Khamis, 16 Januari 2014

langit itu

Awan. Langit Biru.

Jujur, Aku selalu bemain perasaan di situ

Memandangnya..
Kadang boleh tersenyum
kadang boleh menangis

Aku tahu. Langit juga punya rasa
Aku tahu, Langit ingin memberi aku rasa

aku sedar dan langit juga sedar

aku hamba kepada pencipta ku
ia juga hamba kepada penciptanya

dan aku tahu, pencipta kami Yang Maha Esa.

"Apa yang ada dilangit dan dibumi sentiasa bertasbih kepada Allah.." (Al-Jumu'ah : 1)

aku sedar,
langit itu sentiasa tenang
dan hati aku juga
akan sentiasa mendapat ketenangannya
kerana aku sedar
langit tidak henti memuji penciptanya
langit tidak henti bertasbih kepadaNya.


"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" (Ar-Ra'd : 28)







Tiada ulasan: