Rabu, 26 Januari 2011

jelajahku.... part 1


Alhamdulillah… akhirnya JORDAN menjadi pilihanku untuk menimba ilmu dan merehatkan minda sempena cuti sem 1 tahun 1…..
Jelajah Jordan (JJ) bermula pada 17-22/1/ 2011
Jam 7pg kami budak2 sakan kuning seramai 9 orang menyeret beg roda masing2 ke tempat berkumpul ( cam nak lari sakan plak rasa hehe)
Teruja bile tengok bas yang akan kami naiki besar dan sangat selesa ( hadiah dari syarikat bas sbb coaster dah habis yea..yea..) ops.. Alhamdulillah ^-^

 Ok, perjalanan kami bermula…..
Hari pertama
Menuju ke……..
Umm qays
Merupakan tempat pentadbiran bagi masyarakat dahulu dan kini menjadi pusat pelancongan yang terkenal di jordan…






Ghour urdun
 Disini kami meziarahi makam para sahabat… bau harum yang terhasil dari makam para sahabat ini benar2 menusuk kalbu dan bagi hati2 yang tersentuh pasti akan mengalirkan air mata… sungguh, betapa besar pengorbanan mereka dalam menyebarkan islam kepada seluruh ummat.  Ditempat ini dikatakan diserang penyakit taun amwaz dan menyebabkan kematian ramai para sahabat.

Makam yang ada disini ialah…
muaz bin jabal,abdul rahman bin muaz , shurhabil bin hasanah, abu ubaidah bin jarrah


makam nabi yusya3
pada asalnya kami sangka jasad nabi yusya3 sepanjang ini tetapi setelah diterangkan oleh pak arab yang bertanggungjawab menjaga makam ini… sebenarnya makam nabi yusya3 sepanjang ini kerana berlaku andaian sama ada jasad nabi yusya3 di depan / tengah / belakang… wallahu’alam.


Hari ke2
Kami menuju ke amman…
Makam nabi syu’aib
Ayat tentang nabi syu’aib dan kaumnya dalam Al-qur’an ialah surah hud ayat 84-95

Laut mati
Ini adalah kali ke 2 saya menjejakkan kaki ke sini.. Dikatakan tiada hidupan di situ dan tiada haiwan walau seekor burung pon yang singgah disitu, menunjukkan betapa Allah melaknat tempat itu. Air disitu dikatakan 7kali ganda lebih masin dari air laut biasa. Kelikatan tinggi dan boleh nampak dengan mata kasar kelikatan air tersebut dan Isi padu air disitu juga akan berkurang 1 inci setiap tahun




Jabal nebo
Terletak di pertengahan antara tempat2 lain di kawasan tersebut….


Masjid biru
Kami singgah sebentar disini untuk menunaikan sembahyang dan makan tengahari.. masjid ini adalah merupakan Masjid Negara dan dipanggil masjid biru kerana berwarna biru…. 



Jabal qal’ah
Dikenali juga sebagai amman citadel. Merupakan kubu dan istana ummat islam pada zaman dahulu..



City mall
Kali pertama menjejakkan kaki ke sini.. nak cerita tanpa disangka akan melaburkan duit dalam kuantiti yang banyak untuk membeli camera… harga?? Rahsia…..

Mampu lagi ke nak baca?? Hehe ok… jom jelajah 
hari ke 3

Satu tempat je kami pergi ….

Petra
Tempat dimana bukit2 yang telah dipahat oleh masyarakat pada zaman dahulu untuk dijadikan rumah dan perkampungan mereka.. Alhamdulillah kami Berjaya mendaki hingga ke atas.. dikatakan hampir mencecah 700 anak tangga yang perlu kami daki untuk sampai ke puncak.. atas dorongan teman2 ku Berjaya juga dan ku dirawat oleh bakal2 doktor kerana berlaku pendarahan bibir (haha…) agak banyaklah dan gigiku juga berwarna merah… kami mengambil masa yang sangat lama untuk daki dan turun (tengahari-malam) huh..





Oklah.. sudah penat menaip dan insyaAllah akan disambung untuk hari ke 4-6.. 
detik yang sangat menarik  ^-^

*untuk familyku.. gambar akan ku emailkan, tunggu hehe… ^-^ 
*syukran sahabat2 ku kerana menyumbangkan gambar kalian hehe 'thanx bro' ^-^
*gambar2 ini hasil dari 7buah camera hihi .. 


Tiada ulasan: