Saya percaya cinta pandang pertama
insan yang pertama 
menjelma di butir mata ini
umi dan abah
merekalah
cinta pandang pertama saya
tiada yang boleh mengganti mereka
Alhamdulillah
terima kasih ya Allah
kerna perasaan cinta ini 
tidak akan ada
andai 
Engkau tidak izinkan
andai
Engkau tidak kurniakan
pada hati seorang anak
umi abah
terima kasih
kerana sentiasa mendoakan 
anaknda
terima kasih 
kerana sentiasa merestui
anaknda
terima kasih 
kerana sentiasa percayai
anakda
umi abah
terlalu banyak pengorbanan 
yang diberikan 
untuk anaknda 
anaknda tahu
anaknda tidak akan mampu 
membalas semuanya
terima kasih umi abah 
atas segalanya
anaknda di'pinjamkan' Allah untuk umi abah
dan anaknda rasa bersyukur kerana Allah beri umi abah yang terbaik
*terlalu ingin berada disisi umi abah sepanjang masa*
rasa kasih ,sayang, rindu ini
ada sepanjang masa
tidak pernah hilang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan