu..



City mall
Kali pertama menjejakkan kaki ke sini.. nak cerita tanpa disangka akan melaburkan duit dalam kuantiti yang banyak untuk membeli camera… harga?? Rahsia…..

Mampu lagi ke nak baca?? Hehe ok… jom jelajah 
hari ke 3

Satu tempat je kami pergi ….

Petra
Tempat dimana bukit2 yang telah dipahat oleh masyarakat pada zaman dahulu untuk dijadikan rumah dan perkampungan mereka.. Alhamdulillah kami Berjaya mendaki hingga ke atas.. dikatakan hampir mencecah 700 anak tangga yang perlu kami daki untuk sampai ke puncak.. atas dorongan teman2 ku Berjaya juga dan ku dirawat oleh bakal2 doktor kerana berlaku pendarahan bibir (haha…) agak banyaklah dan gigiku juga berwarna merah… kami mengambil masa yang sangat lama untuk daki dan turun (tengahari-malam) huh..





Oklah.. sudah penat menaip dan insyaAllah akan disambung untuk hari ke 4-6.. 
detik yang sangat menarik  ^-^

*untuk familyku.. gambar akan ku emailkan, tunggu hehe… ^-^ 
*syukran sahabat2 ku kerana menyumbangkan gambar kalian hehe 'thanx bro' ^-^
*gambar2 ini hasil dari 7buah camera hihi ..