Ahad, 29 April 2012

Kesediaan AGM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam PERMAI 11/12 turun takhta dan diganti Peneraju baru..
moga peneraju kali ini dapat meneruskan perjuangan mantan kepimpinan lama..

tamat Anual Grand Meeting (AGM)

bergegas kami bergerak ke rumah TYDP untuk meeting BKPJJ..

MEETING MUHASABAH
Bila di nilai segala hasil kerja
me'recall' perjalanan kerja
Memikirkan jawapan2 yang diberi kepada Ahli BKPJJ pada AGM mendatang..
Perasaan takut, cemas, tak tahu nak jawab apa, pikir2 modal macam2lah..
hingga memikirkan apa agaknya yang akan ditanya oleh Ahli BKPJJ..
hinggalah ke saat meluahkan perasaan masing-masing tentang tugas dan amanah yang diberi..
ketakutan andai ada hak-hak yang tidak tertunai...
(hingga jam 2pagi)

semua itu persedian untuk hadapi soal jawab dunia...
bagaimana pula persedian untuk hadapi soal jawab akhirat..

semangat beginikah persedian kita..
atau
hrrmm tepuk dada tanya diri


wallahu'alam...

terima kasih AMM BKPJJ 2011/2012
kerana banyak mengajar dan menjadikan kita sebagai sebuah keluarga
walau hanya sebentar
tetapi kenangan manis itu tidak dilupai

moga kita semua dapat hadapi soal jawab dunia dengan lancar
dan
moga kita semua dapat hadapi Soal Jawab Akhirat dan pass sebagai Ahli syurga

aamiin ya robb




Ahad, 22 April 2012

atok...

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku" (26:80)

"Tidak ada satu musibah yang menimpa (seseorang) kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, niscaya Allah akan beri petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu." (64:11)

berita demi berita..

Atok milah masuk hospital lagi..

kali pertama masuk hospital sebab strok
kemudian masuk lagi sekali sebab sakit jantung
dan hari ni di hospital sebab darah cair

terbayang-bayang muka atok yang sentiasa tenang dan tersenyum..

umi sejak berbulan ni selalu ulang alik ke melaka setiap minggu untuk jaga atok..
masya Allah, pengorbanan umi sangat tinggi..

atok, qila doakan atok cepat sembuh dan dipermudahkan segalanya.. qila sayang atok..




Sabtu, 21 April 2012

satu amanah

Assalamualaikum..

Bahang Pilihan Raya di kalangan warga PERMAI (Persatuan Mahasiswa Irbid), Jordan kini bermula..
-saya dengan bangga menarik diri dari bertanding- >.<

Alhamdulillah, ada beberapa orang yang namanya turut tercalon berani menampilkan diri dan terus berkeyakinan menawarkan diri untuk menggalas tanggungjawab ini..

penarikan diri ini tidak berakhir dan saya tidak terlepas dari konflik lain..
Badan Kebajikan Anak Negeri Johor  mula menarik2 untuk menduduki kerusi AMT..
<mungkinkah penarikan diri berlaku lagi.. hrmmm>

Tanggungjawab ini tidak berakhir.. saya teringat kata-kata seorang senior

"Aqilah, awak dah terlibat dan memegang jawatan dalam PERMAI sejak tahun 1.. maka awak tidak akan dapat terlepas lagi.. bukan nak menakutkan awak tapi harap awak terus bersedia menyumbang.."

kata-kata itu terbukti.. dan jawatan itu satu pengalaman yang banyak mengajar..  Alhamdulillah dengan kerja-kerja ini banyak mengajar saya dalam pengurusan waktu dan mengajar erti sabar dengan kerenah manusia..

Kita semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas pimpinan kita

kita juga ada amanah yang perlu kita laksanakan bersama..
mungkin lagu ini sesuai untuk tema amanah ini..



Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini
Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia
“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya
“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”
“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

'ala kulli hal..
doakan agar amanah yang tertanggung dapat dilaksanakan sebaiknya..
proses turun jawatan nie, banyak kerja kena buat.. 
doakan kekuatan terus hadir mengiringi langkah >,<

"jawatan, amanah atau anugerah?"

Sabtu, 14 April 2012

datang tanpa henti~

Assalamualaikum..

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(10:107)


 Allah akan beri apa yang Dia kehendaki..


nikmat sakit dan nikmat sihat Allah dariNya.

Badan dikondisi yang sukar di diagnos.. sakit datang dan pergi.. markaz sihhi berulang kali pergi.. stok ubat yang berkotak..

TAKUT. dengan keadaan ini..

hingga kadang kala mata ini menitiskan butir-butir cecair panas..
takut dengan 'amaran' dari pencipta..

penyakit adalah kafarah dosa.. begitu banyak dosa mungkin...

perasaan sedih, bila selalu keluar statement2 ini..

"awak sihat?"
"macam mana sekarang? sakit lagi?"
"kalau sakit, tak payah buat...."
"awak tu selalu sakit...jaga diri yer~"
"..................................."

"Qila kena berazam supaya tak perlu makan ubat lagi tau.... " abah

"dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku," (26:80) 


Ingatlah 4 ini bila mana kita jatuh sakit...

Apabila seorang hamba ALLAH jatuh sakit, ALLAH akan utuskan 4 orang maLaikat :
✦ MaLaikat pertama akan mengambiL seLera makanan.
✦ MaLaikat kedua akan mengambiL rezeki.
✦ MaLaikat ketiga akan mengambiL kecantikan wajah (muka pucat).
✦ MaLaikat ke-empat akan mengambiL dosanya.

ApabiLa sampai waktu yang ALLAH tetapkan untuk hamba-Nya supaya kembali sihat, ALLAH akan menyuruh maLaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi baLik apa yang diambiL oLeh mereka.. Tetapi ALLAH tidak menyuruh maLaikat keempat supaya memberi baLik dosa hamba-Nya tersebut. .
 


terpujuk diri ini... ya Allah

Allah sayangkan hambaNya.. Dia ingin hambaNya ini terus dekat denganNya...