Isnin, 16 Januari 2012

SH~


sabun fab : kebenaran yang wajib disampaikan
adibah noor : saksi atas kebenaran
wanita : manusia yang tidak tahu
budak lelaki : alat membuktikan kebenaran

penyaksian atas kebenaran
1) perkataan
2) perbuatan

perkataan
'Adibah noor' menyampaikan kepada 'wanita' itu tentang kelebihan 'sabun fab'..
tapi lumrah manusia
andai ada sesuatu kebenaran yang baru bagi mereka
maka BUKTI amat mereka harapkan..
oleh itu perlu diiringi dengan perbuatan

perbuatan
'Adibah noor' mengunakan 'budak2 lelaki' itu sebagai alat untuk membuktikan 'sabun fab' itu benar..
untuk memikat jiwa manusia lain ialah dengan menunjukkan bukti kepada mereka dan bukan sekadar mengagung-agungkan atau memuji kebenaran itu.

kita diibaratkan adibah noor
dan kita akan menjadi saksi kepada manusia lain (wanita)
dan  kebenaran (sabun fab) yang nak kita bawa ialah

                                ISLAM
"Tiada tuhan yang disembah selain Allah"
umat islam kini mengakui mereka Islam tapi mereka tidak sedar apa tanggungjawab mereka sebagai seorang yang bergelar muslim...

" Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat islam) "umat pertengahan" agar kamu  menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu.." (2:143)

argh tak mampulah nak buat!!

"Allah tidak membebani seseorang melaikan sesuai dengan kesanggupannya.." (2:286)

Allah tahu kita mampu atau tak
kalau kita belum pon pernah mencuba, macam mana kita nak tahu yang kita ni mampu ke tak sebenarnya..
mungkin kita tidak mampu ubah semua tapi ada usaha2 kecil kita yang akan dinilai disisiNya insyaAllah...

Islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya ^_^

Jumaat, 13 Januari 2012

satu-satunya abang..



Ku rindukan kasihmu kekanda
Suria yang suram menanti waktu
Senja berlabuh pun terasa pilu
Tiupan angin kedengaran

Bagai mengalun irama indah
Sengaja menutupi rasa hati selama ini
Namun tak mempu kupendamkan
Rahsia dalam sanubari

Kini ku pasrah terbongkar segalanya
Yang kurindukan kasihmu kekanda
Ciptalah kejayaan dalam dirimu
Seimbang dunia jua akhirat
Letakkan agaman setingginya
Itulah nasihatku seiring rindumu

Akan ku turuti nasihatmu
Inginku contohi dirimu oh kekanda
Pasti kau kecapi bahagia di hari muka
Jasamu kekanda mustahil kulupakan 
Dulu, kini hingga ke akhirnya
Dirimu bertakhta di kalbu

abang uqbah,
hari tu time call abang uqbah , awak ada nyanyikan untuk qila sebuah lagu..
serius memang menitis air mata..
dan qila sentiasa ulang-ulang lagu tu..
dan sekarang qila nak balas balik..

maaflah tak dapat nak nyanyikan untuk abang uqbah..
hehehe

abang uqbah, 
orang kata anak no 2 memang banas baran..
yup betul!!
tapi itu time budak-budak..
bila dah besar nie..
anak no2 sangat penyayang dan prihatin..
terima kasih abang uqbah...

abang uqbah,
abah kata abah yang akan carikan pasangan untuk kita semua..
tapi kalau abang uqbah dah jumpa..
jangan lupa pesanan qila.
dia kena interview dengan qila dulu kehkeh....

qila rindu abang uqbah!! : P

* hargailah abang anda....  hehe.......  :)

Isnin, 9 Januari 2012

insan baru

Alhamdulillah....
bertambah seorang lagi insan
dalam keluarga saya

 "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (al-furqan:74) 







 NIK MUHAMMAD WAJIHUDDIN
NIK MOHD AZAM

subuh hari jumaat
selamat dilahirkan 
adik saya yang comel ini
16 disember 2011
5:59 pagi

baiklah kini 8 orang adik beradik
fuh2 
Alhamdulillah...

adik, moga menjadi individu muslim yang muntij...
sayang awak!! 

Isnin, 2 Januari 2012

banker menjadi doktor

Assalamualaikum

Tiba-tiba rasa ingin berkongsi 
ilmu tentang sakit yang sedang dialami
Alhamdulillah dalam proses pulih

baiklah
Sakit yang dimaksudkan

       Gastroesophageal reflux disease (GERD)



Tanda-tanda
- Muntah-muntah setiap kali lepas makan
-Sakit perut
-Cirit birit (tapi tak semua alaminya)
-Pening-pening
-Kadang-kadang tak selera makan

* Ini yang saya alami.. selama hampir berminggu-minggu sebab lambat jumpa doktor.. 

Makanan yang perlu dielakkan
- Makanan bergoreng
-Daging
-Butter dan Margarine
-Mayonnaise
-Susu
-Chocolate 
-Peppermint
- Air coffee,teh, cocoa
-Makanan pedas
-Black pepper
-Jus
-Makanan yang masam


Minggu pertama sakit nie.. memang makan bubur jelah. 
kalau yang baru sakit nie
sila makan bubur dulu buat masa nie
( saya makan bubur sepanjang seminggu)

Tips-tips
 Baiklah antara tips-tips yang perlu diamalkan untuk pulih segera.. amin

1) Lepas makan, elakkan dari bergerak banyak dan jangan terus baring
2) Elakkan dari melompat-lompat bahagia :)
3) Jangan bagi perut kosong sebab asid dalam perut akan bertindak aktif
4) Jangan pernah TINGGAL sarapan, makan tengahari dan makan malam
5) Ada selingan antara menu utama seperti biskut atau roti
6) 2jam sebelum tidur jangan ambil makanan berat
7) Makan dalam kuantiti yang sederhana dan perlahan-lahan
    - kunyah 40 kali ikut sunnah hehe
8) Tidur pastikan bantal tinggi ( 2bantal ker..) agar makanan tetap dalam perut anda..

Setakat ini dulu... 
Baiklah saya mula tahu menghidap sakit ni 16/12/2011 dan sampai sekarang masih dalam proses pantang makanan. so... proses pulih agak lama

Untuk sihat kena kuat dan paling penting pergantungan kepada Allah sangat tinggi .

 " dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku" (26:80)

*Terima kasih kepada 'doktor peribadi' saya yang banyak berkongsi tips.. 

kasih tidak bersyarat...




Jauh telah langkahku jelajah
Dakapmu lama yang kurindu
Luas sudah kulihat dunia
Senyum mu ukiran terindah

Tiap perilaku dan budimu
Tiap airmata tumpah darah
Menjadi perlambangan sejati
Kasih tak bersyarat

Ibu redup matamu
Memayungi bahagiaku
HAnya di tapak kakimu
Terletaknya syurga buatku

ummi, tiada apa yang dapat qila ungkap..
untuk menyatakan rasa kasih dan sayang kepada ummi

abah pernah kata.. " anaknda abah hebat, moga menjadi macam ummi"

bagi qila, untuk mencapai tahap sehebat ummi
terlalu tinggi harapan  itu.

qila futur.. qila lemah.. 

" jadikan Allah teman paling rapat dan Allah adalah peneman terbaik dimana anaknda berada" abah

doakan  qila tetap thabat di jalan ini..
doakan qila, kuat dan setabah ummi

terima kasih ummi.... terima kasih juga abah..

"disisi ummi adalah abah
disisi abah adalah ummi"
moga ikatan kasih sayang kita dalam redhaNya....