Tenanglah duhai hati,
Perjalanan ini baru dimulai,
Andai perkara kecil tidak mampu ditempuhi,
bagaimana mungkin mendatang nanti mampu dilayari.
Tenanglah duhai hati,
kerana semua ini fitrah insani,
disinilah titik sering kali diuji,
pada hati yang berpenyakit ini.
Tenanglah duhai hati,
kembali kan kepada ilahi,
Setiap apa yang terjadi,
Pasti ada hikmah yang disimpan rapi.
Tenanglah duhai hati,
Janji Allah itu pasti,
Kerana Allah sudah meterai,
Dalam kalamNya yang suci.
"....tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah.." (yunus:64)
Tenanglah duhai hati,
Segala ujian yang diberi,
Bukan hanya kosong tanpa tersirat pada maknawi,
dan tidak akan dibiar kau jalani tanpa dipimpini,
kerana itu duhai hati,
kembalilah kepada pemilik rahsia ini.
Tenanglah duhai hati,
Jalannya pasti kau akan temui,
cuma mungkin ada lagi noda hitam dihati,
kerana itu cahaya itu tidak mampu menyinari.
Tenanglah duhai hati,
disaat ini kau sedang diuji,
teruslah untuk lebih mendekati,
kepada Ilahi, yang terlalu merindui.
Tenanglah duhai hati,
pasti ada manisnya nanti,
kerana itu Allah sudah menjanji
pada kesabaran mu tika ini.
"...hanya orang-orang yang bersabar lah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" (39:10)
Tenanglah duhai hati,
pasti, Ada jawapan nya nanti.
"Barang siapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.." (65:2)
".......Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (65:3)
Bayt Irsal,
Irbid Jordan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan