Alhamdulillah..
Allah telah memilihku untuk duduk bersama
mereka yang sentiasa ingin
hidup dalam suasana penuh kerohanian
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.
Oleh itu Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar, serta penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami..." aminDi jalan ini
kita bertemu dan bersama
moga ikatan ini
dalam keredhaanMu...
Alhamdulillah..
selepas berbincang dengan ummi dan istikharah
maka mereka inilah yang menjadi pendampingku...
--Ma Amirah, Nasreen, Aisyah Nadhirah, Nadia Fariza--
Bayt Ar-Raqaiq,Bab Syimali,Jordan
islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya
5 ulasan:
hehe... seronok bergelak ketawa bersama cik nik ailah kita ni... ^^
alhamdulillah,semoga bahagia dengan mereka ^^
tnpa nama> hehe.. yeke ^-^
aliyah> amin alhamdulillah.. nnt jemput2lah dtg hehe
mcm pernah dgr je nama org2 dalam ni...
duduk rumah ni, pilihan sendiri atau wajib pindah? :)
- along rindu mesir. :P
kaklong>
hehe... nadia tu junior smih.. yg lain tu ex-sek under musleh
wajib pindah sbb junior plak ddk sakan tu..
sabar heh kaklong.. ada rezki, kita ziarah negara kelahiran kaklong tu insyaAllah,, amin ^-^
Catat Ulasan