Rabu, 26 Februari 2014



"Unzur maa dzaa khaalatha qalbak" 
Lihatlah yang telah bercampur dengan hatimu?
(Al-Junied)


Bismillah

"Ya Allah, Aku memohon petunjuk daripadaMu dengan IlmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaan Mu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguh Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini _ adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya, dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini _ mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya"

amin ya rabb. 



Episod memilih dan terpilih,

diri ini bukanlah insan yang layak untuk berkata lebih atau memberi solusi nya. tapi berhati-hati lah. mana mungkin kita mampu buat sesuatu keputusan yang melibatkan hati-hati insan sekeliling kita andai kita sendiri masih ada masalah-masalah hati yang tidak selesai. 

Segalanya berbalik kepada hati. 

"Ana dulu bila datang perkara ini, resah gelisah sampai futur. Astaghfirullah.. " ukhti I

bersihkan hati, kembalikan kepada pencipta. yakinlah Allah tahu dan Allah pasti tahu setiap langkah yang kita akan buat dan tahu baik buruk langkah kita dan Allah tahu penghujungnya bagaimana. 


Allahu rabbi, pegang hati ini, lindungi hati ini,



** sekadar lintasan hati, bukan sebab jodoh semata, tapi untuk setiap perkara. kerana diri ini juga manusia, kita tak tahu setiap apa yang bakal berlaku selepas ini. mohonlah petunjukNya..**



____________________________________________________________


Alhamdulillah, 

kembali dari markaz sihhi (pusat kesihatan)

hasil pemeriksaan darah.

anemia. 

punca? wallahua'lam

kali ini ubat lama, sudah habis, sakit lama masih dalam proses. bermula episod dengan ubat baru. 



Alhamdulillah, 

Allah masih rindukan diri ini, kerana itu Allah beri semua ini. 

Ya Allah, tambahkan rasa kasih dan sayang dalam hati ini agar hati ini mampu membalas kasih sayang Mu. 


" Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang redha dan diredhaiNya" (89:27-28)



Alhamdulillah, call umi abah. hanya titisan yang mampu diiringi. tanpa sepatah kata. mereka memahami keadaan ini. Alhamdulillah  Allah kurnia ummi abah yang sangat dekat hatinya dengan Allah hingga ketenangan mereka mampu menenangkan hati ini. 




bismillah, Aku bertawakkal kepada Mu. 

Bayt Irsal,
Irbid Jordan.






Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, 

menghitung hari.

Moga Allah redha ikatan ini

teruskan melangkah. 

sayang semua ~!

Isnin, 24 Februari 2014

Ini jalanNya.




Allahu ghayatuna

Dengan kalbu tenang
kami mengorak langkah
Di jalan juang-Mu Allah
Demi Redha-Mu ya Allah

Dengan jiwa tabah
Mengharapkan barakah
Engkaulah puncak kasih
Yang kami dambakan

Lelah hilang
Contoh dari Rasul-Mu
Kasihnya mengisi kalbu
Dalam perjalanan ini

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Bila panji Islam dijulang
Insan sejagat berlindung
Di bawah lembayung Arasy-Mu
Rahmah Yang Agung

Madah iman
Bergema seluruh alam
Mengubat rindu hamba-Nya
Pada Mu Yang Maha Esa

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna

Allah Matlamat kami
Ar-Rasul contoh kami
Al-Quran panduan kami
Al-jihad jalan kami

Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina





Bismillah

Moga Allah kira setiap debu-debu yang melekat di pakaian kita sebagai amal untuk menjadi saksi saat kita ditahan untuk dipertanggung jawabkan. 

bismillah 

Allah, Allah, Allah 
Hanya kerana nikmat Mu, kami disini, kami mengenal erti sebenar janji kami,







hari turqoise se dewan, 
Irbid, Jordan.



Jumaat, 21 Februari 2014

Kerana,
Yang punya hati dan rasa itu aku,
Yang punya impian dan khayalan itu aku.

Kerana,
Terselindung dibalik perasaan itu aku,
Yang lemah merungkai makna kasih dan sayang itu aku.

Kerana,
Menanti makna disebalik ungkapan bicara itu aku,
Mengharap makna yang tersirat pada kata-kata itu aku.

Kerana,
Berhati-hati dan menjadi mawar itu aku,
Meneliti dan menjadi ego dikala ini itu aku.

Kerana,
Tidak ada erti menyerah pada hanya khayalan nafsu itu aku,
Tidak bergantung pada istilah berhenti berharap itu aku.

Kerana,
Yang harus matang menilai sisip sisi itu juga adalah aku.


Aqilahzam,Irbid Jordan. 21/2/2014

Jumaat, 14 Februari 2014

harus kuat.


"Kerana tiada yang pernah menjadi milikku"

semua ini hanya pinjaman
kerana itu 
pulangkan dalam keadaan yang paling baik

"Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya.. " As-Sajda : 7


Alhamdulillah 
Allah beri pinjaman, lengkap anggota badan 
walaupun lemah
tapi inilah sebaik-baik kejadian
yang terbaik untuk diri ini


Mulakan sem dengan penuh cabaran, 3 hari yang ada 5 kelas. pulang dengan berhati-hati dan dengan kekuatan semangat kerana badan ini lemahnya hanya Allah yang tahu.


Setiap kali tengok koleksi 
atas meja atau di rak makanan

macam-macam ada

Laban zabadi 
Madu 
Shaklee
Kels 
vitamin C
Nestum
Susu 
Vico

*setiap hari menikmati indahnya suasana terbayang dimata* 


"aqilah, jaga makan. tahu badan lemah jangan penat-penat, yer.." umi


Tekad, harus kuat ! 
*smile*

Rabu, 12 Februari 2014

"hadiah"

Bismillah.

Alhamdulillah , sudah masuk minggu ke 2 semester ke 2 Tahun akhir.

hari ahad, selasa dan khamis adalah hari men tepu kan kepala. >.<

5 kelas dari 8 pagi - 4 petang. *berserta gap yer

Ahad, hari pertama bagi minggu ini.

sedang terlena di musolla kuliah syariah kerana kepenatan dan mengumpul semangat untuk lagi 3 kelas.
tiba-tiba terjaga kerana suara mahasiswi yang bertegur sapa, gelak ketawa, haishh

"ehh bila pula kertas ni ada kat sini?"

erk. ni hidayah Allah ke macam mana ni... hehe




(doa yang boleh diamalkan untuk disegerakan perkahwinan dengan izin Allah)


okay, ni "hadiah" dari seseorang yang tidak diketahui. tapi selalu nya yang bagi "hadiah"  macam ni mesti akhawat arab yang menjadi ajk musolla. hehe *syukran yer. maaf lena sgt tak sempat cakap syukran*




"nah mar, ambil satu nie. ada akhawat arab ni bagi.. dia bagi saya 2 siap"

tersengih-sengih kawan sorang nie, gaya macam bersemangat nak amalkan. selamat yer.. =)








kuliah syariah,
jamiah yarmouk

Sabtu, 8 Februari 2014

Allah. Itu rahsiaMU

Berhari-hari berlari,
Berlari ke sana dan ke mari,
Menyibukkan diri untuk mengejar obsesi

.............................................................

Saat memuncak hammasah diri
Perasaan yang pernah menyinggah itu kembali
Mengisi ruang sisip sepi

sunyi dan menyendiri

Benar, diri ini dulu pernah di uji
tapi ia terhenti dibiarkan pergi
dan meyakini ini bukan waktu yang dijanji

kini rasa itu kembali
apakah Tuhan ingin mendugai
sejauh mana kemampuan mengawal fitrah hati
atau ada tanda ia akan kembali mengisi ruang fikir diri

diam dan menyelami

"berehat" itu pinta saat ini
"ketenangan" setenang hati yang meyakini
Takdir Allah menepati saat yang sempurna buat diri


pergi dan pergi.

Allah,
peganglah hati ini
Hati ini terlalu kotor untuk di singgahi.
Diri ini masih cuba untuk memahami
Onak duri yang riang menghiasi
Mencari sinar yang tersedia untuk menyinari.










Mengharap pertolongan dan petunjuk yang Maha Kuasa
Allahumma, semoga hambaMu tidak lupa setiap detik masa ini selayaknya hanya untuk Mu.



RI Irsal,
Irbid Jordan

Selasa, 4 Februari 2014

-



Di jalan ini, kita mencari redha Allah swt,

Kita melangkah untuk meraih syurga Allah swt,

Syurga yang luasnya, melebihi keluasan langit dan bumi,

Prinsip kita seperti ungkapan seorang penyair,

"Man yakhtub al-hasnaa, Lam yaghull ha al mahru"

~tak ada yang diaggap mahal saat ingin meminang insan pilihan~

dan, kita ialah yang ingin meminang syurga, redha dan cintaNya..

Maka segalanya menjadi murah demi mencapai keinginan itu. 

(buku tapak kaki)







Road to habiskan baca buku 
"Apa erti saya bergabung dalam gerakan islam" 

moga terus mengejar obsesi cintaNya

Sem 2, Tahun Akhir
RI Irsal, 
Irbid Jordan.