Isnin, 27 Januari 2014

-.-.- dalam dekapan ukhuwwah -.-.-

Bismillah.


Kata orang, "Sifir bahagia tidak semudah satu, dua, tiga"

yup, memang tidak semudah itu. dan formula sifir nya juga beda.

"Saling lengkap melengkapi, Saling Kenal mengenali, Saling faham memahami. Semua jenis saling yang ada kita campurkan dia.. dan ditambah keterikatan itu hanya kerana Allah semata-mata..




 road to IOS'14



Jumaat, 24 Januari 2014

Mujahadah.


Baru-baru ini terbaca terjemahan ayat nie (ber tahun baca qur'an, baru kali ini perasan >.< ) 

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar" (3:142)

dush. belum nyata..! ye aqilah. belum nyata. 

Jihad. apa yang Allah maksudkan dengan jihad disini ... hrrmm 

- Berperang menegakkan Islam dan melindungi orang Islam
- Memerangi hawa nafsu 
- Mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam 
- Menbanteras kejahatan dan menegakkan kebenaran





pernah dengar tak atau mungkin anda makan garam lebih daripada saya. =0

suatu hari, kita tekad.. 

"hari ini, aku tekad.. aku nak puasa. haish dah lama tak puasa.. kena jugak puasa" 

tiba-tiba ..

"jom anak-anak makan.. mak masak nasi lemak, sambal sotong dengan ayam goreng berempah..haa ada lagi, dengan nasi goreng kampung, sup sayur campur, sambal tumis.. jom jom hari ini je mak rajin nak masak, lepas ni makan nasi putih dengan ikan masin je yer... hehe"


dushhh.. time-time nie. sabar aqilah sabar.. 

"sedaappp nyerrr.. eh aqilah jom makan . sedap kott.. " 

ehem, alamakk tapi.. hemm tapi aqilah macam nak puasa. <harap-harap diorg tak habiskan> hukhuk


maka sedang diuji. kesabaran dan terus bertekad. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


mungkin nampak simple. 

tapi kalau sesimple ini pon kita tak pernah atau tak mampu lalui. 

memang jelas BELUM NYATA JIHAD KITA 

dan macam mana nak hadapi jihad besar kalau jihad lawan hawa nafsu pon kus kus nyawa-nyawa ikan. gulp!








haishh.. nak makan kee tak, nak makan kee tak? 


Selasa, 21 Januari 2014

video call. rindu. sobs



Bismillah.

 hari ke berapa hentah cuti. hurm agak kosong, akhirnyaaaaa... 





okay. selepas selesai masak makan malam . 

vc pon bermula. 

awal2... blur blur blur

qila : beah, sat.. nak ambil nasi. lapar.. hehe

tengah semangat makan.. tiba-tiba 

abah muncul di screen laptop

abah : wahhh masha Allah anak abah.. lamanya tak jumpaa... 

heheheh (sambil makan nasi) hoho

abah : ya Allah.. umi, tengok aqilah tu.. semangat makan..menantu sape lah tu.. hehe

qila : abahhh.. =.='


abah sekarang nak ngusik pakai "menantu sapa lah tu" ..
dah tak pakai "anak sapa lah tu"


haish.. tahu lah anak abah ni dah tahun akhir.. 
tapi bab-bab menantu ni macam tak nampak lagi je.. 
hoho minta maaf yer abah 


+++++++++++++++++++++++++++++

sesi kerah idea untuk debat beah bermula. 

blur blur blur




++++++++++++++++++++++++++++

translate itu ini itu ini
reka ayat melayu arab 
akhirnya beah kecundang, 
mengantuk

last-last kakak dia 'bebel' sorang



siap satu skrip untuk dia berdebat esok. 


rabbuna yusahil ukhti. =D







Khamis, 16 Januari 2014

langit itu

Awan. Langit Biru.

Jujur, Aku selalu bemain perasaan di situ

Memandangnya..
Kadang boleh tersenyum
kadang boleh menangis

Aku tahu. Langit juga punya rasa
Aku tahu, Langit ingin memberi aku rasa

aku sedar dan langit juga sedar

aku hamba kepada pencipta ku
ia juga hamba kepada penciptanya

dan aku tahu, pencipta kami Yang Maha Esa.

"Apa yang ada dilangit dan dibumi sentiasa bertasbih kepada Allah.." (Al-Jumu'ah : 1)

aku sedar,
langit itu sentiasa tenang
dan hati aku juga
akan sentiasa mendapat ketenangannya
kerana aku sedar
langit tidak henti memuji penciptanya
langit tidak henti bertasbih kepadaNya.


"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'd : 28)







Sabtu, 11 Januari 2014



"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Al-Hadid :20)

"Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar." (Al-Hadid : 21)