Rabu, 30 April 2014

luka itu perlu maaf nya.

Kerana luka itu, 
kau membiarkan tanpa dirawat,
kau biarkan ia terus menyakiti seluruh jiwa ragamu, 
yang akhirnya hanya memakan senyuman mu. 

kerana luka itu, 
kau tinggalkan terus berparut, 
tanpa kau ubati dengan kemaafan,
akhirnya membengkak dan melukakan sekeliling mu. 

kerana luka itu, 
kau hanya menyimpan di lubuk hati, 
tanpa kau mencari jalan keluarnya,
akhirnya semua itu menjadi penghalang kebahagianmu, 

sedarlah... 

Luka itu, 
yang hanya kerana manusia, 
yang kau juga manusia, 
kita tak kan pernah terlepas dari khilaf dan dosa.

Luka itu, 
mungkin sukar untuk hadir maaf dan berlapang dada, 
tapi pasti kau ada baca firmanNya, 
Tuhan juga berjanji pasti ada pengampunan untuk hambaNya.

Luka itu, 
rawatlah ia, 
jangan biar ia menjadi punca, 
kau terus lari dari hakikat nyata. 





irsal
irbid, jordan


Ahad, 13 April 2014



"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia" (17:23)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (17:24)




Aqilah : umi.. rindu sangat.. penat lah umi.. rasa nak lari je...

umi     : Alhamdulillah, sedekah fatihah untuk umi.. aqilah, fafir ruu ilallah.. :)





syukran umi abah.

maaf buat umi abah risau.


balik nanti, target ku satu,

akan lakukan semuanya hanya untuk bantu umi abah.  Alhamdulillah abang uqbah dan kaklong ada untuk membantu saat ku jauh. dan ku ingin pulang berganding bahu dengan mereka. itu target ku.


moga diri ini menjadi anak yang dapat membanggakan mereka, dan menjadi saham untuk mereka di akhirat. amin.



mencari diri.

Jumaat, 11 April 2014

Tenanglah...

Bismillah. 

Tenanglah duhai hati, 
Perjalanan ini baru dimulai, 
Andai perkara kecil tidak mampu ditempuhi,
bagaimana mungkin mendatang nanti mampu dilayari.

Tenanglah duhai hati, 
kerana semua ini fitrah insani, 
disinilah titik sering kali diuji, 
pada hati yang berpenyakit ini.

Tenanglah duhai hati, 
kembali kan kepada ilahi, 
Setiap apa yang terjadi, 
Pasti ada hikmah yang disimpan rapi. 

Tenanglah duhai hati, 
Janji Allah itu pasti,
Kerana Allah sudah meterai, 
Dalam kalamNya yang suci.

"....tidak ada perubahan bagi janji-janji Allah.." (yunus:64)

Tenanglah duhai hati, 
Segala ujian yang diberi,
Bukan hanya kosong tanpa tersirat pada maknawi,
dan tidak akan dibiar kau jalani tanpa dipimpini,
kerana itu duhai hati, 
kembalilah kepada pemilik rahsia ini.

Tenanglah duhai hati,
Jalannya pasti kau akan temui, 
cuma mungkin ada lagi noda hitam dihati,
kerana itu cahaya itu tidak mampu menyinari. 

Tenanglah duhai hati, 
disaat ini kau sedang diuji, 
teruslah untuk lebih mendekati, 
kepada Ilahi, yang terlalu merindui. 

Tenanglah duhai hati, 
pasti ada manisnya nanti,
kerana itu Allah sudah menjanji
pada kesabaran mu tika ini. 

"...hanya orang-orang yang bersabar lah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas" (39:10)


Tenanglah duhai hati,
pasti, Ada jawapan nya nanti. 



"Barang siapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya.." (65:2)

".......Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" (65:3)





Bayt Irsal,
Irbid Jordan



Rabu, 9 April 2014

maaf pada titik lemah itu.

Kerana tidak semua ucapan kita, adalah yang terbaik disaat dan waktu nya.

kerana itu, berhatilah-hatilah walau hanya gurauan senda untuk menceriakan suasana.

Kerana aku juga manusia. mudah terasa walau hanya sepatah kata terlepas pada bicara bersahaja.

kerana itu juga, mohon maaf pada hati yang pernah terguris pada kata yang bagiku juga hanya lawak jenaka.



** kerana itu rasaku ketika itu, dan kerana itu juga ku memujuk hatiku **



"Semua orang yang dalam hidup kita, masing-masingnya, bahkan yang paling menyakiti kita diminta berada disana, agar cahaya kita dapat menerangi jalan mereka" salim A fillah.


Setiap yang bergelar insan. manusia.
masing-masing tidak lepas dari alpa,
dibuai menghanyut dari nyata,
yang tanpa sedar disana ada duka dan kecewa.


"manusia, antara lelaki dan perempuan. mereka tidak dicipta serupa tapi terjadinya mereka untuk saling melengkap dan dilengkap" doktor adnan


kerana itu,
sikap antara kita ada beda.

aku dan kau
itu normal untuk mereka.
tapi tidak untuk kita.

saya dan awak..
itu buat kita tersenyum suka,
tapi menggelikan dan meloyakan untuk mereka,


simple. tapi itu hakikat
kita punya beda.



"Dalam Dekapan Ukhuwwah, kelembutan nurani menuntun kita untuk menjadi anak adam sejati ; memiliki kesalahan, mengakuinya, memperbaikinya, memaafkan sesama yang juga tidak luput dari khilaf dan lupa" Salim A Fillah.



** ku juga tahu tidak semudah itu. kerana masing punya ego tingginya**



"kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasihati.

Hanya mengingatkan kembali kepada diri ini: jika kau merasa besar, periksa hatimu. Mungki ia sedang bengkak.

Jika kau merasa suci, periksa jiwamu. Mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.

Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu. Mungkin ia sedang melayang kehilangan pajakan.

Jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu, Mungkin itu asap dari amal shalihmu yang hangus dibakar riya' "




***





saat ini, rasa ingin menjadi awan yang sentiasa tenang dan menerima setiap pandangan hati dan mataku yang punyai maksud. Dikala saat itu dan waktu itu hanya Tuhan yang tahu apa yang mula tertanam disudut lubuk rasa itu. 


ingin saja ku menjauh. kerana ku tahu, semua ini hanya kerana aku. 

yang sedang asyik melayan rasa itu. 

dan kerana aku lah 

manusia itu





Bayt Irsal
Irbid, Jordan.

Sabtu, 5 April 2014


Wanita Syurga Bidadari Dunia 

Keanggunan yang terpancar darimu.. muslimah..
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona penuh berbalut takwa
Laksana surga di dunia

* Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketangguhan dirimu yang terbingkai sholehah
Perhiasan dunia tunduk pada yang Kuasa
Sejukmu menentramkan jiwa

Reff: Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta
Engkau wanita syurga
bak permata berharga
berbinar indah dalam kesucian jiwa



untuk menjadi seorang muslimah yang sebenar, bagiku tidak mudah. banyak mujahadah yang perlu dihadapi. 

kerana diri ini juga manusia biasa. pernah diuji fitrahnya. 

zaman kanak-kanak yang baru hendak mengenal dunia luar *maklumlah membesar di dalam suasana sekolah musleh dari sekolah rendah sampai lah bergelar pelajar lepasan SPM. 

ketika dihantar ke INTEC, perasaan takut, teruja, seram, sejuk semualah. 

"aqilah, awak jangan pernah save walau satu pon number lelaki kecuali abg uqbah dan abah" abg uqbah

okay set boss.~! 

ku turuti perintah itu. walau, yelah manusia. baru mahu meningkat dewasa pula. tapi jujur, bersyukur dapat amaran macam tu sebab mungkin dia lebih tahu. 

tiba-tiba


 Buka message. 
*debar*

"salam, saya ******..... "

lelaki? 

tanpa sedar dan itu untuk pertama kali dapat message dari jantina berbeza. tup tup phone tu dah tercampak (over lah jugak tapi ini kebenaran) . oleh kerana masih ada kesedaran sedikit, phone tu tercampak atas sofa je =D

*menangis*

macam mana niee?.. call abang,. *manja*

"kalau tak penting, biar je atau dia minta tolong, tolong je, tak perlu balas.. lepas tu delete kalau terganggu. " 

dan selepas2 itu, bila dapat message dah pandai dah nak buat apa, tapi naluri seorang anak gadiskan, kadang rasa macam haish.. nak balas pon ada. ahha.. kawal kawal. 

oleh kerana cik abang tahu adik dia nie masih baru dengan cabaran luar ni.. maka setiap kali cuti dan balik ke rumah, benda pertama dia akan check ialah phone. semua di check. dari message hingga lah ke gallery. 

syadid tak? tapi Alhamdulillah sebagai seorang adik, rasa lebih dijaga. 



tapi, bukan lah semua perkara tidak boleh dibuat, cuma nya bila diri ini semakin dewasa dan ada tugas-tugas yang perlu dilakukan, maka kebenaran diberi. hanya yang penting. 

tapi macam ayat atas tadi. 

naluri seorang yang bergelar anak gadis kan. ahha.. 

teruji sedkit. 

dush dush dush 
*lari laju-laju dalam sedu*


tapi Alhamdulillah, Allah tarik kembali sebelum lebih terhanyut dengan "Kebenaran" yang diberi. 


dan 

setiap orang pasti ada kisahnya, hingga kerana kisah-kisah itulah membuat diri ini lebih memahami kenapa dan mengapa ketegasan dan mengawal itu perlu . dan membuat diri ini sedar, apa yang berlaku pada mana-mana anak gadis, kadang bukan kehendak tapi dia cuma terhanyut dengan ujian yang diberi. 

dan

mujahadah itu perlukan pertolongan dari  Allah. hanya Dia sumber kekuatan itu. 


Alhamdulillah juga, dikurnikan seorang abah dan ummi yang sangat tegas dalam pergaulan dan pemakaian kami.

moga Allah redha. 



Muslimah 

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
*abang uqbah pesan, tadabbur surah nisa' 

Khamis, 3 April 2014

menghargai masa?

Bismillah..

Lama ku perhati dan meneliti..

"Menghargai Masa"

perkara paling ku tak boleh terima bila berlaku situasi temu janji.

"takpe, kita set je 3:30 petang.. comfirm datang 4 petang punya"

sampai bila dan sampai bila mind set ini harus di pupuk dalam minda?

mungkin itu, boleh untuk di tolak ansur. tapi tidakkah mereka ini mengetahui, menunggu orang-orang yang ada sikap begini menimbulkan keadaan yang menyiksakan.. dan mengambil masa bukan dia tapi orang lain juga.

***

itu temujanji dengan manusia,

macam mana pula temu janji dengan Allah.

"Allahu Akbar Allahu Akbar... hayya 'ala solah hayya 'ala falah...."

kita?

masih berlengah, time azan lah nak borak sakan sebab sebelum azan tadi study (target : nak habiskan baca sebelum azan)

tup tup 30 minit lepas azan baru angkat takbir.

tapi pernah ke kita perasan berapa minit kita terlambat?

dan ada juga yang..

"eh dah azan, kita solat kat rumah lah tapi sebelum balik rumah nak singgah kedai jap.. sempat je kan balik rumah nanti kita solat.."

mengapa nak melambat kan yang lebih utama di dahulukan.. melainkan keadaan yang memerlukan begitu mungkin boleh dipertimbangkan

contoh : azan 1 petang, kelas pula 12:30-2 ptg.

***

dan kadang-kadang ops mungkin selalu, bila ada urusan yang memerlukan kita memang kena siap awal, azan je terussss solat.

boleh pula kita bersiap awal dan solat awal. katanya mahu "حارس على وقته" (Menghargai masa) . kena sampai meeting tepat pada waktunya.







renunglah kembali. sejauh mana sebenarnya kita memahami erti "menghargai masa"

letih lah kalau setiap kali ada

 meeting atau program-program atau apa-apa sewaktu denganya, dapatlah message

"harap semua boleh tepati masa dan kalau boleh siap berwhuduk untuk mempercepatkan urusan"

tapi bila kita tiada urusan selepas waktu solat, maka kita akan berlengah .



mungkin, diri ini pernah melakukannya. merenung diri sendiri.

Selasa, 1 April 2014

..Kebergantungan padaMu Tuhan..


Penantian itu satu penyiksaan, 
Kerana penantian itu bermain perasaan, 
Kadang tenang dan kadang menggelojak debaran, 
Mungkin ini lah di nama kan ujian kehidupan. 

Bermula langkah yang lebih terkehadapan,
Fikiran sudah mula perlu pertimbangan, 
Adakah itu menjadi jawapan kepastian,
atau hanya permainan teka teki menguji keyakinan.

Tika keraguan menguasai di luar kawalan,
Istikharah juga harus terus di lakukan, 
kerna semua  itu dalam pengetahuan Tuhan, 
Jodoh, pertemuan, dan perpisahan.

Tuhan, 
pinta ku penuh pengharapan,
Pandu hati dan langkah dalam pertimbangan,
Agar segalanya dalam keredhaan Mu Tuhan. 



 Bayt Irsal,
Irbid Jordan.