Assalamualaikum..
sanah helwah abah ku sayang..
qila bersyukur dikurniakan seorang abah yang sangat tegas dalam mendidik anak-anaknya tetapi penuh kasih sayang.
bismillahirrahmannirrahim,
Ya Allah, cucrilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil, Ya Allah, ku mohon semoga abah sentiasa dibawah lembayung rahmatMu, kurniakanlah kesihatan kepada abah, murahkanlah rezeki abah, dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan abah.. amin
abah...
syukran atas segala curahan kasih sayang dan didikan yang tidak ternilai..
syukran kerana telah menerapkan jiwa islam kepada kami..
syukran kerana banyak berkorban untuk membesarkan kami..
syukran yang tidak terhingga..
maafkan salah silap anakndamu ini... banyak salah silap anaknda kepada ayahnda..
abah memang sangat tegas terutama dalam sudut ibadah kami, pembelajaran kami, tutur kata kami (jgn sekali2 nk ckp 'aku' 'kau' ) pemakaian kami (sgt pantang kami pakai seluar kecuali sukan/ tempat2 yang sepatutnya dan sgt pantang dengan tudung kami..),, dan segala aspek2 yang lain...
Alhamdulillah yang tidak terhingga dikurniakan seorang insan yang kami panggil abah...
p/s : abah dalam tegas-tegas tapi sgt sporting.. paling best bila ber'sms'.. rasa macam dengan kawan hee..
P/s : abah suka panggil anak2 dia 'anaknda' dan ana selalu panggil 'ayahnda' ( keluarga belah abah adalah keturunan diraja ^-^)
p/s : abah adalah seorang graduan universiti al-azhar, mesir... kini adalah pakar motivasi (digelar poknik)
qila sayang dan rindu abah.....
1 ulasan:
comel ^_^
Catat Ulasan