Isnin, 17 Oktober 2011

kita semua pemimpin


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".
(hadis riwayat Al-bukhari, Muslim, Abu Daud, At-tarmizi,dan Ahmad)

ingatlah..
kita semua akan ditanya dengan apa yang kita pimpin..

ana teringat kata-kata ketua ana

"kita takut untuk disoal oleh ketua kita, maka kita bersedia mempersiapkan semuanya untuk menjawab persoalan mereka.. begitu jugalah sepatutnya kita bersiap sedia untuk dipersoalkan di akhirat kelak..."

islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya

Tiada ulasan: