9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
"Wahai manusia, dengarlah  baik-baik apa yang  hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku  dapat bertemu lagi  dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu  dengarlah dengan telti  kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada  orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu  menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan  harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang  diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu  sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah  bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat  perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,  oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi  keselamatan agama kamu. Dia  telah berputus asa untuk menyesatkan kamu  dalam perkara-perkara besar,  maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak  mengikuti dalam perkara-perkara  kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai  hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya   mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak   untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah   wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka   kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang  setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh  memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang  melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah  bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah  sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan  tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji  sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada  Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih  mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap  Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa  yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu  terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau  Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru.  Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku  yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya  aku tinggalkan  kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang  teguh dan  mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat  selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar  ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir  lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar  dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu  kepada hamba-hambaMU.
Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan