Rabu, 25 Disember 2013

+++++++


Alhamdulillah.

selama 2 malam dan ditambah 1 pagi untuk menilai dan bermuhasabah. 
hari pertama 5 petang - 11 malam
hari kedua  4:30 petang - 11:30 malam
hari ketiga  7:30 pagi - 8:20 pagi  (masa tambahan kata orang) :)

setiap kali habis meeting terus berlari menyelesaikan semuanya dan lelap.  


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


selesai semuanya. 

kami ber 6 melarikan diri. 

membawa sekali perasaan tersimpan disudut hati.  

tika itu 
rasa ku satu. 
mencari kembali semangat itu
setelah menilai dan menilai setiap dari mereka

ya ku sedar. 
diri ini juga sedang di nilai 
diri ini juga harus menilai 




salji ini putih. putih sangat. cantik.

merenung dan termenung. kalau lah Allah tunjuk hati ku sekarang. pasti beza. 



"mohonlah ampun atas dosa lalu. mintalah kekuatan untuk menjadi insan baru, doalah agar digantikan hati yang putih seputih salju"

+++++++++++++++++++++++++++++++++++




"Bila engkau sedang dalam perjalanan menuju Allah, berlarilah, bila terasa sulit, berderaplah, bila terasa lelah berjalanlah, bila tak sanggup melakukan itu semua, tetaplah melangkah walaupun dengan merangkak. Akan tetapi ingat,jangan sekali-kali engkau berpikir untuk berhenti !"






*pemutus atau penyambung (?)

yang haq pasti tertegak. 

Jumaat, 20 Disember 2013

. . . . .

Bismillah.

andai pemilihan itu hanya perlukan istikharah sahaja
sudah tentu tidak perlu sesi ta'aruf dan bertanya pandangan

andai sesuatu pemilihan itu hanya dengan terima pilihan orang lain
maka tidak perlu ada mereka-mereka yang 'berebut' untuk menjadi yang terpilih

andai sudah sepakat mengatakan setiap individu punyai hak
maka tidak perlu meleting andai mereka juga ada pilihan tersendiri



kerana itu manusia perlu berfikir. 


berbicaralah secara matang 
bukan berbicara untuk memaksa orang lain menjadi matang.

sedarlah, anda punya hujjah, dan saya punya hujjan dan mereka punya hujjah

anda, mereka dan saya adalah manusia biasa yang punya cara fikir tersendiri 

kerana itu Allah cipta kita semua, untuk saling lengkap melengkapi, saling kenal mengenali 

walau apa pon cara kita, kembalikan kepada tujuan utama. sebagai hamba dan khalifah. untuk pengakhiran yang satu iaitu syurgaNya. 

 
kembalikan kepadaNya.
tajdid niat. 

peace. 



Selasa, 17 Disember 2013

Menjadi pemutus atau penyambung?


kepulangan nanti, adakah nak kita menjadi sejarah terputusnnya dakwah dan tarbiyah atau mahu pahala terus mengalir walau kita telah meniggalkan dunia yang penuh teka-teki?




adakah kita sedang mencari kelemahan mereka atau sedang membongkar kelemahan sendiri?

petang ini, terbongkar segala rahsia yang disimpan rapi.


*emosi bakal ber temu muka, ter tegang suasana bersama ukhti-ukhti




Ahad, 15 Disember 2013

itu dulu.




Bahang pilihanraya kini semakin hebat. 
*walaupun hakikatnya tidak ter update sangat* 

tiba-tiba
teringat zaman konon-konon 
ingin bertanding untuk kerusi AMT (Ahli Majlis Tertinggi)
BKPJJ 
(Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan)

tujuan (?)

katanya nak tajmik adik-adik
katanya untuk lebih dekat dengan masyarakat 

Tahniah dan Takziah
kerusi yang dipertandingkan
berjaya di menangi


Timbalan Setiausaha BKPJJ


Famous gituu


detik-detik berlalu

satu persatu plan disusun. 
untuk capai tujuan asal katanya 

akhirnya 
tajmik entah ke mana
lebih dekat dengan masyarakat tp kesannya entah kemana

dan dari jawatan itu juga

mula belajar banyak perkara
untuk menjadi professional dalam bekerja itu tidak semudah disangka

kalau prinsip diri pon tenggelam timbul
ketegasan dalam memberi pandangan pon sayup-sayup

hilang semuanya
hanya ada tersenyum dan berbangga dengan pangkat
dan
planner yang penuh dengan tugasan teknikal semata


itu diriku yang dulu. 
mencari diriku yang sekarang


Alhamdulilah, Allah bagi kesedaran di saat akhir penurunan jawatan, untuk lebih tegas pertahankan prinsip. diberi kekuatan untuk menidakkan walaupun akhirnya kecundang. 

dan Alhamdulillah disaat itu Allah beri kesakitan, hingga hanya mampu terbaring. akhirnya terpaksa menarik diri dari program tersebut. mungkin Allah tahu, andai diri ini berada disana, tiada apa yang mampu dilakukan

dan Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk berada di barisan itu untuk menjadikan diri ini tahu kenapa dan mengapa bukan jalan ini yang sesuai untuk diriku




tersenyumlah duhai diri
anda memilih
dan terpilih
belajar lah untuk terus berlari 
dan memperbaiki diri



*tidak salah untuk terlibat, tapi andai tahu dan jelas tujuannya. maka teruskan lah. 


selamat bertanding mereka yang memilih. Moga Allah beri jalan yang terbaik untuk kalian. terima kasih kerana memikirkan untuk kami. 

selamat menerima perkara paling berat di dunia 

AMANAH 



Isnin, 2 Disember 2013

syria (1)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
semalam, dapat jejak kaki di kem pelarian syria, mafraq, Jordan.

tepat jam 5 petang, team kami tiba di kem mereka.

awal nya agak kekok dan menggigil kesejukan. tapi mereka menyambut kami dengan senyuman. ye dengan senyuman yang sungguh ikhlas. mengajak kami ke dalam khemah tempat mereka berlindung. ada 15 buah khemah di sekitar itu.

setiap kali bertanya macam mana keadaan mereka, anak2 mereka... jawapan  mereka "Alhamdulillah, kheir in sha Allah, tawakkal 3la Allah"

mereka cukup bergantung kepada Allah.

Melihat senyuman tawa anak2 kecil di sana. walau muka mereka berdebu, comot, ada yang tidak berselipar, berlari-lari anak dengan kami seolah tiada apa yang berlaku.

"leisy tiebki?" (kenapa awak menangis)

kenapa awak menangis, kami disini baik2 saja.. kami gembira. semyum dan terus menyerahkan segalanya kepada Allah. 

tidak puas rasanya mengambil semangat dari mereka. bayangan senyuman yang penuh keikhalasa itu buat ku rasa ingin terus lama lagi disana.

kemudian kami bertolak ke sekolah yang besarnya hanya seperti sebuah rumah. sekolah yang menempatkan anak-anak syria.

disana mereka diajar pelbagai ilmu. Al-quran, bahasa, matematik, kesenian.

kami diajak masuk ke kelas-kelas mereka. melihat kesungguhan mereka menuntut ilmu, mendalami ilmu.
bergembira sesama mereka dan menyambut kedatangan kami dengan begitu baik sekali.

laungan TAKBIR dari anak-anak yang suci itu menyebabkan hati ini meruntun. mereka memaknai kata Allahu Akbar yang dilaungkan .


"kita adalah satu badan, satu jasad. walaupun keadaan kita berbeza tetap kita adalah satu. untuk menuju kepada pengakhiran yang satu. Andai kan aku berjalan di suatu tempat yang gelap pasti aku perlukan cahaya. tanpa cahaya itu bagaimana aku dapat meneruskan perjalananku. kerana itu aku perlukan petunjuk, aku perlukan bimbingan, aku perlukan nasihat dan aku perlukan teguran untuk menjadi cahaya yang akan menerangi jalanku. oleh itu bantulah aku, kerana kita adalah satu. " ucapan salah seorang pakcik jordan yang turut terlibat menguruskan hal ehwal di sekolah itu.








Alhamdulillah, Allah pilih aku.

Tidak cukup hanya kasihan,simpati dan tangisan. sama-sama doakan mereka.

akan ada lagi rancangan untuk kesana untuk malawat dan menghantar sumbangan dari sahabat-sahabat. doakan semuanya dipermudahkan.

Isnin, 25 November 2013

kala itu sedarlah bahawa..

Manusia mudah untuk menutur kata, mudah mencipta penyedap rasa. 
mungkin terdetik, oohh itu bukan diriku, tapi hakikatnya semua adalah begitu. 
kerna setiap sudut hati itu di cipta rasa 
rasa untuk mencapai impian, rasa untuk berharap mimpi menjadi kenyataan 

Berkorban ertinya Terkorban 

Berkorban untuk sesuatu
Terkorban demi sesuatu

Mungkin dua frasa itu bahagia 

jika

sesuatu  itu impiannya
sesuatu itu harapannya
sesuatu itu mimpinya

bagaimana 

jika

sesuatu itu paksaan untuknya
sesuatu itu bukan kehendaknya
sesuatu itu jauh dari sudut cita-citanya

tatkala saat itu 

pasti, 
merasa ada bahang air mata mengalir untuk mencari rela
merasa bengkak hati untuk menerima dalam terpaksa
merasa bakar pipi kemerahanan menahan amarah rasa


aahh tipulah tak pernah rasa... 

terkorban dalam pergorbanan


#nilaikembaliniatnyauntuksiapa.






diriku juga manusia. 

Isnin, 11 November 2013

Bismillah.

akhir-akhir ini, terlalu banyak perkara yang berlaku. ditambah masalah lama tidak diselesaikan.

menjadi pelajar tahun akhir, kadang-kadang perasaan takut, tertekan bercampur baur.

sedar

sudah tiba masa untuk sibukkan diri.

"tugasan lebih banyak dari waktu yang ada"

tahu, sedar.

tapi untuk hadapi

tidak semua mampu tenang dengannya.

"awak, tolong. sekarang saya sangat banyak kerja kena selesaikan dan sangat tertekan. saya cerita semua ini dengan awak sebab saya tahu awak sentiasa positif dan tolong beri saya semangat" sahabat

sentap. sedang diri ini juga sedang hilang semangat diri. bagaimana mungkin ku luahkan kata hati yang menipu.


wahai diri, tolong sedar.. waktu itu akan terus berjalan dan berlalu walaupun awak nak jatuh tersungkur dan berhenti melangkah.

mahu lari kemana, penghujungnya tetap ada.

sama ada tersenyum atau berduka. berjalanlah dan waktu itu tiada istilah menanti dan berhenti .






hilang.


Khamis, 31 Oktober 2013

abah. sayang abah



menangis.

dengar lagu ini. teringat abah.

jujur. rindu.

abah, terima kasih, sayang abah sangat-sangat.


seorang abah yang bukan sekadar abah. abah juga sahabat, tempat mengadu, bergurau, menangis,

menjadi anak yang rapat dengan abah. membuat sentiasa rasa ingin bermanja.


sayang abah. ~!



*dihimpit situasi demi situasi. moga Allah tunjuk jalannya.*

Jumaat, 25 Oktober 2013

rumah muslim

tenang-tenang minda. ronda-ronda blog..

klik BM angel pakai gucci.

hrmmm

Alhamdulillah salah seorang kakak serumah sudah naik satu anak tangga bulan 3 hari tu.
PJJ "perkahwinan jarak jauh"

malaysia - jordan

maka secara tiba-tiba fikrah yang ditanam dalam fikiran adik-adik rumah dia.. BM


kakak tangga ke dua a.k.a puan mama : hah, dah isi borang belum? 
adik dia yang terkedek-kedek di tangga IM : he he he.. nantilah.. seram. 

hampir setiap hari dapat daurah BM percuma. haa kalau dah terkena sekali. paling tak tahan.

bismillah. Alhamdulillah esok kita akan  sambut aidil adha. so, minta semua bagi ucapan.. 

unkti tangga ke 2 : moga raya ini adalah raya terakhir adik-adik semua berseorangan. 

gulp gulp gulp ...

haa tu sapa yang umi abah dah suggest calon ke dah ada yang bertanya ke, ta'aruf terus tak perlu lambat-lambat

gulp gulp fuh~! 


dan secara jujur. hampir setiap meja ada diberi buku, dan buku untuk insan kerdil ini .

Tak kenal maka Ta'aruf


baru dua tajuk dah tutup buku. haishh.. tajdid niat, jaga hati 



tak salah untuk membaca buku-buku seumpama ini. cuma bijaklah mengawal rasa. hati wanita kan... .peace ~~! 



*maaf kakak tangga ke 2.. masih belum nampak bayang-bayang tangga seterusnya. hehe 
















Isnin, 21 Oktober 2013


"Allah hadirkan insan yang terbaik untuk berada di samping kita"


pelik. kenapa jika dia adalah yang terbaik untuk kita.. mengapa sesama kita masih ada rasa kecil hati, marah, geram, tak suka, semua perasaan negatif akan ada cuma mungkin tidak selalu jika dibandingkan perasaan kasih dan sayang. 

cuma secara hakikatnya 

pasti ada
wujud dalam hati 

hrmm 


semalam, ada scene menangis dan mengadu kerana masalah hati.  o.O  ='(

datang kata-kata seorang ukhti 

kadang bila kita nak A tapi Allah bagi B 
kita pelik dan tertanya
kenapa dan mengapa
kita cuba membuka hati 
tanpa cuba kita cari 
titik kesamaan A dan B 
untuk jadikannya sempurna



Permintaan kita


penawaran Allah



antara permintaan kita dan penawaran Allah
ada titik persamaan yang menjadikan
keluk cerita kita menjadi sempurna 

tapi sedarlah 

untuk mencari titik kesempurnaan itu 
ada duka, perit, suka dan bahagia 
yang menghiasi susur laluan itu 

Ibnu Qayyim rahimullah pernah berkata 
"Suatu keuntungan, kebaikan, kenikmatan, kesempurnaan, semuanya takkan diperoleh kecuali dengan merasakan kesulitan, takkan bisa dicapai kecuali melewati jambatan keletihan" 






mencari erti hidup pada memberi

Ahad, 20 Oktober 2013

Dunia

didalamnya ada

pilihan dan ketetapan
kemahuan dan keinginan
kehendak dan keperluan
rahmat dan ujian
cinta dan benci
....................................


kesalahan dan kelalaian dalam mencari perkara yang dikatakan terbaik untuk diri.

sudah diberi petunjuk cuma kurang mengerti titik pertemuan petunjuk dan mungkin kurang bergantung kepada pemberi petunjuk.

hasil pilihan itu muncul gerak langkah seterusnya. suka atau benci itu pasti ada walhal itu pilihan sendiri.

kadang pelik dengan dunia. pelik dengan isu hidup.

yosh cari kembali erti hidup yang bukan ikut skema spm.  hrmm


Khamis, 3 Oktober 2013

. Jalan Cintaku .



Alhamdulillahilladzi'afani
mimmabtalaka bihi 
wafaddotani
Ala katsirin mimman kholaqtafdila

Biar jatuh ku bangkit semula
Biar lemas ku renangi jua
Biar payah ku terus harungi
Biar tewas ku makin berani

La ilaha illa anta
Subhanaka inni
kuntumminzzolimin

Inilah jalan cintaku
Di laluan yang berliku
Tidak mudah
kaki ini melangkah

Inilah jalan cintaku
Biarpun berjuta batu 
Tidak lemah 
Terus aku melangkah

moga terus di jalan ini. 

Bayt Irsal
Aswak zamzam 
Irbid





Rabu, 11 September 2013

sepupu sayang


Alhamdulillah

setelah hampir 4 tahun tidak dapat berjumpa kerna diri ini belajar di luar negara dan giliran beraya di kampung berbeza maka kesempatan untuk bersua muka agak terganggu. 

Alhamdulillah dapat bertemu pada tahun ini dengan cerita yang semakin menarik~! hehe

kami sebaya tapi kisah kehidupan kami berbeza. 

sebelah kanan saya  ialah Aisyah. belajar dalam bidang kejururawatan dan akan habis tak lama lagi. opss dia dah berpunya. :) in sha Allah, bakal zauj dia belajar sama universiti dan course dengan saya di jordan. tak lama lagi ada lah tu jemputan dari dia. amin 

sebelah kiri pula ialah kakyong. belajar di tahfiz dan bakal mendirikan rumah tangga pada raya AidilAdha nanti. Bakal zauj dia sudah bekerja dan berasal dari terengganu. 



che ha (mak sedara) : haii semua dah ada.. qila punya pula mana? 

saya  :heee.. qila punya tak sampai lagi.. 'transit' mana2 mungkin


kita sebaya tapi mungkin tak lama lagi tangga kita berbeza. 

moga hubungan yang terbina ini dalam lindungannya. amin 









 


Khamis, 22 Ogos 2013

.

Bismillah



Perlukah untuk terus bermain dengan rasa. Biarkan tanpa jawapan pada teka-teki atau hadapi dengan kenyataan satu pilihan.

benarlah. hidup ini penuh pilihan.

cuma . pilihan itu menepati kenyataan yang telah tercatat olehNya atau hanya mengikut kata hati yang buta untuk menilai petunjukNya



prinsip R.E.D.H.A


hampir semua tahu erti dan konsep prinsip secara teori nya tapi tidak ramai mampu memahami dan menjiwai nilai praktikal nya





seperti insan lain. Diri ini juga banyak kurangnya.

Selasa, 6 Ogos 2013

untuk kalian!

bismillah

dedikasi untuk sahabat sayang

Nurul Afiqah Osman dan bakal zauj Muhammad Faiz Mazlan

moga mahligai yang bakal dibina kekal hingga ke syurga.








selamat naik satu anak tangga. =)

mood : tengah pujuk abang uqbah untuk teman T.T


Isnin, 5 Ogos 2013

smile

Bismillah..

ramadhan masih berbaki 3 hari. masih ada detik-detik yang Allah beri kepada kita. untuk membersihkan jiwa-jiwa yang telah dicemari debu-debu jalanan hidup. 

satu demi satu peringatan hadir, mengisi ruang-ruang kosong dalam jiwa untuk bekalan detik-detik yang bakal hadir bersama liku-liku yang telah disediakan pencipta untuk tujuan yang bukan sia-sia. 

kembali meneroka. 


-----------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, 

Di sebalik kemeriahan menyambut ramadhan, di selang seli dengan jemputan walimatul 'urus sahabat-sahabat handai. 


mabrouk muqaddam sahabat semua. 

tarikh demi tarikh,
pasangan demi pasangan 
tempat demi tempat
kisah demi kisah 

setiapnya ada nilai tersendiri
setiapnya ada keistimewaan tersendiri
setiapnya ada maksud tersendiri


Maaf andai tidak dapat hadir ke majlis kalian
cuba sedaya upaya untuk hadir in sha Allah

andai tidak ketemu di majlis, doa tetap di hulurkan 

*umi tidak pernah bagi anak dara dia ni ke mana-mana tanpa berteman. andai berteman pon tak mungkin dapat lepas dengan mudah. walhal jalan-jalan di johor dengan sahabat2 pon tak pernah lepas,. hehe

mood : Rasa tua bila yang dulunya terima kad raya kini berubah menjadi kad jemputan kahwin =)

Malaysia 






Isnin, 22 Julai 2013

ini dariNya

Alhamdulillah..

Allah beri nikmat yang sangat banyak dan beri peluang untuk setiap hambaNya menutup lubang2 amal yang tidak sempurna. Allah beri satu tempoh sebulan untuk mencari diri yang sebenar tanpa ada musuh2 ketat disisi.

diri ini

diri ini seolah berselindung di sebalik hijab labuh, di sebalik kain kecil yang menutup sebahagian wajahku.

disebalik semua itu, terlakar berbagai khilaf.

diri ini insan biasa. mencari dan sedang meneroka.

benarlah, setiap penciptaan manusia itu terselit rahmat ujian untuknya.

Alhamdulillah

Allah hadirkan rasa itu.

rasa untuk mencari diriNya, rasa untuk kembali kepadaNya, rasa untuk menghayati cintaNya




Rabu, 10 Julai 2013

.........

12. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.



Cerita demi cerita sampai ke telinga. 
Cerita cinta

benar,  bahang perkahwinan mahasiswa/i timur tengah semakin memuncak saat ini detik ini.
hingga insan2 yang tidak terkait turut sana dikaitkan.

Dulu mungkin mampu untuk terima dan bersabar, tapi hingga saat ini.. 
kisah demi kisah cinta  tidak benar yang dikait dengan diri ini 
semakin enak direka dan disebarkan. 

sumber,

pernah diri ini bertanya, 
sumber mana kisah 'indah' itu

pasti jawapannya.. sumber benar. 

harus sedar dan ingat,
sumber paling benar pastilah dari diri ini atau tidak dari keluarga. 

nama demi nama di kaitkan. 
satu demi satu hati diguriskan.

malu. sedih. 


"Perkahwinan, mungkin ini jalan terakhir untuk tutup fitnah" ukhti

jawapan ku

"tidak semudah itu, bukan senang mencari insan yang benar2 dapat membimbing diri ini, bimbing keluarga dan tidak mungkin dapat mengambil sesiapa sahaja semata2 untuk menutup mulut2 mereka"


diri ini sedar,
ramai yang menanti pengumuman sebagai jawapan pada persoalan2 dan pengakhiran cerita mereka.

tapi,
apa dayaku. semua ini susunan pencipta. 

cukuplah hanya mendoakan. 


Allah akan uji,
titik lemah hambaNya. 
diri ini sedar
ini titik lemah ku
tahu, aku rapuh.
pada titik ini


benarlah, fitnah menyakitkan. 






ada dua :

kalau benda tu benar, dan kita tidak suka = mengumpat
kalau benda tu salah, tidak kira kita suka atau tidak = fitnah

untung kalau orang buat kat kita sebab kedua2nya kita dapat pahala

"bersabarlah qilah, hatta saidatina Aisyah juga di fitnah"

nasihat dari abang tersayang :

untuk menangis pon, bukan dapat tutup mulut orang. mungkin qila ada buat prasangka dengan orang, maka orang juga berprasangka dengan qila. apa2 pon rujuk balik diri kita. "

"ni dah banyak baca qur'an? kalau belum, banyak kan baca qur'an.. baru lah hati kita tenang dan akan hilang perasaan2 tak elok nie.." 

"setiap ciptaan manusia, ada terselit ujian untuknya."



*cukuplah titisan menitis disebabkan perkara ini untuk kali ini sahaja*

Ahad, 23 Jun 2013

curahat seorang akh



"kita bukan hanya inginkan pengikut tapi kita perlukan penggerak"

menjadi seorang murobbi tidak mudah. banyak yang perlu dijaga. seperti menjaga seorang anak kecil. kalaulah seorang mak/umi/ibu yang ada perasaan malas, bosan, jemu, putus asa, untuk mendidik dan membentuk anak itu pasti hancurlah anak itu.

begitu juga seorang murabbi. kita sedang membina mutarabbi2 yang akan menjadi penggerak.

jadikan mutarobbi adalah sebahagian dari hidup kita.

#muhasabah

Sabtu, 22 Jun 2013

berita

bismillah..

berita kemalangan sepupuku, humaira' dan suami serta beberapa pelajar mengejutkan diri ini.

rasa sangat terkilan dan sedih sebab sebagai keluarga terdekat di perantauan masih tidak tahu jelas tentang berita itu

beberapa orang cuba dihubungi. terima kasih kepada beberapa sahabat yang turut sama memberikan update terkini.

umai keguguran setelah 8 bulan mengandung, acai (suami umai) patah tangan dan kaki.
Alhamdulillah mereka baru sedar. pemandu cedera parah, seorang akhawat London meninggal dan sahabatnya cedera.


Alhamdulillah, baru lepas hubungi keluarga umai.. moga mereka redha dan tabah dengan berita ini.

masih menanti berita pertukaran hospital dari petra ke amman. moga dipermudah.


"qila, nanti lawat umai heh" ayah him (ayahnda umai)

"lawatlah, wakil keluarga.. "tokku

sebak rasa.. moga diri ini kuat untuk menguatkan umai..


"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (64:11)


doakan mereka kuat dan semoga berita2 ini menjadi peringatan untuk semua.

http://anjangmuor.wordpress.com/2013/06/22/kemalangan-pelajar-malaysia-di-jordan/

Jumaat, 21 Jun 2013

hati itu.



Hati itu,
Tiada siapa dapat jangka,
Bahagia atau derita,
Tersenyum atau masam duka.

Hati itu,
Tersirat isi dasarnya
Terlalu sukar diungkap maknanya
kadang titisan jernih sahaja,
Bisa menggambarkan tanpa bicara.

Hati itu,
cuba di didik dan di jaga,
cuba di tanya kerna apa,
cuba di selami isi maknanya

Hati itu,
Hanya Tuhan mahir tentangnya

Hati itu, 
Mohon tenanglah ia



Irbid,
Jordan 

azam dan tawakkal



"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah" (3:159)






rasa indah nya tawakkal bila kita benar2 berusaha dan berserah segalanya kepada Allah. 




credit to : gambar beah ketika menjuarai acara balapan dan terpilih sebagai olahragawati 

*semoga sahabat saya dipermudahkan urusan memilih pasangan hati. peace *-* 


bayt irsal
jordan

Selasa, 18 Jun 2013

semakin tua :D

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

hari ni genap umur 21 tahun

menjadi hambaNya
menjadi anak kepada umi abah
menjadi adik kepada kaklong dan abang uqbah
menjadi kakak kepada atirah,abir,beah,aqeh,wajihuddin
menjadi cucu kepada atok milah, tokku lelaki, tokku perempuan
menjadi sepupu, dua pupu kepada dua2 belah pihak umi dan abah
menjadi sahabat
menjadi kawan

fuh.. bila nak list tu.. ramai~!
banyak nya tanggungjawab terhadap insan sekeliling,
maka banyak juga tangan2 yang akan menarik nnt sama ada menarik sama2 ke syurgaNya
atau ke tempat kediaman paling buruk.. na'uzubillah

hrmm
nikmat usia yang Allah beri ini pasti bukan sia2.. begitu juga sejak awal penciptaan diri ini..

firman Allah :
"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari, Dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia bangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. kemudian kepadaNya tempat kamu kembali,lalu dia memberitahukan apa yang telah kamu kerjakan. " (6:60) 

moga diberi kekuatan untuk laksanakan tanggungjawab yang diberikan..

fuh~!

Alhamdulillah, tahun ni sekali lagi sambut tarikh lahir di negara penuh barakah. :)

semoga dengan pertambahan bilangan umur dan berkurang tempoh mengutip bekalan2 untuk membina mahligai di sana kelak akan menjadikan diri ini hambaNya yang semakin kenal penciptaNya, menjadikan diri ini semakin mendalam rasa cinta kepada pemilik kekal, kepada umi abah, kepada insan2 sekelilingku, in sha Allah ^__^

lagi setahun bakal habis pengajian.. mohon doa dan moga Allah mudahkan segalanya.. in sha Allah amin :)





18 jun 2013
Irbid Jordan 



Ahad, 9 Jun 2013

teka teki

bismillah.

pulang dari mesir dengan satu jawapan.

jawapan pada teka teki hati
masih berharap
jawapan kepada jawapan
adakah....
tindak balas yang akan melegakan
atau menyebabkan ku perlu berteka teki kembali

benarkah jawapan itu
kerna petunjuk
yang benar hadir dari ilahi
atau hanya mainan hati
untuk menguji pergantungan pada ilahi

petunjukMu.


#mulamemikirkanmasadepan#





.

hadir satu rasa.

rasa untuk berkongsi
rasa untuk menulis
rasa untuk meluahkan

tapi
apa yang ingin dikongsi?
apa yang ingin ditulis?
apa yang ingin diluahkan?

Hanya Tuhan yang Tahu.

mencari diri yang telah hilang. diam.

Khamis, 9 Mei 2013

.

suatu kala dulu. kata2 itu hadir. menjadi kata kunci hati. 

dipegang erat. disisip rapi. 

namun

kian lama kian hilang 

biar ia pergi. biar ia berlalu. 

mungkin. ini tanda sudah lama tiada cahaya. 

atau cahaya itu hanya suram dek titik-titik hitam ber maharajalela

tanpa sedar 

tika jatuh dan tersungkur

hadir kembali kata2 itu. 

cuba membuka kembali kunci hati

titisan demi titisan jernih

mengalir lembut membasahi pipi

dalam sujud merendahkan diri

sedar.

ini dari ilahi. 



mood : menjaga seketul daging itu perlu mujahadah tinggi   




Ahad, 5 Mei 2013

begitu atau begini



Pemberian itu pasti  ada makna. Tersirat atau tersurat. pasti  ada makna

andaikata kita beri tudung, maka jelas terang dan nyata kita ingin dia memakai tudung. 
andaikata kita beri coklat, maka mungkin meminta penerima itu makan dan rasai kemanisannya.

tapi

andai suatu masa, kita terima sesuatu pemberian yang ada maksud tersirat tanpa kita tahu adakah makna tersirat itu bermakna itu atau mungkin tiada makna apa2 sebenarnya. 

hanya pemberian.

kadang perkara itu, buat hati bermain teka-teki. adakah begitu atau begini atau mungkin bukan itu dan bukan ini.

secara jujurnya, penerimaan sesuatu itu, buat hati berfikir dan berfikir tapi berfikir untuk sesuatu yang tidak pasti hala tuju pemikiran itu adakah begitu atau begini. tergantung. 

kadang, mungkin juga kerna terlalu banyak berfikir, boleh membuat konklusi yang tidak sepatutnya.

sudut pandang manusia berbeza, maka jelaskanlah ia. 

moga masa itu tiba. 


penjagaan seketul daging yang menakluki tindak tanduk diri itu perlu mujahadah.. smile. 

mood : mencari makna tersirat disebalik pemberian itu

Isnin, 22 April 2013

hanya Dia.


tiba saat itu, jatuh dan futur. esok pasti akan tiba. diri kita mungkin bukan lagi diri kita. sedar, itu dariNya perlu kembalikan kepadaNya.

yakin dan percaya. tiada ujian yang datang. dengan tujuan sia-sia. hanya untuk uji tahap iman. jua mengukur keyakinan bahawa ini dariNya.

disini, saat ini. kepercayaan dan keyakinan itu makin hilang. usaha dan ikhtiar kabur. rela membiarkan tanpa jawapan.

ia datang dan pergi. janji Allah itu pasti. hanya Dia.

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia..." (11:107)

Ahad, 24 Mac 2013

kejayaan itu milikMu


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara


"dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,
dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna" 
(53:39-41)

Alhamdulillah, Allah beri kejayaan dalam SPM kepada adik lelaki tersayang..

Abir, kejayaan itu adalah satu ujian dan kegagalan juga satu ujian,
moga kejayaan ini semakin menambahkan keimanan kita kepada pemberi kejayaan..

Abir, selepas ini langkah awak semakin jauh, terus melangkah dan terus melangkah..
dan ingatlah, tika itu, pelbagai onak dan duri menanti..

Moga Abir terus melakar kejayaan untuk kita sekeluarga di dunia dan di syurga abadi.

* lagu kat atas tu, dedikasi dari abang uqbah kepada kak qilah.. kini, kak qilah dedikasi untuk awak*




terima kasih umi abah
tanpa doa, restu, nasihat umi abah
tiadalah senyuman kejayaan kami adik beradik
tidak kira, dalam pelajaran atau kehidupan
didikan umi abah, membentuk kami sekarang
^__^


abir, dah besar dah awak
terima kasih tolong jaga umi dan adik2 kat rumah
teruskan melangkah 


Isnin, 25 Februari 2013

Disisi ukhuwwah ini


karena beda antara kau dan aku sering jadi sengketa

karena kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu
wasiat Sang Nabi rasanya berat sekali :
"Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"

mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakur bersama, iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia

Lalu dengan rindu kita kembali ke dekapan ukhuwah 
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya ke bumi
dengan persaudaraan suci, sebening prasangka, selembut nurani
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji



Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A Fillah 



suatu ketika dulu 

"erm.. awak..akak harap awak sudi duduk Rumah Islam selepas keluar sakan.. " murobbiah ohsem


maka RI Ar-Raqaiq terbina.. bersama mereka yang entah siapa, asal mana, malah nama pon mungkin ingat2 lupa.. terbina kami berlima di situ.. 


siapa sangka.. perjalanan yang mula kaku tanpa bicara. ku berlegar2 dirumah itu diam membisu. 


sesi ta'aruf bermula. 

sedikit demi sedikit mula kenal tiap2 hati yang sedang menyatu.. diiringi titisan demi titisan air mata kerna janggal bersama melayari bahtera rumah islam. 

ketika ini, benarlah tahap pertimbangan rasa hati.. saling memahami agak teruji. manakan tidak, sudah berjanji taat setia di dalam satu lingkungan gaya hidup bersama mereka yang tidak pernah di ketahui walau sedikit latar belakang.. nama dan universiti (hanya itu ter submit dalam data akal) 


kadang rumah itu sunyi sehari mungkin berhari-hari dan kadang hampir minggu.. yes, mereka menebar mencari kekuatan, mencari 'mangsa' untuk menjadi ukhti fillah. 


cuba untuk memahami... satu demi satu kenyataan dan makna sebenar rumah islam. 


"akk, kenapa saya rasa sangat kesunyian dirumah itu.. adakah ini yang dipanggil rumah islam? " bertanya diri ini yang belum benar2 mengerti apa itu rumah islam


"erm.. biasalah qila.. selalu dalam setiap rumah islam pasti akan ada seorang yang lebih suka di rumah, menyiapkan kelengkapan ahli rumah islam nya, tapi dia juga yang amat diperlukan ketika sayapnya pulang setelah keluar menebar kasih dan sayang" murobbiah haraki :D


"tapi akk, saya tak boleh terima keadaan macam ni. saya tak biasa.mungkin saya akan pertimbangkan untuk terus di rumah islam.. " diri ini (zaman belum benar2 faham)


menolak. merajuk. menyendiri. tiada yang berani menegur tatkala bertandang ke rumah islam kami. 


waktu berlalu.. mungkin kerna masih baru, masih terlalu banyak perlu dipelajari.. maka tidak banyak ku kaut dari rumah islam itu... dan hadirlah detik ini kembali..

"awak, ini senarai nama ahl rumah islam awak nanti. kita semua akan berpisah tapi ukhuwwah kita takkan pernah putus. nanti rajin2lah datang rumah2 kami yer.. " ahli RI ar- raqaiq


fuh, hati ini mula meragui.. bersama senarai itu... terbayang wajah mereka. hanya wajah dan hanya nama. belum pernah bermuamalat. mampukah untuk mengulang detik lalu? 


"Bismillah.. esok jom kita ke kedai makan.. ta'aruf dan bincang sikit2 untuk rumah islam kita nanti " message dari mas'ulah (orang yang bertanggungjawab) rumah islam kami 

monolog dalaman : mampukah untuk bersama mereka pulak? ya Allah bukalah pintu hati ini untuk menerima


diam. 


kepulangan ke malaysia, mencari sumber kekuatan. 

"awak, kalau ditakdirkan awak di jodoh kan dengan insan yang awak tidak pernah kenal dengan dia.. inilah peluangnya untuk awak belajar..kenal dan belajar memahami " ukhti :)


susunan Allah cantik. sangat cantik. pengalaman dari rumah islam lama banyak mengajarku untuk lebih terbuka hati, belapang dada, memahami kesibukan para murobbiah mencari mad'u nya, para hambaNya mencari cinta kekasihnya.. 

kini, tersenyum. mula melaju mula melangkah. 


"terima kasih qila. akk bahagia tengok awak sekarang" akak2 murobbiah 


Alhamdulillah. kini Rumah islam Irsal. keakraban ini anugerah Allah. kasih sayang ini milik Allah. 

Alhamdulillah. mula mengerti dan sedang cuba mendalami erti rumah islam dan ukhuwwah islamiyah itu sendiri. 




siapa kata ini hanya untuk orang yang dah berkahwin jer? 
kami juga sedang saling membina diri  :)

bak kata kak syima : setiap kali ahli rumah islam berubah, maka sesi ukhuwwah islamiyah bermula dari awal.