Selasa, 2 September 2014

..

Menulis coretan jiwa.
Pada sebuah mata pena.
untuk meluah sebuah rasa.
aku lebih pada kiasan bahasa,

tuturan itu kadang buat ada yang terluka.
hingga ada yang tersalah makna.
walau kadang ku juga alpa dalam hembusan kecewa.
hingga ada yang dengar madah itu bernada putus asa.

maka aku memilih pada menjadi gadis armada pena,
agar biar hanya aku mengerti pada ironi nya
untuk menjadi lakaran silam lama
yang ada prahara dan asa nya.

aqilahzam,irbid, jordan.

Ahad, 31 Ogos 2014

hakikat bahagia

seminggu. dalam kegelapan mencari cahaya. kerana Tuhan itu sayang hambaNya. diberi sinar itu.


ketika cinta sedang putik.
Tuhan beri ku peluang untuk menuainya.
satu demi satu
temui kunci untuk membuka pintu
bersihkan gelapnya ruang itu.



Rasulullah bersabda:

    إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala' yang menimpa. dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diberi dugaan. oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka kepadanya kemurkaan Allah " {Riwayat Al- Tirmidzi, Al-Albani dan menyatakannya sebagai hasan dalam sahih dan Dhaif dalam sunan Al-Tirmidzi}





kerana itu Tuhan ajarkan, kuasa istighfar.


"dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan..." (hud :3)


"Dan (Hud berkata), "wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepadaNya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras, Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa" (hud :52)

istighfar dengan sebenar-benar istighfar, kita akan rasai rahsia tersiratnya.





Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama -sama orang yang sabar!


    يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
"Wahai orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar" (Al-baqarah : 153)










bismillah tawakkal 3ala Allah

Rabu, 20 Ogos 2014

aku.

lemah.jatuh.

sedar aku. saat jam berdering. tepat 3 pagi.
Aku bangkit. tuju aku untuk kembali kepadaMu.

lemah, jatuh.

rasa aku hilang. tangisan aku kaku.
pohon ku tidak seperti dulu.
aku sedar. aku jauh dari Mu.

berhari, berminggu,
aku sibuk memohon padaMu.
hanya untuk urusan duniaku.

lemah. jatuh.

rasaku hati itu,
tidak ada dengan ku.
jauh dan rapuh pada perasaan ku.

lemah. jatuh.

saat dulu aku belai tangisan ku.
aku belai keliru ku,
aku belai siksa kata putus ku.

akhirnya aku,
jauh dari Mu.

lemah. jatuh.

Tuhan, kembalikan aku.
aku rindu tangisan kerana taubatku.
aku rindu untuk terus merayu cintaMu.

lemah. jatuh.


Aku dihambat resah,
mencariMu disetiap arah
tanpa Mu aku lemah,
daya ku mudah lelah,
rindu tak sudah.



Aku lah perindu.



keimdahan itu ,ingin ku rasakan di dingin malam dan hangat siang Mu.



Tuhan, singgahilah hatiku saat aku mula menjauhiMu. 

Khamis, 7 Ogos 2014

kembali pada itu

tersentak.

selama ini aku keliru,
selama ini aku ragu.

kerana tidak aku tuju pada niat yang satu.

dia tidak salah
yang salah itu aku.

aku keliru
aku ragu

kerana fikirku tidak pada itu,
fikirku hanya pada ingin ku.


Tuhan


kembali kan aku pada tujuan satu.


Allahu ghayatuna.


bismillah. Dia sentiasa ada.
menadah ampun dan cinta.

Hela nafas ini dalam kebuntuan,

Mencari apa itu makna kehidupan,
Yang putarannya hanya dalam pengetahun Tuhan,
Aku masih mencari tentang sebuah pengertian,
Yang mereka tahu hanya ungkapan kesabaran.

Dan pada sebuah penantian,
Terselit seribu tanda tanya mengusik perasaan,
Dan pada hela nafas ini ku sedar satu kenyataan,
Bahawa aku takut pada sebuah ketentuan.

Kerana takdir pernah mengajarku erti pengharapan,
Yang telah aku semai pada sebuah khayalan,
Yang akhirnya hilang hancur berkecaian,
Dan aku mula takut untuk sebuah lagi kekecewaan.

**

Tuhan,
Beri ku kekuatan,
Untuk aku yakin pada sebuah penantian.

Tuhan,
Hela nafas ini dalam kebuntuan,
Pada satu soalan mengusik ketenangan,

Tuhan,
Apa benar apa yang ku rasakan?
Adakah ini memang telah ditetapkan?

Tuhan,
Hanya Engkau tahu rahsia penciptaan,
Bantu aku pada satu jawapan.




*mencari erti kata putus*

Sabtu, 2 Ogos 2014

Bismillah.

untuk satu kata putus itu,
perlukan keyakinan yang kukuh dan kepercayaan yang tinggi.

tapi untuk dapatkan semua itu,
perlukan pencarian dan penjelasan untuk segalanya.

dan paling penting mohon pada pencipta.

jujur,
aku takut pada sebuah kata putus.


*teruskan*

Rabu, 30 Julai 2014

pada sebuah kehidupan yang tiada siapa tahu apa hujungnya.
pada sebuah kehidupan yang aku sendiri lemah dengan perhiasannya.
pada sebuah kehidupan ini aku masih disini bermain teka-teki yang takdir itulah jawapnya.


teruskan.
langkah ini terlalu pendek untuk dikeluhkan.
kerana langkah ini entah2 tiada apa nilai pada mata mereka yang memandangnya.


aku harus cari erti pada tindakan yang terkehadapan tentang masa depan.





*merungkai erti sebuah kata putus*



Khamis, 3 Julai 2014

fitrah.

Bismillah.

Anugerah. Perasaan yang hadir dalam hati kita itu adalah satu anugerah. Yang hanya Tuhan tahu. Sejak bergelar seorang anak gadis yang meningkat umur remaja. Ada dugaan demi dugaan. cabaran demi cabaran.

ada suatu ketika, seorang rakan bertanya.


"awak, takkan awak takde suka dengan sesiapa?" 

ku tersenyum. tarik nafas dalam..

"tak mungkinlah, saya pon manusia. perasaan itu kan satu fitrah" 



 jujur, perasaan itu pernah hadir, sedang hadir dan mungkin akan terus hadir. dan sebagai manusia, kadang ku sendiri gagal untuk kawal. terumbang ambing dengan perasaan sendiri.

saat dan ketika itu, hanya Tuhan tahu apa rasanya.



"awak, tolong saya.. saya rasa macam nak ubat yang boleh buang orang tu dari hati.." 

dalam diam ku menguntum senyuman.

"umi  saya cakap, perasaan memang kita tak mampu nak buang macam tu je.. yang kita boleh lakukan ialah, kawal perasaan tu. solat istikharah dan solat hajat. doa andai dia ditakdirkan untuk kita, maka mudahkanlah. andai tidak, maka mohon dihilangkan lah rasa itu. " 


kerana, sedarlah.. perasaan itu anugerah yang sangat halus. jika kita tenang, maka itu dari Tuhan. jika kita resah, maka syaitan akan mula main peranan. Allah lebih tahu segalanya. kerana itu teruskan lah berdoa.

 =)




MUJAHADAH on!


*ingin seperti Saidatina Fatimah dan Saidina Ali dalam memelihara perasaan mereka hingga akhirnya mereka disatukan*




kerana sebuah fitrah yang suci itu, jangan pernah dikotori. smile!


Isnin, 2 Jun 2014

ini warna hidup namanya.

Bismillah.

bersangka baiklah dengan warna-warni kehidupan ini.


satu demi satu jatuh titisan air mata .
hanya kerana satu demi satu cerita.
yang bukan kehendak diri ini semata.
tapi pasti ini ada hikmah dari pencipta.

kehendak ku untuk terima,
dan hadapi tanpa soal kenapa dan mengapa.
tapi kerana ku adalah manusia biasa.
yang lemah dan mudah jatuh berkecai hatinya.

cerita sejak 4 tahun dulu kala.
ku hadapi  tahun demi tahun lamanya.
sedarkah mereka berapa banyak titisan yang jatuh untuk hadapinya.
jatuh tatkala hati mula bolak balik daya tahan untuk menafikan semuanya.

kini dia minta pengakhiran baik pada sebuah cerita.
tanpa penjelasan dan hanya kata maaf yang dilontar sahaja.
ku disini pula terus dihambat kisah lama yang direka entah siapa.
mereka pula seolah tidak menerima penafian bicara.
yang penat ku lontarkan sekian lama.

untuk sekian kalinya.
titisan itu jatuh tiada hentinya.
umi, kuatkah lagi anakmu hadapi semuanya.
sabar aqilah, ada pahala untuk dirimu dari pencipta.


"aqilah, jangan terus menangis. umi tak sanggup dengar tangisan demi tangisan lagi. ikhlaskan semuanya aqilah" umi


tapi umi. aqilah penat menafikan dan terus menafikan. berat semua ini.


"aqilah kena kuat semangat. mereka nak tengok sejauh mana usikan mereka mampu buat aqilah sabar. takpe aqilah, ada pahala.doa moga Allah jelaskan semuanya .. " umi


sebab itu. Allah berfirman

"dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh.." (2:191)



****

yang di sana, sedarlah

memberikan penjelasan bukan ber erti memberikan alasan untuk menutup kesalahan .

kadang komunikasi antara dua pihak perlu dalam menjelaskan keadaan untuk sejahterakan hati dalam memaafkan.


terpulang. Allah lebih tahu.

"Sesungguhnya Allah mengetahui akan perkataan yang kamu sebutkan dengan terus terang dan ia juga mengetahui apa yang kamu sembunyikan (dalam hati)" (anbiya' : 110)

<belajar untuk lebih memahami gaya bahasa kita ada beza>


****


sahabat, hanya satu kupinta. hentikan semua cerita. yang tiada kebenarannya. kerana diriku tidak sekuat saidatina 'Aisyah tatkala menghadapi fitnah manusia sekelilingnya.




Allahumma, sejahterakanlah hati ini untuk memaafkan nya, dan ikhlaskan lah hati ini untuk menerima segalanya. dia juga manusia dan ku juga manusia.

Allahumma, jelaskanlah semuanya. agar kami sama-sama memahami hikmah jalan cerita ini. dan mudahkanlah diri ini untuk menjelaskan segala yang berlaku adalah palsu semata.



bismillah.

"wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya" (90: 27-28)


Ahad, 25 Mei 2014

pertemuan kita dilamar perpisahan

Pertemuan telah ditakdirkan,
Antara kita tidak pernah dirancangkan,
Manalah takdir hendak dilawan,
Semuanya ketentuan Tuhan.

Wahai sahabat sematkan semua kenangan,
Yang telah bersama-sama kita lalui,
Suka dan duka memburu impian,
Moga teguhnya ikatan ini.

sahabat yang amat ku kasihi
susah senang kau disampingku
kehadiran dikau disisi 
mengubat sepi dihatiku

sahabat yang amat ku cintai
susah senang kau disampingku
walau kini hilang dimata
namun kau tetap dihatiku

sahabat bertuahnya ku rasa
mendapat teman seperti mu
membimbing menasihatiku
hanya satu dalam beribu

namun kini
hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamar perpisahan
kemesraan bermekar di akhir perkenalan
sayu menitis air mata ku






Sabtu, 10 Mei 2014

hamparan kecewa.

Kecewa.

itu satu yang ku rasa. 

ya kecewa. 

siapa sangka, 
jalan cerita ini ada yang punya cita,
untuk tahu penghujungnya, 
hingga tekad melakukan diluar bicara. 

tenang dan hadapinya, 
ku mula cuba berlagak selamba, 
diam dan biarkan berlalu dengan masa,
walau diselubungi hampa. 

tapi ahh tipu semuanya, 
gelojak hati mula rasa ada yang tidak kena. 
ketenangan yang selama ini diragut tiba-tiba, 
tekad untuk hadapi walau pasti perit di dada.

tekad. 

"boleh saya tahu apa yang tertulis pada secebis kertas itu?" 

nah.. 

debar hati ini membacanya, 
ku hanya mampu cuba tersenyum padanya,
ku sedar cerita baru kian bermula, 
cerita yang mungkin mencemarkan nama.


ahh tenang. 

"akk, macam mana ni akk.. tolong saya" 

butir bicara itu bermula, 
ku sedar perlukan seseorang untuk luah rasa, 
dan akhirnya, 
titisan untuk kedua kali nya bermula. 

di malam hening ku jaga,
saat itu hanya aku dan Dia,
merayu dan meluahkan segala rasa, 
dan titisan itu jatuh lagi di hadapanNya, 

Tuhan, mudahkanlah ku perbaiki semuanya.


"akk, tolong saya jelaskan semua yang berlaku."

"in sha Allah, akk dan zauj akan cuba. Aqilah tenang"


sedikit lega, walaupun tidak pasti adakah sudah selesai semuanya. 
tapi sekurang-kurangnya ku cuba, 
untuk perbaiki dan menjelaskan pada dia. 
hanya itu daya ku untuk hadapinya. 
selebihnya ku serah pada yang Maha Mengetahui Segalanya.



------



Maaf saudara, 
kerana sekeliling begitu ingin bertindak luar sangka, 
hingga antara kita menjadi cerita, 
yang mungkin menimbulkan tidak enak di lubuk rasa.


hanya maaf ku pinta. 

terima kasih. 



--------


kerana anda punya cerita,
dan saya juga punya cerita,
dan manusia lain juga ingin mencipta penyedap rasa
untuk sebuah rakaman cerita.


hati-hati sahabat, bicara lah yang hanya selayaknya kerana hal ini melibatkan maruah dan nama baik bukan hanya saya tapi juga keluarga. Cara kita berbeza dan rasa hati kita juga beza. kerana itu bincanglah sebelum lakukan sesuatu perkara.

maaf. 






Jumaat, 2 Mei 2014

I mei 2014.

Lama,
rakaman kisah silam berputar di sudut kenangan lama,
pernah ku lari dari tugas utama,
hanya kerana khilaf yang ku sendiri cipta,

"...Dari mana datangnya (kekalahan) ini?"
katakanlah "itu dari (kesalahan) dirimu sendiri" (3:165)


dan ku pasti,
ini kekalahan ku,
dan Allah beri diriku kesempatan itu,
untuk kembali pada jalan yang pasti penuh berliku.

----------------------------------------------------------

Benarlah firmanNya,
tiap manusia itu perlu peringatan dariNya,
dan dari mereka yang mencintai agamaNya.

"dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang mukmin" (52:55)


---------------------------------------------------------


Semalam,

melakar sejarah. "jangan lupa 1 MEI 2014"

kerana titik ini, kita berkumpul dan bersama-sama di taujih kan tentang KITA.

Rasa sangat terisi. dan rasa kelainannya.

saat diperkenal kan kepimpinan. terbayang zaman dahulu kala.

saat itu, diri ini berdiri di hadapan, smart ber pakaian, tampil dikhalayak ahli persatuan tapi ruh nya berbeza.

"saat di akhirat nanti, kami adalah barisan yang paling lama disoal dan terakhir sekali" Amir (pemimpin)

gulp.

terbayang kembali, adakah tanggungjawab yang ku pikul dahulu kala, telah dilaksana sebaiknya. mampu kah ku menjawab pertanyaan di akhirat nanti..


------------------------------------------------------


penutupnya juga.

"kami jadi thabat, kerana persoalan kenapa kami kena buat dakwah dan tarbiyah, bukan persoalan bagaimana kami mahu buat dakwah dan tarbiyah"

"ikhwah akhawat, rasai lah manisnya bila kita menjaga mutabaah kita"

"kita bukan menilai ke qowiy an dia di dalam dakwah dan tarbiyah tapi kita lihat thabat nya dia di jalan ini"



-----------------------------------------------------


doa di akhir pertemuan

terlalu menusuk. dan jujur air mata ini turut menitis.

thabatkan hati kami dalam agamaMu, dan ketaatan kepadaMu, dalan jihad di jalanMu.

doa yang penuh pengharapan.

mungkin lebih menjiwai bila tak lama lagi akan kembali ke malaysia, berhadapan medan sebenar. saat itu pasti teruji. mampukah kami thabat. mampukah kami terus bersemangat. Allah..



*rasa mahu saja ku minta doa yang di bacakan itu tapi mungkin agak mustahil.



----------------------------------------------------


Ya Allah, aku bukanlah seorang yang lepas dari dosa, maka aku memohon pengampunan. dan bukanlah aku orang yang kuat dalam ibadah maka aku memohon pertolongan dan tiada bantuan serta kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah . amin



Moga Allah mudahkan urusan kita semua.

" wahai orang-orang yang beriman! bersiap siagalah kamu, dan majulah (ke medan pertempuran) secara berkelompok atau majulah bersama-sama (serentak)" (4: 71)





KIJ.
solah Al-Quds, Mujamma' Amman,
Irbid Jordan.

Rabu, 30 April 2014

luka itu perlu maaf nya.

Kerana luka itu, 
kau membiarkan tanpa dirawat,
kau biarkan ia terus menyakiti seluruh jiwa ragamu, 
yang akhirnya hanya memakan senyuman mu. 

kerana luka itu, 
kau tinggalkan terus berparut, 
tanpa kau ubati dengan kemaafan,
akhirnya membengkak dan melukakan sekeliling mu. 

kerana luka itu, 
kau hanya menyimpan di lubuk hati, 
tanpa kau mencari jalan keluarnya,
akhirnya semua itu menjadi penghalang kebahagianmu, 

sedarlah... 

Luka itu, 
yang hanya kerana manusia, 
yang kau juga manusia, 
kita tak kan pernah terlepas dari khilaf dan dosa.

Luka itu, 
mungkin sukar untuk hadir maaf dan berlapang dada, 
tapi pasti kau ada baca firmanNya, 
Tuhan juga berjanji pasti ada pengampunan untuk hambaNya.

Luka itu, 
rawatlah ia, 
jangan biar ia menjadi punca, 
kau terus lari dari hakikat nyata. 





irsal
irbid, jordan


Ahad, 13 April 2014



"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia" (17:23)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (17:24)




Aqilah : umi.. rindu sangat.. penat lah umi.. rasa nak lari je...

umi     : Alhamdulillah, sedekah fatihah untuk umi.. aqilah, fafir ruu ilallah.. :)





syukran umi abah.

maaf buat umi abah risau.


balik nanti, target ku satu,

akan lakukan semuanya hanya untuk bantu umi abah.  Alhamdulillah abang uqbah dan kaklong ada untuk membantu saat ku jauh. dan ku ingin pulang berganding bahu dengan mereka. itu target ku.


moga diri ini menjadi anak yang dapat membanggakan mereka, dan menjadi saham untuk mereka di akhirat. amin.



mencari diri.

Jumaat, 11 April 2014

Tenanglah...

Bismillah. 

Tenanglah duhai hati, 
Perjalanan ini baru dimulai, 
Andai perkara kecil tidak mampu ditempuhi,
bagaimana mungkin mendatang nanti mampu dilayari.

Tenanglah duhai hati, 
kerana semua ini fitrah insani, 
disinilah titik sering kali diuji, 
pada hati yang berpenyakit ini.

Tenanglah duhai hati, 
kembali kan kepada ilahi, 
Setiap apa yang terjadi, 
Pasti ada hikmah yang disimpan rapi. 

Tenanglah duhai hati, 
Janji Allah itu pasti,
Kerana Allah sudah meterai, 
Dalam kalamNya yang suci.

"....tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah.." (yunus:64)

Tenanglah duhai hati, 
Segala ujian yang diberi,
Bukan hanya kosong tanpa tersirat pada maknawi,
dan tidak akan dibiar kau jalani tanpa dipimpini,
kerana itu duhai hati, 
kembalilah kepada pemilik rahsia ini.

Tenanglah duhai hati,
Jalannya pasti kau akan temui, 
cuma mungkin ada lagi noda hitam dihati,
kerana itu cahaya itu tidak mampu menyinari. 

Tenanglah duhai hati, 
disaat ini kau sedang diuji, 
teruslah untuk lebih mendekati, 
kepada Ilahi, yang terlalu merindui. 

Tenanglah duhai hati, 
pasti ada manisnya nanti,
kerana itu Allah sudah menjanji
pada kesabaran mu tika ini. 

"...hanya orang-orang yang bersabar lah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" (39:10)


Tenanglah duhai hati,
pasti, Ada jawapan nya nanti. 



"Barang siapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.." (65:2)

".......Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (65:3)





Bayt Irsal,
Irbid Jordan



Rabu, 9 April 2014

maaf pada titik lemah itu.

Kerana tidak semua ucapan kita, adalah yang terbaik disaat dan waktu nya.

kerana itu, berhatilah-hatilah walau hanya gurauan senda untuk menceriakan suasana.

Kerana aku juga manusia. mudah terasa walau hanya sepatah kata terlepas pada bicara bersahaja.

kerana itu juga, mohon maaf pada hati yang pernah terguris pada kata yang bagiku juga hanya lawak jenaka.



** kerana itu rasaku ketika itu, dan kerana itu juga ku memujuk hatiku **



"Semua orang yang dalam hidup kita, masing-masingnya, bahkan yang paling menyakiti kita diminta berada disana, agar cahaya kita dapat menerangi jalan mereka" salim A fillah.


Setiap yang bergelar insan. manusia.
masing-masing tidak lepas dari alpa,
dibuai menghanyut dari nyata,
yang tanpa sedar disana ada duka dan kecewa.


"manusia, antara lelaki dan perempuan. mereka tidak dicipta serupa tapi terjadinya mereka untuk saling melengkap dan dilengkap" doktor adnan


kerana itu,
sikap antara kita ada beda.

aku dan kau
itu normal untuk mereka.
tapi tidak untuk kita.

saya dan awak..
itu buat kita tersenyum suka,
tapi menggelikan dan meloyakan untuk mereka,


simple. tapi itu hakikat
kita punya beda.



"Dalam Dekapan Ukhuwwah, kelembutan nurani menuntun kita untuk menjadi anak adam sejati ; memiliki kesalahan, mengakuinya, memperbaikinya, memaafkan sesama yang juga tidak luput dari khilaf dan lupa" Salim A Fillah.



** ku juga tahu tidak semudah itu. kerana masing punya ego tingginya**



"kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasihati.

Hanya mengingatkan kembali kepada diri ini: jika kau merasa besar, periksa hatimu. Mungki ia sedang bengkak.

Jika kau merasa suci, periksa jiwamu. Mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.

Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu. Mungkin ia sedang melayang kehilangan pajakan.

Jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu, Mungkin itu asap dari amal shalihmu yang hangus dibakar riya' "




***





saat ini, rasa ingin menjadi awan yang sentiasa tenang dan menerima setiap pandangan hati dan mataku yang punyai maksud. Dikala saat itu dan waktu itu hanya Tuhan yang tahu apa yang mula tertanam disudut lubuk rasa itu. 


ingin saja ku menjauh. kerana ku tahu, semua ini hanya kerana aku. 

yang sedang asyik melayan rasa itu. 

dan kerana aku lah 

manusia itu





Bayt Irsal
Irbid, Jordan.

Sabtu, 5 April 2014


Wanita Syurga Bidadari Dunia 

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia

* Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa

Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa



untuk menjadi seorang muslimah yang sebenar, bagiku tidak mudah. banyak mujahadah yang perlu dihadapi. 

kerana diri ini juga manusia biasa. pernah diuji fitrahnya. 

zaman kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia luar *maklumlah membesar di dalam suasana sekolah musleh dari sekolah rendah sampai lah bergelar pelajar lepasan SPM. 

ketika dihantar ke INTEC, perasaan takut, teruja, seram, sejuk semualah. 

"aqilah, awak jangan pernah save walau satu pon number lelaki kecuali abg uqbah dan abah" abg uqbah

okay set boss.~! 

ku turuti perintah itu. walau, yelah manusia. baru mahu meningkat dewasa pula. tapi jujur, bersyukur dapat amaran macam tu sebab mungkin dia lebih tahu. 

tiba-tiba


 Buka message. 
*debar*

"salam, saya ******..... "

lelaki? 

tanpa sedar dan itu untuk pertama kali dapat message dari jantina berbeza. tup tup phone tu dah tercampak (over lah jugak tapi ini kebenaran) . oleh kerana masih ada kesedaran sedikit, phone tu tercampak atas sofa je =D

*menangis*

macam mana niee?.. call abang,. *manja*

"kalau tak penting, biar je atau dia minta tolong, tolong je, tak perlu balas.. lepas tu delete kalau terganggu. " 

dan selepas2 itu, bila dapat message dah pandai dah nak buat apa, tapi naluri seorang anak gadiskan, kadang rasa macam haish.. nak balas pon ada. ahha.. kawal kawal. 

oleh kerana cik abang tahu adik dia nie masih baru dengan cabaran luar ni.. maka setiap kali cuti dan balik ke rumah, benda pertama dia akan check ialah phone. semua di check. dari message hingga lah ke gallery. 

syadid tak? tapi Alhamdulillah sebagai seorang adik, rasa lebih dijaga. 



tapi, bukan lah semua perkara tidak boleh dibuat, cuma nya bila diri ini semakin dewasa dan ada tugas-tugas yang perlu dilakukan, maka kebenaran diberi. hanya yang penting. 

tapi macam ayat atas tadi. 

naluri seorang yang bergelar anak gadis kan. ahha.. 

teruji sedkit. 

dush dush dush 
*lari laju-laju dalam sedu*


tapi Alhamdulillah, Allah tarik kembali sebelum lebih terhanyut dengan "Kebenaran" yang diberi. 


dan 

setiap orang pasti ada kisahnya, hingga kerana kisah-kisah itulah membuat diri ini lebih memahami kenapa dan mengapa ketegasan dan mengawal itu perlu . dan membuat diri ini sedar, apa yang berlaku pada mana-mana anak gadis, kadang bukan kehendak tapi dia cuma terhanyut dengan ujian yang diberi. 

dan

mujahadah itu perlukan pertolongan dari  Allah. hanya Dia sumber kekuatan itu. 


Alhamdulillah juga, dikurnikan seorang abah dan ummi yang sangat tegas dalam pergaulan dan pemakaian kami.

moga Allah redha. 



Muslimah 

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
*abang uqbah pesan, tadabbur surah nisa' 

Khamis, 3 April 2014

menghargai masa?

Bismillah..

Lama ku perhati dan meneliti..

"Menghargai Masa"

perkara paling ku tak boleh terima bila berlaku situasi temu janji.

"takpe, kita set je 3:30 petang.. comfirm datang 4 petang punya"

sampai bila dan sampai bila mind set ini harus di pupuk dalam minda?

mungkin itu, boleh untuk di tolak ansur. tapi tidakkah mereka ini mengetahui, menunggu orang-orang yang ada sikap begini menimbulkan keadaan yang menyiksakan.. dan mengambil masa bukan dia tapi orang lain juga.

***

itu temujanji dengan manusia,

macam mana pula temu janji dengan Allah.

"Allahu Akbar Allahu Akbar... hayya 'ala solah hayya 'ala falah...."

kita?

masih berlengah, time azan lah nak borak sakan sebab sebelum azan tadi study (target : nak habiskan baca sebelum azan)

tup tup 30 minit lepas azan baru angkat takbir.

tapi pernah ke kita perasan berapa minit kita terlambat?

dan ada juga yang..

"eh dah azan, kita solat kat rumah lah tapi sebelum balik rumah nak singgah kedai jap.. sempat je kan balik rumah nanti kita solat.."

mengapa nak melambat kan yang lebih utama di dahulukan.. melainkan keadaan yang memerlukan begitu mungkin boleh dipertimbangkan

contoh : azan 1 petang, kelas pula 12:30-2 ptg.

***

dan kadang-kadang ops mungkin selalu, bila ada urusan yang memerlukan kita memang kena siap awal, azan je terussss solat.

boleh pula kita bersiap awal dan solat awal. katanya mahu "حارس على وقته" (Menghargai masa) . kena sampai meeting tepat pada waktunya.







renunglah kembali. sejauh mana sebenarnya kita memahami erti "menghargai masa"

letih lah kalau setiap kali ada

 meeting atau program-program atau apa-apa sewaktu denganya, dapatlah message

"harap semua boleh tepati masa dan kalau boleh siap berwhuduk untuk mempercepatkan urusan"

tapi bila kita tiada urusan selepas waktu solat, maka kita akan berlengah .



mungkin, diri ini pernah melakukannya. merenung diri sendiri.

Selasa, 1 April 2014

..Kebergantungan padaMu Tuhan..


Penantian itu satu penyiksaan, 
Kerana penantian itu bermain perasaan, 
Kadang tenang dan kadang menggelojak debaran, 
Mungkin ini lah di nama kan ujian kehidupan. 

Bermula langkah yang lebih terkehadapan,
Fikiran sudah mula perlu pertimbangan, 
Adakah itu menjadi jawapan kepastian,
atau hanya permainan teka teki menguji keyakinan.

Tika keraguan menguasai di luar kawalan,
Istikharah juga harus terus di lakukan, 
kerna semua  itu dalam pengetahuan Tuhan, 
Jodoh, pertemuan, dan perpisahan.

Tuhan, 
pinta ku penuh pengharapan,
Pandu hati dan langkah dalam pertimbangan,
Agar segalanya dalam keredhaan Mu Tuhan. 



 Bayt Irsal,
Irbid Jordan.


Isnin, 31 Mac 2014

Qad kafani Ilmu Rabbi





قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري
فدعائي وابتهالي شاهد لي بافتقاري
فلهذا السر ادعو في يساري وعساري
انا عبد صار فخري ضمن فقري واضطراري
قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري
***
يا إلهي ومليكي انت تعلم كيف حالي 
وبما قد حل قلبي من هموم واشتغال
فتداركني بلطف منك يا مولى الموالي
يا كريم الوجه غثني قبل ان يفنى اصطباري
قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري
***
يا سريع الغوث غوثا منك يدركني سريعا
يهزم العسر ويأتي بالذي نرجو جميعا
يا قريبا يا مجيبا يا عليما يا سميعا
قد تحققت بعجزي وخضوعي وانكساري
قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري
***
لم ازل بالباب واقف فارحمن ربي وقوفي
وبوادي الفضل عاكف فأدم ربي عكوفي
ولحسن الظن ألازم فهو خلي وحليفي
وأنيسي وجليسي طول ليلي ونهاري
قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري
***
حاجة في النفس يا رب فاقضها يا خير قاضِ
وارح سري وقلبي من لظاها والشواظ
في سرور وحبور واذا ما كنت راضِ
فالهنا والبسط حالي وشعاري ودثاري
قد كفاني علم ربي من سؤالي واختياري
My Lord’s knowledge has sufficed me
from asking or choosing
For my du’a and my agonising supplication
is a witness to my poverty.
For this secret (reason) I make supplication
in times of ease and times of difficulty
I am a slave whose pride
is in his poverty and obligation
O my Lord and my King
You know my state
And what has settled in my heart
of agonies and preoccupations
Save me with a gentleness
from You, O Lord of Lords
Oh save me, Most Generous
before I run out of patience (with myself)
My Lord’s knowledge has sufficed me
from asking or choosing
O One who is swift in sending aid
I ask for aid that will arrive to me swiftly
It will defeat all difficulty
and it will bring all that I hope for
O Near One Who answers
and All-Knowing and All-Hearing
I have attained realisation through my incapacity,
my submission and my brokenness
My Lord’s knowledge has sufficed me
from asking or choosing
I am still standing by the door, so please my Lord
have mercy on my standing
And in the valley of generosity, I am in i’tikaf (solitary retreat)
So, Allah, make my retreat here permanent
And I’m abiding by good opinion (of You)
For it is my friend and ally
And it is the one that sits by me and keeps me company
All day and night
My Lord’s knowledge has sufficed me
from asking or choosing
There is a need in my soul, O Allah
so please fulfil it, O Best of Fulfillers
And comfort my secret and my heart
from its burning and its shrapnel
In pleasure and in happiness
and as long as You are pleased with me
For joy and expansion is my state
and my motto and my cover
My Lord’s knowledge has sufficed me
from asking or choosing

Sabtu, 29 Mac 2014

.........

Bismillah.


Mahu saja kaki ini melangkah pergi,
lari dari kenyataan ini,
Pergi mencari realiti,
kerna ku berharap semua ini mimpi.

hampa.


"aqilah, saat ini hati awak akan kembali teruji" ukhti Hidayah.


sendiri

Ku sangka sudah peroleh ketenangan hati,
Rupanya itu hanya sebentar sebelum kembali diuji,
Jatuh lagi sesi titisan suci dari bola mata ini,
untuk keberapa kali, ku jatuh dan tersungkur kembali




Rahmat ujian ini,
Bersyukur, itu harus menjadi rasa hati saat ini



petunjukMu.

Rabu, 12 Mac 2014

PrayForMH370

)





Allah. segalanya hanya Allah.



"(Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui". (Surah Yusuf: 76).

Selasa, 11 Mac 2014

Ar-Rahman


Ar-Rahman. 

manusia. mudah lupa dan leka. 
leka dengan segala nikmat

Bila Allah hentikan sekejap nikmat itu,
mula manusia gelisah
mencari punca 
kembali kepada pencipta
atau mungkin terus dengan kelekaannya

Bila di hadirkan nikmat itu
mula manusia kembali
ke zaman lalai dengan dunia
jauh dari pencipta

berulang dan terus berulang

ku mula bimbang
Andai sampai satu masa
Allah beri nikmat itu 
hanya kerana kasih sayang kepada makhluk lain
pokok, gunung, pantai, haiwan
yang banyak berzikir dan bertasbih

dan kita
manusia yang sombong
yang percaya nikmat itu 
adalah kerana kasihnya Allah pada kita
hakikatnya kita hanya menumpang
kasih sayang Allah untuk mahklukNya yang lain

"maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman 



"nikmat Allah terlalu banyak, dan kita, hanya mengucap kalimah syukur yang kadang tidak diirinigi hati dan hanya di bibir. malah amal kita pula kadang semakin lama semakin berkurang kerana kesibukan kita melayan kerenah dunia"




itu Aku, Allah pandu hati ini dekat padaMu, hati ini ingat padaMu, dan langkah ini terus thabat di atas jalanMu. 


Bayt Irsal,
Irbid Jordan.

Isnin, 3 Mac 2014

jatuh itu untuk membangun.



Dalam hal yang menyesakkan dada,
ku pilih untuk diam.

lelah dengan penghujungnya entah di mana,
ku pilih untuk menyediri.

jauh sudah kaki melangkah,
aku hilang tanpa arah.

rindu pada sinar itu 
sinar yang menerangi jalan ku

berikanlah aku 
kesempatan waktu 

Aku ingin kembali 
meski mungkin takkan sempurna 

tapi ku pasti 
akan kembali dengan aku yang baru 

beri aku ruang 
beri aku waktu

aku ingin kembali. 
meski bukan sekarang 

tapi 
pada takdir yang paling sempurna buat diri









pada tiap titik kelemahan manusia itu ada titik kecukupan untuk nya. .

mencari diri. 


Bayt Irsal,
Irbid Jordan 
3:31 pagi 

Rabu, 26 Februari 2014



"Unzur maa dzaa khaalatha qalbak" 
Lihatlah yang telah bercampur dengan hatimu?
(Al-Junied)


Bismillah

"Ya Allah, Aku memohon petunjuk daripadaMu dengan IlmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaan Mu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguh Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini _ adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya, dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini _ mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya"

amin ya rabb. 



Episod memilih dan terpilih,

diri ini bukanlah insan yang layak untuk berkata lebih atau memberi solusi nya. tapi berhati-hati lah. mana mungkin kita mampu buat sesuatu keputusan yang melibatkan hati-hati insan sekeliling kita andai kita sendiri masih ada masalah-masalah hati yang tidak selesai. 

Segalanya berbalik kepada hati. 

"Ana dulu bila datang perkara ini, resah gelisah sampai futur. Astaghfirullah.. " ukhti I

bersihkan hati, kembalikan kepada pencipta. yakinlah Allah tahu dan Allah pasti tahu setiap langkah yang kita akan buat dan tahu baik buruk langkah kita dan Allah tahu penghujungnya bagaimana. 


Allahu rabbi, pegang hati ini, lindungi hati ini,



** sekadar lintasan hati, bukan sebab jodoh semata, tapi untuk setiap perkara. kerana diri ini juga manusia, kita tak tahu setiap apa yang bakal berlaku selepas ini. mohonlah petunjukNya..**



____________________________________________________________


Alhamdulillah, 

kembali dari markaz sihhi (pusat kesihatan)

hasil pemeriksaan darah.

anemia. 

punca? wallahua'lam

kali ini ubat lama, sudah habis, sakit lama masih dalam proses. bermula episod dengan ubat baru. 



Alhamdulillah, 

Allah masih rindukan diri ini, kerana itu Allah beri semua ini. 

Ya Allah, tambahkan rasa kasih dan sayang dalam hati ini agar hati ini mampu membalas kasih sayang Mu. 


" Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang redha dan diredhaiNya" (89:27-28)



Alhamdulillah, call umi abah. hanya titisan yang mampu diiringi. tanpa sepatah kata. mereka memahami keadaan ini. Alhamdulillah  Allah kurnia ummi abah yang sangat dekat hatinya dengan Allah hingga ketenangan mereka mampu menenangkan hati ini. 




bismillah, Aku bertawakkal kepada Mu. 

Bayt Irsal,
Irbid Jordan.






Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, 

menghitung hari.

Moga Allah redha ikatan ini

teruskan melangkah. 

sayang semua ~!

Isnin, 24 Februari 2014

Ini jalanNya.




Allahu ghayatuna

Dengan kalbu tenang
kami mengorak langkah
Di jalan juang-Mu Allah
Demi Redha-Mu ya Allah

Dengan jiwa tabah
Mengharapkan barakah
Engkaulah puncak kasih
Yang kami dambakan

Lelah hilang
Contoh dari Rasul-Mu
Kasihnya mengisi kalbu
Dalam perjalanan ini

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Bila panji Islam dijulang
Insan sejagat berlindung
Di bawah lembayung Arasy-Mu
Rahmah Yang Agung

Madah iman
Bergema seluruh alam
Mengubat rindu hamba-Nya
Pada Mu Yang Maha Esa

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allah Matlamat kami
Ar-Rasul contoh kami
Al-Quran panduan kami
Al-jihad jalan kami

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina





Bismillah

Moga Allah kira setiap debu-debu yang melekat di pakaian kita sebagai amal untuk menjadi saksi saat kita ditahan untuk dipertanggung jawabkan. 

bismillah 

Allah, Allah, Allah 
Hanya kerana nikmat Mu, kami disini, kami mengenal erti sebenar janji kami,







hari turqoise se dewan, 
Irbid, Jordan.