Sabtu, 30 Julai 2011

Kembali Lagi..

Assalamualaikum..


firman Allah S.W.T,
"wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (al-baqarah : 183) 

semoga kita semua dipilih Allah untuk merasai madrasah ramadhan dan marilah kita sama-sama ber'latih' marathon Ibadah sebelum tiba kepada masa yang sebenar iaitu BULAN RAMADHAN....

"seronoknya DUNIA hanya sementara, seronoknya CINTA hanya seketika, seronoknya MIMPI kadang tak pasti, tetapi.. seronoknya RAMADHAN sukar dicari ganti...." sahabat ana

ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan ramadhan...amin


p/s: buat julung-julung kalinya berpuasa di perantauan,tanpa ummi dan abah
      serta keluarga tersayang disisi...

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya

Sabtu, 23 Julai 2011

sanah helwah ayahnda..

Assalamualaikum..
sanah helwah abah ku sayang..



qila bersyukur dikurniakan seorang abah yang sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya tetapi penuh kasih sayang.

bismillahirrahmannirrahim,
Ya Allah, cucrilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil, Ya Allah, ku mohon semoga abah sentiasa dibawah lembayung rahmatMu, kurniakanlah kesihatan kepada abah, murahkanlah rezeki abah, dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan abah.. amin

abah...
syukran atas segala curahan kasih sayang dan didikan yang tidak ternilai..
syukran kerana telah menerapkan jiwa islam kepada kami..
syukran kerana banyak berkorban untuk membesarkan kami..
syukran yang tidak terhingga..

maafkan salah silap anakndamu ini... banyak salah silap anaknda kepada ayahnda..

abah memang sangat tegas terutama dalam sudut ibadah kami, pembelajaran kami, tutur kata kami (jgn sekali2 nk ckp 'aku' 'kau' ) pemakaian kami (sgt pantang kami pakai seluar kecuali sukan/ tempat2 yang sepatutnya dan sgt pantang dengan tudung kami..),, dan segala aspek2 yang lain...

Alhamdulillah yang tidak terhingga dikurniakan seorang insan yang kami panggil abah...

p/s : abah dalam tegas-tegas tapi sgt sporting.. paling best bila ber'sms'.. rasa macam dengan kawan hee..
P/s : abah suka panggil anak2 dia 'anaknda' dan ana selalu panggil 'ayahnda' ( keluarga belah abah adalah keturunan diraja ^-^)
p/s : abah adalah seorang graduan universiti al-azhar, mesir... kini adalah pakar motivasi (digelar poknik)

qila sayang dan rindu abah.....

Rabu, 20 Julai 2011

Assalamualaikum..

firman Allah:
Sungguh beruntung orang yang beriman, (yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan) dan perkataan yang tidak berguna.(al-mu'minun :1-3)

tatkala terbaca ayat ini.. teringat perbualan ana dengan abg ana time ana call dia..

abg uqbah    : qila, awak tak nak buat facebook ke? hee..
adik dia ^-^ : erm.. tak tahulah... qila takutlah.takut nanti lalai..
abg uqbah    : aik.. kata orang beriman.. kalau orang beriman dia takkan lalai..
adik dia ^-^ :erk.. baiklah abg uqbah. syukran hee...

andai benarlah kita mengaku sebagai hamba Allah yang beriman.. kita tentu takkan melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat atau erti kata lain... lagho. kan? tapi bila difikirkan balik, banyak betul benda yang tak patut kita buat tp kita buat...(mungkin ini dr sudut diri ana)

Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini.. amin

islam itu indah, indahkanlah dirimu dengannya

Selasa, 19 Julai 2011


Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman


tatkala dengar lagu ini.. sebak sendiri.
adakah diri ini mampu??
lantas ku coretkan di blog...
untuk kita sama-sama hayati..
jadi peringatan buat diri..


islam itu indah, indahkanlah dirimu dengannya..

ingatkan ku tentang satu rindu..

"terbayang satu wajah..
 penuh cinta penuh kasih.. 
terbayang satu wajah.. 
penuh dengan kehangatan.."

oh ummiku sayang

qila sayang dan rindu ummi


Sabtu, 16 Julai 2011

terikat hati


Ya Allah, satukanlah hati-hati kami.. amin.

indah senyuman itu
itu senyuman yang ku rindu
senyuman yang sentiasa ada untukku
^-^

Rabu, 13 Julai 2011

sanah helwah dik.. ^-^

sanah helwah adikku sayang...
nik faqihah farhanah
tahun ni dia darjah satu di Sek. Ren. Islam Hidayah, jb ^-^

macam tak sangka pulak hehe..
dah tua dah adik bongsu akak ilah nie...

harap faqeh akan jadi anak solehah.. rajin solat.. rajin tolong  ummi abah.. rajin belajar.. sentiasa sihat dan paling penting sentiasa dibawah lembayung rahmat ilahi..

akak ilah sayang dan rindu faqeh...


Selasa, 12 Julai 2011

^-^ pasti ada hikmah

Assalamualaikum..

Semalam kami pergi seminar di University of Jordan di Amman..
Agak semangatlah..
Kami perlu berkumpul di simsimah tepat jam 6 pagi
Dek kerana terlalu semangat maka tepat 6:00 pagi kami dah sampai…
Erk….. tak de sorang pon hukhuk..
Takpe2 sabar..
Macam2 bermain di fikiran kami

“eh, hentah2 kita berempat jer.. huhu”
“eh, sekali tak jadi”
“memang arr.. ni tido dulu tadi sempat gak”
“cecuba call ketua helwi.. “

Hampir saja kami khatam satu pengisian pagi… sampailah beberapa akhawat dan syabab..
Huhu.. dalam iklan 40 orang jer.. cepat!!!
Tuptup yang datang cam kurang arr dari 20. Takpe2 ni muka2 ‘rajin’ gi kuliah kehkeh..

Alhamdulillah kami sampai Amman dalam pukul 8 gitulah..
Bergegaslah ke dewan, sekali salah huhu…
Cari punyer cari..( syabab jelah.. akhawat ngekor je dr belakang hehe)
Alhamdulillah jumpa..
Sekali ajk kata start pukul 10 pagi..
Hah lambat lagi.. (semangat2..)

Maka kami pon pergilah jalan-jalan cari MAKANAN!!
Macam2 bermain di bibir kami

“perg.. nyesal plak gi sini.. baik pergi kelas.”
“alahai.. rindu arr dr. ahmad ridhwan”
“eh serius ke ni dapat surat pelepasan??.. klau tak dapat memang arr.. “
“klau gi kelas dulu td sempat jer.. habis kelas kol 10:15.. seminar nie bukan start on time pon huhu”
“eh klau tak best kita balik je lah sendiri..”

Sampai ada yang berniat nak gi mall.. erk tapi disebabkan ‘baik2’ belaka maka itu hanya angan2 kosong…

Sesi pagi agak arr…
Tak terkira berapa kali kami menguap.. mata pon mengalirkan cecair jernih…huhu
Tak paham ape benda..
Siap ada yang tulis

“seminar kesabaran”

Sesi petang..
Betullah setiap perkara pasti ada hikmahnyer…
Kami diberi pilihan 4 dewan..
Masuklah mana2
Istkharah kami membisik..
Dewan A ^-^

Setiap dewan ada berbeza2 pengisian..
Dewan A adalah untuk muka2 iqtisod macam kami… hehe

Alhamdulillah.. kami dapat pengisian dari pensyarah dan stdnt Phd..
-          Bait bithaman ‘ajil & gharar (in English)
-          Mudharabah ( in English)
-          Murabahah (in English)
-          Projek terbengkalai (in English)
-          ‘uruf ( in Arabic)
-          Halal haram makanan (in Arabic)

Oklah… macam tu lah kisah kami… banyak yang kami dapat dan sangat2 bersyukur terpilih untuk ke sini… ^-^

*dalam iklan di YG permai.. SEMINAR PENDIDIKAN ANTARABANGSA 2011..
Tuptup… bila sampai

“eh, awat nama dia lain?? “hihi…


INTERNATIONAL CONFERENCE ON ARAB-MALAYSIAN ISLAMIC GLOBAL BUSINESS AND ENTREPRENEURSHIP
^-^

*jangan jeles yer.. kawan2 mec. Kami kira wakil lah nie hehe.. (saya, jiha, afi, teng)

Isnin, 11 Julai 2011

indahnya andai....

'Assalamualaikum

"sebutir kali air mata jatuh kerana keinsafan, lebih baik dari sejuta mutiara dilautan... sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia, sejernih wajah kerana whuduk yang sempurna adalah lebih bercahaya dari segunung kilauan permata.. sesuci hati kerana cinta ilahi, itulah hakikat CINTA ABADI"

"IMAN yang menggerakkan hamasah dalam tarbiyah ni, kita cuba untuk suburkan rasa cinta kepada tuhannya. menangislah sepuas-puasnya, biar tangisan itu sebab Allah"


hidup disisi insan yang seluruh kehidupannya diabdikan hanya untuk ALLAH...

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya..

Rabu, 6 Julai 2011

hayati..




Opick - Rapuh
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
  


اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

Ya Allah bantulah hambaMu ini sentiasa mengingatiMu, sentiasa bersyukur padaMu dan sentiasa perbaiki ibadahku padaMu

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya

Selasa, 5 Julai 2011

merintihlah....


syukran ummi dan abah
setia mendengar rintihan anakmu ini
setia memberikan kata2semangat..

betul kata abah
Allah adalah teman paling rapat

Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini.. hamba yang mengingatiMu tatkala susah dan senang.. amin


islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya..

Isnin, 4 Julai 2011

Ingatlah...


Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji (Faathir:15)

islam itu indah.. indahkanlah hidupmu dengannya