Jumaat, 21 Februari 2014

Kerana,
Yang punya hati dan rasa itu aku,
Yang punya impian dan khayalan itu aku.

Kerana,
Terselindung dibalik perasaan itu aku,
Yang lemah merungkai makna kasih dan sayang itu aku.

Kerana,
Menanti makna disebalik ungkapan bicara itu aku,
Mengharap makna yang tersirat pada kata-kata itu aku.

Kerana,
Berhati-hati dan menjadi mawar itu aku,
Meneliti dan menjadi ego dikala ini itu aku.

Kerana,
Tidak ada erti menyerah pada hanya khayalan nafsu itu aku,
Tidak bergantung pada istilah berhenti berharap itu aku.

Kerana,
Yang harus matang menilai sisip sisi itu juga adalah aku.


Aqilahzam,Irbid Jordan. 21/2/2014

Tiada ulasan: