Jumaat, 30 Disember 2011

Tiada Kata Terucap (TKT)

Sungguh indahnya akhlakmu
Begitu mempersona
Cintamu kasihmu
Untuk seluruh umatmu

Tiada kata yg terucap 
Satu dlm hatiku 
Untuk selalu ikuti
Langkah perjuanganmu

Tiada pernah lelah
Memikirkan umat
Engkarkah atau dalam ibadah

Dapatkah ku teladani
Luhur budi pekerti
Tegarnya hatimu
Menegakkan islammu

Tiada kata yg terucap
Satu dalam doaku
Dambaku selawat 
Selalu atas dirimu

Tiada pernah lelah 
Memikirkan umat
Engkarkah atau dlm ibadah

Tuhanku mohon pdMu
Curahan rahmatMu
Dalam setiap masa usia

Tuhan indahkan akhlakku
Seperti indahnya akhlak 
kekasihMu yg mulia

Khamis, 29 Disember 2011

...


bismillah..

31/12 - komputer
                    7/1- macroconomic , aqidah
8/1- account
        11/1 - math economic

perintah berkurung dikenakan keatas pelajar ini...
bukan berkurung semata-mata exam
tapi
kerana masih belum betul-betul sembuh 
jadi badan agak lemah


 makanan yang boleh makan sangat terhad
(macam orang pantang jer..)
dan tidak boleh terlalu sejuk

Alhamdulillah
semakin bertambah ilmu
tentang penyakit ini
tidaklah asyik ECONOMIC jer
^_^

 "dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku" (26:80)

ok, maaf salah silap, terkasar bahasa, terguris hati,
doakan saya diberi ketenangan hati dan dipermudahkan urusan

"dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan(kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna" (53:40-41)

rabbuna yusahil semua ^_^

Ahad, 25 Disember 2011

.


bahang-bahang pernikahan 
semakin mewarnai
beberapa pasangan 
sudah mengkhabarkan 
haflah mereka

TAHNIAH !!
alfu mabrook.....

ada sebuah kisah : 
saya ada seorang sahabat arab berumur 16 tahun
pada suatu malam 
dia menghubungiku

dia     : aqilah, awak boleh ke kahwin ketika masih belajar?
saya  : ermm tak tahu lah.. kalau memang ditakdir begitu.. insyaAllah
dia     : nanti awak dah habis belajar, datanglah bertemu keluarga saya
saya   : erm insyaAllah.....
dia     : 'akid? (betul ke?) - suara penuh teruja dan bahagia
saya  : (ragu-ragu) erm maksud awak.... erm boleh ulang sekali lagi?

************************************

selalu dia akan cakap fushah tapi ada satu term tu dia berbahasa 3mmi..
dan akhirnya baru saya faham..

dia ingin ku berKAHWIN dengan salah sorang ahli keluarga dia...

bendentum rasa jiwa.. 
bila saya katakan tidak..
dia seakan memaksa dan bertanya macam2 seakan kecewa..

maka disini, jangan mudah mengatakan persetujuan andai kita belum jelas maksud sebenarnya..

ok qila, kuasai lagi bahasa arab tu.... HuHu

Jumaat, 9 Disember 2011


3/12
sanah helwah adik tyra... 
moga tyra sentiasa dibawah lembayung rahmat ilahi
moga tyra terus kuat dan tabah mengharungi liku-liku kehidupan
tyra..
akk ilah tahu... cabaran awak sangat kuat..
Allah takdirkan tyra belajar disitu sebab Allah tahu
tyra mampu hadapi.. 
bersama doa mengiringi langkahmu
akk ilah sayang awak!! :)


 6/12
atok milah....
qila rindu atok
maaflah, lama tak telefon atok..
moga atok cepat sembuh 
doakan qila kat sini..
sayang atok!!


9/12
kaklong sayang...
moga terus kuat menghadapi mehnah ilahi
qila yakin kaklong mampu.
terima kasih kaklong kerana menjadi kakak yang baik..
qila bangga dengan ketabahan kaklong
moga dipercepatkan jodoh dengan orang soleh amin..



serius menitis baca blog adik abir..
yup abg uqbah adalah satu-satunya abang..
dan kami sayang abg uqbah ^_^
dik, bila nk buat pasal kakak2 awak pulak??!!

Jumaat, 2 Disember 2011

bercinta~

duit-duit

waaa AMANAH RAKYAT!!
sangat berat amanah ini
maka
ku harus galas semampu ku
firman Allah
"(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya[207] dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa." (al-imran :76)

baiklah maka
perintah berkurung 
exam berderet~
bercinta dengan econs 
Rabbuna yusahil


musim sejuk dah menjelma
maka... 
perlukan 'tenaga' 
untuk memanaskan badan
baru boleh study..~ :P

"asal study makan.. asal makan ngantuk.. maka bila study yer cik qila?"

Rabu, 30 November 2011

'penyakit' kembali~


sekarang 
'penyakit' duduk tepi tingkap mula menjadi-jadi
itu tanda
sejenis 'virus' telah menyerang kembali
ubat??
balik malaysia!!

tapi ada iktiar lain..
banyakkan berdoa agar terus diberi kekuatan

"kerinduan pada keluarga besar pahalanya" ayahnda... 

Isnin, 28 November 2011

serah kepadaNya..



tabahkan dirimu 
cekalkan dirimu
pasrahkan dirimu..
padaNya yang satu..

setiap ujian yang menimpa.. adalah dugaan dariNya..
untuk menguji tahap keimanan kita..
serahkanlah segalanya kepada Allah..

firman Allah
"Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (al-baqarah:112)


moga kita semua dikurniakan kesabaran yang tinggi untuk mengharungi segalanya..
ketahuilah..
setiap nikmat adalah ujian dan setiap dugaan juga adalah ujian


* yaAllah, beriku kekuatan untuk menhadapi semua ini.. amin


islam itu indah.. indahkanlah hidupmu dengannya...

Isnin, 7 November 2011

hari istimewa buat insan teristimewa..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah
raya aidil adha.... huu
walaupun di perantauan tp.... best!!

ok...
'ala kulli hal....

sanah helwah ummi sayang!!!
qila sayang ummi..
qila rindu ummi...
qila cinta ummi..

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada ummi, kekuatan kepada ummi, panjangkan usia ummi, rahmati ummi, dan kurniakan apa yang terbaik kepada ummi serta jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah kepada ummi.... amin





*adik-adik.... jaga ummi heh. ^_^

Isnin, 31 Oktober 2011

perubahan bukan mudah..

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang

Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji 
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....


Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, 
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al baqarah 214)

  Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (albaqarah 216)

syukran ummi dan familyku 
serta
syukran sahabat2 ku...
hidayah, nasreen,ma amirah, adik nadia 

Ya Allah, beriku kekuatan untuk menghadapi semua ini...



ya Allah, jauhi diri ini dari fitnah dunia dan akhirat.. amin 

Sabtu, 29 Oktober 2011

grrrrr........

Assalamualaikum....

di sini di bawakan waktu solat bagi mantiqah irbid....


seperti biasa....
bila dah masuk syita'
seorang abah yg tersayang bagi nasihat...

"qila, jangan makan banyak sangat.. nanti bila dah kenyang..ngantok pastu tidur.... bilanya nak study" hee.. kehkeh baik abah sayang... 

bittaufiq kepada umi, kaklong, abg uqbah
yg sedang mula berniaga.....
semoga dipermudahkan segalanya....

qila pon berniaga tp... 
ntuk jana ekonomi JOJO (johor jordan) lah...

Jumaat, 28 Oktober 2011

musim sejuk!!

Assalamualaikum..

alhamdulillah.. berjumpa lagi MUSIM SEJUK a.k.a SYITA'
25jam sehari!!
pernah ke laluinya hehe
dan dan
seperti biasa..
setiap kali musim berubah
maka...

kondisi badan juga berubah!!
tapi tak de seteruk ni hehe....

'ala kulli hal..
sakit itu ujian dari Allah..
peringatan unuk diri ini..

Ibnu Abbas R.A berkata, telah bersabda Baginda S.A.W, terdapat dua nikmat yang kebanyakannya manusia sering lupakan iaitu ' nikmat sihat dan nikmat masa lapang' ( hadith riwatat bukhari)

dan......
syukran  abir islami 
adik lelaki tersayang haha..
terharu akak ilah..
hehe

Isnin, 24 Oktober 2011

budak ekonomi!!



errrrr susahnyer... ummi!! 

sedang berperang dengan ECONOMIC!!
 GRAPH!!
TOTAL COST!!
TOTAL REVENUE!!
PROFIT!!
DEMAND SUPPLY!!
MARGINAL COST!!
INVESTMENT!!
COST bla bla bla!!
ASSETS!!
LIABILITIES!!
TRIAL BALANCE!!
SAVING!!
NATIONAL INCOME!!
TAX!!
PPF!!
IS & LM SCHEDULE!!
MONEY MARKET!!
INTEREST RATE!!
bla bla bla....

waaaa peningnyer.. minat ku pada eco naik turun.... 
imtihan ^o^
26/10 - Math Economic
27/10 - Macro economic
1/11 - Account
12/11 - Komputer
14/11 - Aqidah



Aqilah.. family nantikan kejayaan awak!! don't play play hee

MOHON DOA KALIAN

Jumaat, 21 Oktober 2011

diuji...

Assalamualaikum..

pernah rasa diuji?? 

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-baqarah:214)

takkan sewenangnya nak dapat ganjaran tanpa tempuhi halangan kan..
kalau kita nak lulus dan berjaya dengan cemerlang pun akan diuji 
inikan pula 
nak dapat kan NIKMAT DARI ILAHI..
iaitu SYURGA... 

Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya. (Al-Qalam :34)

semoga kita semua tergolong dalam golongan yang bertakwa..

3la kulli hal
bittaufiq wa najah 
kepada sahabat2 YARMOUK dan JUST

berUSAHA+ berDOA + berTAWAKAL


yakinlah janji Allah itu pasti.. ^_^

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya

Isnin, 17 Oktober 2011

kita semua pemimpin


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(hadis riwayat Al-bukhari, Muslim, Abu Daud, At-tarmizi,dan Ahmad)

ingatlah..
kita semua akan ditanya dengan apa yang kita pimpin..

ana teringat kata-kata ketua ana

"kita takut untuk disoal oleh ketua kita, maka kita bersedia mempersiapkan semuanya untuk menjawab persoalan mereka.. begitu jugalah sepatutnya kita bersiap sedia untuk dipersoalkan di akhirat kelak..."

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya

Sabtu, 15 Oktober 2011

special for u..

Assalamualaikum..

bila dengar satu lagu nie
terbayang wajah awak
awaklah salah seorang insan yang paling disayangi...
paling dikagumi...

awak sangat ambil berat pasal qila..
awak tempat untuk meluahkan rasa..
kadang air mata ini menitis bila teringat awak...
qila doakan agar
awak diberi kekuatan iman
untuk menghadapi segala cubaan..

sabar heh..
jangan pernah letih dan menyerah..
qila sentiasa doakan....
awak  dapat biasiswa untuk teruskn pengajian
dalam bidang aerospace engineering
amin ya robb...


abg uqbah.....
syukran heh.... atas segalanya.
qila bangga dengan abg uqbah ^_^


qila       : abg uqbah.. semua ingat, awak pakwe qila huhu (nada sedih)
abg uqbah : iye.. baguslah. tak delah orang berani nak kacau awak ^_^

Ya Allah, ku bersyukur kerana dikurniakan seorang abg yang sangat menitikberatkan agamaMu dan prihatin dengan adik dia nie.. berilah abg uqbah kekuatan iman dan limpahkan rahmatMu amin...

Rabu, 12 Oktober 2011

PPwoman..

Assalamualaikum...

Akhawat drill sendiri??
macam tak sangka
tapi itulah yang telah berlaku....
bersama housemate.. ma amirah
kami drill sendiri sebab tunggu PPMAN lambat sangat huhu

lepas berhabis kredit akhirnya...
dapat jugak pinjam drill dr syabab
syukran ^_^










tada!!
dah siap 
Alhamdulillah

tak pernah2 drill 
walaupun ada masalah sikit mula2
tp tak mengapa
BELAJAR DARI KESILAPAN... ^_^


Isnin, 3 Oktober 2011

sayang + rindu

Assalamualaikum....

semalam terasa seakan berada di rumah (malaysia)
sebab...
dapat skype dengan ummi dan adik-adik
dapat belajar akaun dengan dik abir
dapat teman dik beah dan dik aqeh baca buku
sampai pukul 12 malam (waktu malaysia)
semuanya melalui skype...
Alhamdulillah


ummi diapit oleh dua hero ^_^

tengah khusyuk ulang kaji akaun sbb nak ajar kakak dia nie

gambar mereka berdua study tak berapa nak tutup aurat 
jadi letak gambar lain ^_^

akak ilah doakan kejayaan adik2...
abir,beah, aqeh.. jawab periksa betul2 heh ^_^
terima kasih tolong jaga ummi kat rumah..

Ya Allah, jagalah ummi dan adik2ku dikala penjagaanku tak sampai pada mereka,sayangi mereka kala rasa sayangku tak mampu merangkul mereka dalam dakapan yang nyata, perhatikan mereka kala perhatianku tak terangkum dalam kata yang sahaja,kerana Engkau punya segala yang ku tak punya, kerana ku ingin mereka selalu menjadi ummi dan adik2ku di dunia dan harap bertemu mereka di syurga.. amin



Rabu, 28 September 2011



Alhamdulillah..
Allah telah memilihku untuk duduk bersama
mereka yang sentiasa ingin
hidup dalam suasana penuh kerohanian

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami..." amin


Di jalan ini
kita bertemu dan bersama 
moga ikatan ini
dalam keredhaanMu...
Alhamdulillah..
selepas berbincang dengan ummi dan istikharah
maka mereka inilah yang menjadi pendampingku...

--Ma Amirah, Nasreen, Aisyah Nadhirah, Nadia Fariza--

Bayt Ar-Raqaiq,Bab Syimali,Jordan

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya


Isnin, 26 September 2011


"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "
islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya....

Isnin, 19 September 2011


selamat hari lahir abir.....

”Usiamu Ibarat Mutiara,Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa.Agar Sempat Mengucup,Haruman Syurgawi

Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat ilahi ^-^


p/s Jaga ummi, dik beah dan dik faqih di rumah heh...
p/s Belajar rajin-rajin.. tahun depan SPM!!

Ahad, 18 September 2011

saat terindah

Assalamualaikum,
Alhamdulillah... cuti telah berakhir
10/8 - 16/9 menyambut Ramadhan dan Eid Fitri bersama adik-adik
di Maahad Tahfiz Makkah Al Mukarramah, Ibrahimiyyah, Mesir..

 
                   Sheikh Faraj
             (Guru Tajwid kami)


Sheikh Osman
(tasmi' hafalan jadid)
3mmu..
(menjaga kami semua,,, sgt baik)


Abla Fathiyah                                                   Abla Huda
(guru fiqh)                                                    (murajaah petang)

Eid Fitri!!

Takbir Malam Raya

khusyuk jawab soalan kuiz
(aktiviti pagi raya)

Dengar taklimat explorace 
(alamak rindu mainan cubic hijau tu!!)

Jalan-jalan di Sawah!! 
pertama kali pergi sawah haha...
bersama adik-adik

Rehlah
marsormatrouh dan iskandariah

di depan makam abu darda'


Segala jalan yang telah ku lalui
Segala pertemuan pasti berakhir
Namun suka duka yg telah terukir
Tersemat di hati

Tiba detik yang pasti tertulis
Tetap langkahmu yang telah kau pilih
Bersama kita tak henti berlari
Dan mengejar mimpi
Semoga ikatan ini
Kukuhkan smgt diri
Dan ketika masa ku hadapi duka
Kau bisikkan kata suatu kenangan terindah
Meski lewat nada yang cuma ku bisa
Kan ku persembahkan yang terbaik untuk semua
Semangati langkahmu mengembara waktu
Meniti jalanmu
Agar hidupmu yang satu kali ini
Memberi makna yang bererti
Yang terbaik buatmu
Semangati langkahmu mengembara waktu
Memberi makna yang bererti
Yang abadi

*p/s kak aqilah dah rindu dgn adik-adik semua.. datanglah jordan ^-^
*p/s  hasanah, dhabit ( cik adik!!) tataplah gambar2 mesir tu yer
*p/s nana, syukran heh... moga dapat berjaya memilih course yg terbaik!! sayang kamu ^-^


Selasa, 9 Ogos 2011

pergi...

kenderaan yang akan bawa ku pergi
Royal Jordanian 

doa bermusafir

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، {سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ} اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِيْ سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَالْخَلِيْفَةُ فِي اْلأَهْلِ، اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوْءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَاْلأَهْلِ


insyaAllah... 
Esok akan berangkat ke bumi tempat ummi dan abah bertemu jodoh
dan dan.....belajar hehe...
dan tempat kelahiran kaklong juga
MESIR!!

akhirnya impian abah, qila kira
ingin melihat anaknya menjejakkan kaki ke sana tercapai..
ada hikmah juga tidak dapat pulang ke malaysia.....
memang sangat best sambut ramadhan di jordan dan di mesir insyaAllah...
Alhamdulillah...

mohon doa kalian semua..
doakan perjalanan kami mendapat redha Allah
doakan kami selamat pergi dan pulang
amin.

p/s terima kasihlah seluruh ahli keluargaku yg tak berapa nk bagi balik malaysia,
      baru ku mengerti.
p/s emosi dah stabil dah sekarang.. terima kasih kawan2 yg bagi semangat...
p/s terima kasih kawan JUST.. sebab ber 'iftor' dan ber'sahur' sama2
      sepanjang 9hari ramadhan...sayang  korang lebih kehkeh...

ok skuad tabah sekalian!! anda memang tabah... ^-^
kita semua skuad tabah yang cool
heheh

ramadhan kareem......

Sabtu, 30 Julai 2011

Kembali Lagi..

Assalamualaikum..


firman Allah S.W.T,
"wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (al-baqarah : 183) 

semoga kita semua dipilih Allah untuk merasai madrasah ramadhan dan marilah kita sama-sama ber'latih' marathon Ibadah sebelum tiba kepada masa yang sebenar iaitu BULAN RAMADHAN....

"seronoknya DUNIA hanya sementara, seronoknya CINTA hanya seketika, seronoknya MIMPI kadang tak pasti, tetapi.. seronoknya RAMADHAN sukar dicari ganti...." sahabat ana

ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan ramadhan...amin


p/s: buat julung-julung kalinya berpuasa di perantauan,tanpa ummi dan abah
      serta keluarga tersayang disisi...

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya

Sabtu, 23 Julai 2011

sanah helwah ayahnda..

Assalamualaikum..
sanah helwah abah ku sayang..



qila bersyukur dikurniakan seorang abah yang sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya tetapi penuh kasih sayang.

bismillahirrahmannirrahim,
Ya Allah, cucrilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil, Ya Allah, ku mohon semoga abah sentiasa dibawah lembayung rahmatMu, kurniakanlah kesihatan kepada abah, murahkanlah rezeki abah, dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan abah.. amin

abah...
syukran atas segala curahan kasih sayang dan didikan yang tidak ternilai..
syukran kerana telah menerapkan jiwa islam kepada kami..
syukran kerana banyak berkorban untuk membesarkan kami..
syukran yang tidak terhingga..

maafkan salah silap anakndamu ini... banyak salah silap anaknda kepada ayahnda..

abah memang sangat tegas terutama dalam sudut ibadah kami, pembelajaran kami, tutur kata kami (jgn sekali2 nk ckp 'aku' 'kau' ) pemakaian kami (sgt pantang kami pakai seluar kecuali sukan/ tempat2 yang sepatutnya dan sgt pantang dengan tudung kami..),, dan segala aspek2 yang lain...

Alhamdulillah yang tidak terhingga dikurniakan seorang insan yang kami panggil abah...

p/s : abah dalam tegas-tegas tapi sgt sporting.. paling best bila ber'sms'.. rasa macam dengan kawan hee..
P/s : abah suka panggil anak2 dia 'anaknda' dan ana selalu panggil 'ayahnda' ( keluarga belah abah adalah keturunan diraja ^-^)
p/s : abah adalah seorang graduan universiti al-azhar, mesir... kini adalah pakar motivasi (digelar poknik)

qila sayang dan rindu abah.....