Sabtu, 29 Disember 2012

pari-pari cinta


" dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka... " (8:63) 

dijalan ini kita bertemu dan menjalin robithoh hati.

Alhamdulillah di jalan ini, Allah kurnia pari-pari cinta
bersama mereka tersenyum, bersama mereka menitis air jernih, bersama mereka men top up segalanya untuk jalan ini, bersama mereka ber dating bersama kekasih agung, bersama mereka mengenal erti jalan ini, kekuatan bersama, kekusutan bersama..

hanya Allah sahaja yang tahu, betapa rasa rindu yang begitu mendalam tatkala tasbih kifarah dan surah An-nas dibaca dan terubat rindu tatkala pembuka majlis di alunankan.



" Barang siapa dikehendaki Allah, akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk menerima islam"

ye inilah puncanya, Andai Allah tidak izinkan hidayah menerpa di hati-hati kami (na'uzubillah) maka mungkin tiadalah pari-pari cinta yang bersama-sama menebarkan cinta kasih dan sayang..

Berbulatan lutut selisih lutut, setting ovoo hampir sejam lebih, jadi chef untuk meeting pari-pari, meraikan bertambahan bilangan umur, ta'aruf mama pari-pari baru, kirim2 doa untuk pari-pari, layangkan surat cinta, berqodoya sambil selit2 untuk tahu rahsia (hukhuk), mententeramkan hati yang lara, menghiburkan hati yang tersenyum bahagia.... ~~~


ber ovoo di malaysia 


birthday pari-pari kami !


dah berapa ramai mama kami ada :)


moga ikatan ini ikatan yang didalam redhaNya 


Jalan ini jalan panjang dan kekuatan itu bukanlah dari kita tapi dari Allah. dan Allah hadirkan insan2 di sisi untuk saling menguatkan. 








Jumaat, 7 Disember 2012

Heartsong



Hear now my heartsong

My heart calls to You
that You guide me, My Lord
through my soul's long dark night

I send my heartsong
accross the empty silences
to You, may You fill me
with peace and with light

Subhanallahi Walhamdulillahi Wa Laa Ilaha Ilallahi Wa Allahu Akbar

Khamis, 22 November 2012

milik siapa hati ini (?)

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, sempat mencari ruang-ruang kosong untuk mendengar pengisian seorang lect di intec a.k.a ust ridha.. 

rindu nak dengar bicara seorang pensyarah dalam bidang kedoktoran tapi sangat aktif memberi pengisian untuk kami (pengisian fiqh di akasia)

alhamdulillah juga berada disisi mereka yang dekat hatinya pada pemilik hati. 

sedang ustream bermain2 terpancul dari kata2 ust

"Kenapa kita tidak terguris bila Allah terguris...? " kerana Allah tiada dalam hati.. 

T.T dush.. 

perasan tak.. kita akan rasa sakit, sedih, resah, bila kita buat kepada orang yang ada dalam hati kita kecewa dengan kita.. atau sedih dengan tingkah laku kita...atau terguris hati dengan kita.. 

yer.. apa yang dirasa olehnya sama dengan apa yang kita rasa. 

tapi pernah ke kita rasa begitu dengan pemilik hati kita? 

puas fikir, hrmm macam mana nak hanya Allah di hati ini (?)

hadir salah seorang pari2 cinta bulatan gembira post di timeline

Hadiah utk qila..
Jom kita padam kekotoran dari hati, bersihkan hati dgn penuh mengingat Allah semata :')
"wahai orang -orang yang beriman. (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya" (33:41)


jom cuba..!! teringin nak merasa manis dan basahnya hati dengan ilahi ...

RI Irsal
aswak zam-zam,
Irbid, 
Jordan 


Jumaat, 7 September 2012

syukur itu subur


"Jangan mengharapkan terima kasih daripada orang yang menerima kebaikan daripada kita" Dale Carnegie

kalau kita terlalu mengharap agar ada manusia yang menghargai kebaikan kita dan berterima kasih, maka sia-sia lah pengharapan itu..

"Dan Dialah yang menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur" (Al-Mu'minun :78)

lihat, dengan Allah.. pencipta sekalian alam, yang telah menciptakan dan memberi pinjam nikmat ini pon masih tidak ramai yang bersyukur inikan pula sesama manusia yang banyak khilaf dan kekurangan.

"Sangat sedikit daripada kalangan hamba-Ku yang bersyukur" (Saba' : 13)

Allah tegaskan lagi, bahawa manusia itu memang amat sukar untuk timbul rasa syukur atau berterima kasih dengan segala yang dimiliki.

tentu rasa sedikit hampa, bila di sekeliling kita adalah mereka yang tidak tahu berterima kasih dan menghargai kebaikan yang telah kita beri.. sebagai manusia normal.. perasaan itu pasti akan hadir.

kita tentu tidak terlepas dari hilang rasa untuk bersyukur.. Allah berfirman

"Ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku bagaimana mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau beri kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai.... " (Al- Ahqaaf :15)

sama-samala kita berdoa agar kita berada dikalangan hambaNya yang bersyukur

" Jika kamu bersyukur, sungguh pasti aku akan tambah apa yang ada pada diri kamu" (Ibrahim : 7)

..


Isnin, 27 Ogos 2012

menghitung hari

Alhamdulillah.

hampir 3 bulan berada di malaysia.. tanah tumpah darah.. di sisi keluarga tercinta..

macam2 kenangan yang tersisip rapi

selagi jasad dikandung badan
selagi hati dipenuhi rasa cinta
selagi mata menatap dunia
selagi mulut menutur kata

hidup perlu diteruskan..
dugaan dan cabaran datang berganti
kasih dan cinta masih teguh padaMu ilahi

*minda berputar ligat menaip ilham ilahi.

Alhamdulillah..

duduk rumah jadi 'bibik' bukan mudah.. kadang lelah, kadang tersungkur dek kerna niat sudah lapuk minta diperbaharui..

"tatkala kita rasa bosan, jemu lakukan harian rutin kita, maka perbaharuilah niat kita.. agar tidak hilang titipan pahala yang mengalir untuk kita" someone

hidup kini.. disinari gelak tawa senda gurau mereka..

umi : qila, along.. meh tolong umi masak.. nanti dah kawen senang.. 
qila : haha along lah.. dia yang nk kawen dulu

umi : nanti nak jawab apa kalau anak tanya " umi, apa resepi buat puding?"
qila : hehe jawab jelah.. jap heh umi call nenek kehkeh
along : haa pastu tiba2 nenek jawab " jap heh qila..umi tgh ronda asrama" haha 

aqeh : i lapar ni.. you ni tolonglah goreng keropok lekor
qila : ala you ni.. tidur jelah.. i penat lah..
aqeh : ish you ni.. cepatlah 

qila : eh along, tak makan rambutan ke?
umi : along memang tak makan rambutan..
qila : eh sejak bila along tak makan rambutan?
umi : lah sejak sekarang lah.. tak nampak ke along tak makan rambutan tu.. hehe
qila : dush.. umi..! hahaha hidup2 umi kenakan.. 


ok, menghitung hari untuk detik dan saat itu... mohon doa :D





Sabtu, 11 Ogos 2012

merisik





bila mana kita inginkan sesuatu..
maka kita harus mencari dan terus mencari
tapi
pencarian itu
tidak akan peroleh natijah yang terbaik
jika kita tidak iringi dengan usaha dan semangat yang terbaik

"Ya Allah, sampaikanlah kami kepada malam lailatul qadar.. amin"

malam yang terbaik.. lebih baik dari seribu bulan

misi merisik malam lailatul qadar

*Alhamdulillah, ada akhawat2 yang bersama dalam misi ini.. sms, call, untuk kejut qiam.. walaupun tidak bersama secara jasadi tp hati tetap terpaut.. moga usaha ini dalam redhaNya...

ramadhan kian pergi.. gunakan sebaiknya detik2 terakhir..

Khamis, 26 Julai 2012

penat untuk mereka ^__^

Alhamdulillah.. hampir 2 bulan berada di Malaysia..

macam-macam yang telah dilakukan (eerkk.. entah naik iman ke makin jatuh.. )

hampir sebulan lebih bekerja dan berbakti untuk ayahnda tersayang iaitu sebagai PA dan peneman abah

"di mana poknik ada, disitu aqilah mesti ada" pekerja abah
"nak update program, tanya aqilah, dia sekarang PA setia poknik " pekerja abah

"aqilah, sekarang abah memang tak boleh kalau tak berteman, rasa sunyi hehe" abah

sepanjang masa itu. memang lebih banyak masa kat kuantan..
kadang dalam satu hari tu

pejam celik kat kuantan, pejam celik kat KL, pejam celik kat Kuantan.... Alhamdulillah masih celik

kadang setiap hari ada program, sampai lembik dan demam2 anak abah ni tp kena kuat... sebab abah nak ada teman... hehe macam comel plak (wee)

ambil gambar senyap2.. sian abah mesti terkejut ^__^

aqilah : umi, penatlah huhu
umi    : elleeh bukan dia yang drive
aqilah : hehehe

Alhamdulillah itu je kemampuan anaknda untuk tolong ayahnda.. maafkan anaknda..

sekarang...

menjawat jawatan Exsecutif Rumah Tangga (woot2)

"sekarang, aqilah tolong jaga atok, umi dan adik2 plak heh.. nmpknya abah dah tak berteman lepas2 nie " abah 

so sekarang, kembali ke johor untuk berkhidmat di sini plak ^__^

ok, jawatan exsecutif rumah tangga (gelaran dari kaklong) haha... penat tu memang penat.. kerja tidak henti2 tapi Alhamdulillah.. bagi yang dah jadi suri rumah tangga tu memang hebat.... fuh penat.... =.="

oklah, ramdhan kareem... 

malam pertama Ramadhan ^__^

berpenat untuk mereka, moga Allah terima... 

Isnin, 11 Jun 2012

^_^


" mencintai dan mengasihi.. insan ini masih kecil untuk mengenal erti hidup.. pembelajaran bermula dari kita.. manusia kerdil dikelilingnya.." 

adik wajih, 6 bulan

Selasa, 22 Mei 2012

next!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berakhir imtihan nihaie a.k.a peperiksaan akhir untuk tahun 2

merdeka~ merdeka~ merdeka~

erk... yakin jer jerit merdeka tu...
tiada istilah rehat ok..
next! banyak lagi urusan menanti..

"perasaan merdeka tu bahaya kalau layan lama-lama.. habis lagho nanti" sakinah

baiklah planner yang penuh dengan jadual exam, kini harus penuh dengan 'kerja2' lain..



 berehat minda sebentar 
tanpa perlu memberatkan timbangan dosa hrmm...

lagi berapa hari je lagi nak balik malaysia..
maka macam2 perlu settle kan..
umi abah kaklong abg uqbah adik2.. doakan semuanya di permudahkan olehNya


Khamis, 17 Mei 2012

one big family


Assalamualaikum...

demam exam berderet-deret (hiperbola)

berderet tu betul tapi tak lah sampai semput macam kawan2 dentist
tidak sempat tarik nafas lega~ NEXT!

hrmm bila exam2 nie... status fb, ym, skype, akan muncul aura HOMESICK...
(facebook tak tahulah sbb puasa fb setiap kali exam tapi yakin sgt.. aura tu ada)

ok lah...
bila 'berangan' time baca buku..
terbayang2 muka umi, abah, along, abg uqbah, tyra, abir, beah, aqeh, erm adik wajih.. (tak jumpa lagi huhu)

----- : Umi, qila malas lah nak study... nak tidur lah...
umi : dah malas tu tak yah lah study.. pergi tidur...
----- : hehe

------- : Abah... kalau qila tak nak baca buku boleh?~
abah  : boleh jer.. yang penting dapat 100%
------- : hehe


hrmm... setiap kali down malas study.. mesti teringat2 dialog dengan umi abah..

umi abah tak pernah menidakkan keinginan anak  mereka nie..

tp

anak mereka nie.. tidak pernah cuba untuk memenuhi keinginan umi abah

selagi kita usaha.. insha Allah ada hasilnya..

sama ada baik atau tidak
itu serah kepada Allah..

umi dan abah lebih bahagia bila lihat anak mereka usaha dan terus usaha walaupun hasilnya kadang2 tidak memberansangkan...

ayahnda tersayang
Motivator Rebutia D'Perkasa

umi tercinta
guru SMIH

kaklong 
Islamic Education UIAM


abang uqbah 
Aerospace Engineering UIAM

Tyra
Business KIJ 

Abir 
SPM SMIH

Beah 
UPSR SRIH 

Aqeh 
Tahun 2 SRIH

tukar tukar gak.. tp



kempen sokongan mogok lapar

harap agar mereka yang semangat menukar profile pic facebook
bukan hanya semangat tanpa mengetahui 
cerita disebaliknya

dan

harapnya penukaran itu
diiringi doa untuk rakyat palestine 
dan seluruh umat islam di dunia ini

              kempen-sokong-protes-mogok-lapar


(ok, exam masih berlegar2 di kalendar student jordan... mohon doakan kami berjaya untuk islam)

Rabu, 16 Mei 2012

Terima kasih cikgu..!




16 Mei 2012

Selamat Hari Guru..

kepada semua guru-guru yang telah mendidik saya..

Rumah-Tadika-SRIH-SMIH-INTEC-Yarmouk

besar pengorbanan guru-guru kepada kami semua

Alhamdulillah, berkat dorongan dan doa guru-guru
saya sampai ke sini

hanya Allah mampu balas segalanya...

*ok, macam biasa.. kredit mengalir.. beri message ke phone guru-guru di malaysia*

Isnin, 14 Mei 2012

cinta kasih sayang




Saya percaya cinta pandang pertama

insan yang pertama 
menjelma di butir mata ini
umi dan abah

merekalah
cinta pandang pertama saya
tiada yang boleh mengganti mereka

Alhamdulillah
terima kasih ya Allah
kerna perasaan cinta ini 
tidak akan ada
andai 
Engkau tidak izinkan
andai
Engkau tidak kurniakan

pada hati seorang anak

umi abah
terima kasih
kerana sentiasa mendoakan 
anaknda
terima kasih 
kerana sentiasa merestui
anaknda
terima kasih 
kerana sentiasa percayai
anakda

umi abah
terlalu banyak pengorbanan 
yang diberikan 
untuk anaknda 

anaknda tahu
anaknda tidak akan mampu 
membalas semuanya


terima kasih umi abah 
atas segalanya

anaknda di'pinjamkan' Allah untuk umi abah
dan anaknda rasa bersyukur kerana Allah beri umi abah yang terbaik

*terlalu ingin berada disisi umi abah sepanjang masa*

rasa kasih ,sayang, rindu ini
ada sepanjang masa
tidak pernah hilang


Jumaat, 11 Mei 2012

H.U.S.N.A...

"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (8:63)


Benarlah, hati ini milik Allah, Dia lah yang berkuasa menyatukan dua hati
dua hati yang berbeza, dua hati yang sama-sama menyintaiNya..

kata orang dari mata turun ke hati..
tetapi tidak pernah bertentang mata juga boleh turun ke hati..

mengenalinya hampir 2 tahun,
dan hati ini rasa terlalu dekat dengannya.
tidak pernah kami bertemu,
tidak pernah kami bertentang mata,

kadang macam tak sangka, akan bertaut hati dengannya, saling berbalas nasihat, saling berkongsi cerita, dan inilah yang sedang berlaku..

kadang, soalan2nya tentang bulatan gembira, jadikan diri ini tersenyum bahagia, kerna dia seolah dihantar untuk menjadikan saya semakin sayang DnT dan sayang mereka yang bersama dalam jalan ini..

melalui alam maya.. ye melalui blog kami berkenalan

Alhamdulillah, Allah satukan hati kami..

insan ini sangat istimewa di mataku, sangat menjaga tutur bicara, sangat menghormati pendapat orang lain, yup teringin benar bertemu dengannya...

husna ye dia adalah adik husna... mungkin banyak lagi yang belum tahu tentangnya.. tapi usaha kearah itu mendalam...

kak qila sayang husna ^_^



Rabu, 9 Mei 2012

Sahabat, dikau pergi dulu



terlalu banyak kenangan bersamamu..
moga Arwah tenang disana
dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang soleh
aamiin

nurul hafizah mohd faizul aris
(1992-2012)

Selasa, 8 Mei 2012

kehilangan

Assalamualaikum,

hari ni.. berita kematian seorang sahabat sekelas saya sejak tingkatan 4
almarhumah nurul hafizah mohd faizul aris

arwah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya di area berdekatan sekolah hidayah. ketika itu arwah sedang dalam perjalanan pulang selepas mengambil adik2 arwah di sekolah..

kemalangan melibatkan kereta arwah (kancil) dan lori..
salah seorang adik arwah masih di ICU kerana tempurung kepalanya pecah dan patah kaki, seorang lagi dirawat di wad biasa, dan 2 orang lagi sudah dibenarkan keluar.

Arwah adalah seorang sahabat yang sangat baik, murah dengan senyuman, sangat mementingkan sahabat2nya..

masih terbayang2 wajah arwah, tawanya, senyumannya, segalanya tentang arwah masih terpahat di minda.

ya Allah, cucurilah rahmatMu keatas arwah dan tempatkannya di kalangan orang yang soleh dan moga arwah tenang disana.. amin.

"Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak pula dapat meminta penundaannya" (15:5)

kematian itu pasti, terasa sangat dekat diri ini dengan kematian..

moga keluarga arwah tabah menghadapi semua ini..
Al- Fatihah...


Selasa, 1 Mei 2012

kernaNya


jadual exam akhir 
sem 2
tahun 2

mohon titipkan doa untuk diri ini...

" Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, Dan sesungguhnya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna" (53:39-41)

Ikhlaskan hati... 


Ahad, 29 April 2012

Kesediaan AGM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam PERMAI 11/12 turun takhta dan diganti Peneraju baru..
moga peneraju kali ini dapat meneruskan perjuangan mantan kepimpinan lama..

tamat Anual Grand Meeting (AGM)

bergegas kami bergerak ke rumah TYDP untuk meeting BKPJJ..

MEETING MUHASABAH
Bila di nilai segala hasil kerja
me'recall' perjalanan kerja
Memikirkan jawapan2 yang diberi kepada Ahli BKPJJ pada AGM mendatang..
Perasaan takut, cemas, tak tahu nak jawab apa, pikir2 modal macam2lah..
hingga memikirkan apa agaknya yang akan ditanya oleh Ahli BKPJJ..
hinggalah ke saat meluahkan perasaan masing-masing tentang tugas dan amanah yang diberi..
ketakutan andai ada hak-hak yang tidak tertunai...
(hingga jam 2pagi)

semua itu persedian untuk hadapi soal jawab dunia...
bagaimana pula persedian untuk hadapi soal jawab akhirat..

semangat beginikah persedian kita..
atau
hrrmm tepuk dada tanya diri


wallahu'alam...

terima kasih AMM BKPJJ 2011/2012
kerana banyak mengajar dan menjadikan kita sebagai sebuah keluarga
walau hanya sebentar
tetapi kenangan manis itu tidak dilupai

moga kita semua dapat hadapi soal jawab dunia dengan lancar
dan
moga kita semua dapat hadapi Soal Jawab Akhirat dan pass sebagai Ahli syurga

aamiin ya robb




Ahad, 22 April 2012

atok...

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku" (26:80)

"Tidak ada satu musibah yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan beri petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu." (64:11)

berita demi berita..

Atok milah masuk hospital lagi..

kali pertama masuk hospital sebab strok
kemudian masuk lagi sekali sebab sakit jantung
dan hari ni di hospital sebab darah cair

terbayang-bayang muka atok yang sentiasa tenang dan tersenyum..

umi sejak berbulan ni selalu ulang alik ke melaka setiap minggu untuk jaga atok..
masya Allah, pengorbanan umi sangat tinggi..

atok, qila doakan atok cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.. qila sayang atok..




Sabtu, 21 April 2012

satu amanah

Assalamualaikum..

Bahang Pilihan Raya di kalangan warga PERMAI (Persatuan Mahasiswa Irbid), Jordan kini bermula..
-saya dengan bangga menarik diri dari bertanding- >.<

Alhamdulillah, ada beberapa orang yang namanya turut tercalon berani menampilkan diri dan terus berkeyakinan menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab ini..

penarikan diri ini tidak berakhir dan saya tidak terlepas dari konflik lain..
Badan Kebajikan Anak Negeri Johor  mula menarik2 untuk menduduki kerusi AMT..
<mungkinkah penarikan diri berlaku lagi.. hrmmm>

Tanggungjawab ini tidak berakhir.. saya teringat kata-kata seorang senior

"Aqilah, awak dah terlibat dan memegang jawatan dalam PERMAI sejak tahun 1.. maka awak tidak akan dapat terlepas lagi.. bukan nak menakutkan awak tapi harap awak terus bersedia menyumbang.."

kata-kata itu terbukti.. dan jawatan itu satu pengalaman yang banyak mengajar..  Alhamdulillah dengan kerja-kerja ini banyak mengajar saya dalam pengurusan waktu dan mengajar erti sabar dengan kerenah manusia..

Kita semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas pimpinan kita

kita juga ada amanah yang perlu kita laksanakan bersama..
mungkin lagu ini sesuai untuk tema amanah ini..



Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

'ala kulli hal..
doakan agar amanah yang tertanggung dapat dilaksanakan sebaiknya..
proses turun jawatan nie, banyak kerja kena buat.. 
doakan kekuatan terus hadir mengiringi langkah >,<

"jawatan, amanah atau anugerah?"

Sabtu, 14 April 2012

datang tanpa henti~

Assalamualaikum..

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(10:107)


 Allah akan beri apa yang Dia kehendaki..


nikmat sakit dan nikmat sihat Allah dariNya.

Badan dikondisi yang sukar di diagnos.. sakit datang dan pergi.. markaz sihhi berulang kali pergi.. stok ubat yang berkotak..

TAKUT. dengan keadaan ini..

hingga kadang kala mata ini menitiskan butir-butir cecair panas..
takut dengan 'amaran' dari pencipta..

penyakit adalah kafarah dosa.. begitu banyak dosa mungkin...

perasaan sedih, bila selalu keluar statement2 ini..

"awak sihat?"
"macam mana sekarang? sakit lagi?"
"kalau sakit, tak payah buat...."
"awak tu selalu sakit...jaga diri yer~"
"..................................."

"Qila kena berazam supaya tak perlu makan ubat lagi tau.... " abah

"dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku," (26:80) 


Ingatlah 4 ini bila mana kita jatuh sakit...

Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :
✦ MaLaikat pertama akan mengambiL seLera makanan.
✦ MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki.
✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL kecantikan wajah (muka pucat).
✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL dosanya.

ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik dosa hamba-Nya tersebut. .
 


terpujuk diri ini... ya Allah

Allah sayangkan hambaNya.. Dia ingin hambaNya ini terus dekat denganNya...



Jumaat, 16 Mac 2012

berat..

Assalamualaikum,

AMANAH.. 

perkara yang paling berat..


saya selaku pemegang amanah ini...
maka dengan penuh bertanggung jawab 
menjalankan amanah ini..

bayangkan, bila sekali saya tidak datang kuliah.. maka apa saya nak jawab dengan setiap pemilik sen yang disumbangkan untuk hantar saya ke sini.. 

ini amanah yang JELAS ter 'cop' di dahi dan baju jaket saya..

macam mana dengan amanah pertama yang telah di pertanggungjawabkan sebelum 'lulus' keluar ke dunia ini...



apa saya nak jawab dengan setiap detik saya.. kepada pemilik detik-detik kehidupan saya

ya Allah, sesungguhnya amanah memang adalah perkara yang paling berat..
Hanya kekuatan dariMu ku pinta..

Sabtu, 4 Februari 2012

jelajahi bumi Allah

Alhamdulillah..
selamat pergi dan pulang dari Jaulah...

Spain


hostel yang kami di Cordoba

medina Azzahra
Cordoba

Masjid Cordoba 

kini Masjid ini sudah menjadi gereja
ini adalah antara ukiran Islam yang masih kekal di sana
perasaan sedih ketika masuk ke dalam


di dalam Alhambra


Masjid Granada
satu-satunya masjid di Spain


Sangat rasa terasing ketika berada di Spain. benarlah Islam itu asing. Berada di sekeliling mereka yang masih belum mengenal Islam itu sendiri. Dulu ini adalah negara Islam dan kini bukan lagi.. terngiang-ngiang pengisisian Ust Salam dan Akhawat tentang ISK.. Ini adalah tanggungjawab yang Allah pikulkan keatas kita semua..

Ireland




kawasan perumahan akhawat Ireland


sahabat-sahabat Jaulah
Spain-Ireland

Moga Ikatan yang terbina dalam redhaNya
Alhamdulillah.. jaulah yang tidak kosong dan sentiasa terisi
oleh sahabat-sahabat jaulah sendiri dan akhawat Ireland

Isnin, 16 Januari 2012

SH~


sabun fab : kebenaran yang wajib disampaikan
adibah noor : saksi atas kebenaran
wanita : manusia yang tidak tahu
budak lelaki : alat membuktikan kebenaran

penyaksian atas kebenaran
1) perkataan
2) perbuatan

perkataan
'Adibah noor' menyampaikan kepada 'wanita' itu tentang kelebihan 'sabun fab'..
tapi lumrah manusia
andai ada sesuatu kebenaran yang baru bagi mereka
maka BUKTI amat mereka harapkan..
oleh itu perlu diiringi dengan perbuatan

perbuatan
'Adibah noor' mengunakan 'budak2 lelaki' itu sebagai alat untuk membuktikan 'sabun fab' itu benar..
untuk memikat jiwa manusia lain ialah dengan menunjukkan bukti kepada mereka dan bukan sekadar mengagung-agungkan atau memuji kebenaran itu.

kita diibaratkan adibah noor
dan kita akan menjadi saksi kepada manusia lain (wanita)
dan  kebenaran (sabun fab) yang nak kita bawa ialah

                                ISLAM
"Tiada tuhan yang disembah selain Allah"
umat islam kini mengakui mereka Islam tapi mereka tidak sedar apa tanggungjawab mereka sebagai seorang yang bergelar muslim...

" Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan" agar kamu  menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.." (2:143)

argh tak mampulah nak buat!!

"Allah tidak membebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya.." (2:286)

Allah tahu kita mampu atau tak
kalau kita belum pon pernah mencuba, macam mana kita nak tahu yang kita ni mampu ke tak sebenarnya..
mungkin kita tidak mampu ubah semua tapi ada usaha2 kecil kita yang akan dinilai disisiNya insyaAllah...

Islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya ^_^

Jumaat, 13 Januari 2012

satu-satunya abang..



Ku rindukan kasihmu kekanda
Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh pun terasa pilu
Tiupan angin kedengaran

Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mempu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari

Kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda
Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agaman setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu

Akan ku turuti nasihatmu
Inginku contohi dirimu oh kekanda
Pasti kau kecapi bahagia di hari muka
Jasamu kekanda mustahil kulupakan 
Dulu, kini hingga ke akhirnya
Dirimu bertakhta di kalbu

abang uqbah,
hari tu time call abang uqbah , awak ada nyanyikan untuk qila sebuah lagu..
serius memang menitis air mata..
dan qila sentiasa ulang-ulang lagu tu..
dan sekarang qila nak balas balik..

maaflah tak dapat nak nyanyikan untuk abang uqbah..
hehehe

abang uqbah, 
orang kata anak no 2 memang banas baran..
yup betul!!
tapi itu time budak-budak..
bila dah besar nie..
anak no2 sangat penyayang dan prihatin..
terima kasih abang uqbah...

abang uqbah,
abah kata abah yang akan carikan pasangan untuk kita semua..
tapi kalau abang uqbah dah jumpa..
jangan lupa pesanan qila.
dia kena interview dengan qila dulu kehkeh....

qila rindu abang uqbah!! : P

* hargailah abang anda....  hehe.......  :)

Isnin, 9 Januari 2012

insan baru

Alhamdulillah....
bertambah seorang lagi insan
dalam keluarga saya

 "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (al-furqan:74) 







 NIK MUHAMMAD WAJIHUDDIN
NIK MOHD AZAM

subuh hari jumaat
selamat dilahirkan 
adik saya yang comel ini
16 disember 2011
5:59 pagi

baiklah kini 8 orang adik beradik
fuh2 
Alhamdulillah...

adik, moga menjadi individu muslim yang muntij...
sayang awak!! 

Isnin, 2 Januari 2012

banker menjadi doktor

Assalamualaikum

Tiba-tiba rasa ingin berkongsi 
ilmu tentang sakit yang sedang dialami
Alhamdulillah dalam proses pulih

baiklah
Sakit yang dimaksudkan

       Gastroesophageal reflux disease (GERD)



Tanda-tanda
- Muntah-muntah setiap kali lepas makan
-Sakit perut
-Cirit birit (tapi tak semua alaminya)
-Pening-pening
-Kadang-kadang tak selera makan

* Ini yang saya alami.. selama hampir berminggu-minggu sebab lambat jumpa doktor.. 

Makanan yang perlu dielakkan
- Makanan bergoreng
-Daging
-Butter dan Margarine
-Mayonnaise
-Susu
-Chocolate 
-Peppermint
- Air coffee,teh, cocoa
-Makanan pedas
-Black pepper
-Jus
-Makanan yang masam


Minggu pertama sakit nie.. memang makan bubur jelah. 
kalau yang baru sakit nie
sila makan bubur dulu buat masa nie
( saya makan bubur sepanjang seminggu)

Tips-tips
 Baiklah antara tips-tips yang perlu diamalkan untuk pulih segera.. amin

1) Lepas makan, elakkan dari bergerak banyak dan jangan terus baring
2) Elakkan dari melompat-lompat bahagia :)
3) Jangan bagi perut kosong sebab asid dalam perut akan bertindak aktif
4) Jangan pernah TINGGAL sarapan, makan tengahari dan makan malam
5) Ada selingan antara menu utama seperti biskut atau roti
6) 2jam sebelum tidur jangan ambil makanan berat
7) Makan dalam kuantiti yang sederhana dan perlahan-lahan
    - kunyah 40 kali ikut sunnah hehe
8) Tidur pastikan bantal tinggi ( 2bantal ker..) agar makanan tetap dalam perut anda..

Setakat ini dulu... 
Baiklah saya mula tahu menghidap sakit ni 16/12/2011 dan sampai sekarang masih dalam proses pantang makanan. so... proses pulih agak lama

Untuk sihat kena kuat dan paling penting pergantungan kepada Allah sangat tinggi .

 " dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku" (26:80)

*Terima kasih kepada 'doktor peribadi' saya yang banyak berkongsi tips..