Jumaat, 11 Mei 2012

H.U.S.N.A...

"dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (8:63)


Benarlah, hati ini milik Allah, Dia lah yang berkuasa menyatukan dua hati
dua hati yang berbeza, dua hati yang sama-sama menyintaiNya..

kata orang dari mata turun ke hati..
tetapi tidak pernah bertentang mata juga boleh turun ke hati..

mengenalinya hampir 2 tahun,
dan hati ini rasa terlalu dekat dengannya.
tidak pernah kami bertemu,
tidak pernah kami bertentang mata,

kadang macam tak sangka, akan bertaut hati dengannya, saling berbalas nasihat, saling berkongsi cerita, dan inilah yang sedang berlaku..

kadang, soalan2nya tentang bulatan gembira, jadikan diri ini tersenyum bahagia, kerna dia seolah dihantar untuk menjadikan saya semakin sayang DnT dan sayang mereka yang bersama dalam jalan ini..

melalui alam maya.. ye melalui blog kami berkenalan

Alhamdulillah, Allah satukan hati kami..

insan ini sangat istimewa di mataku, sangat menjaga tutur bicara, sangat menghormati pendapat orang lain, yup teringin benar bertemu dengannya...

husna ye dia adalah adik husna... mungkin banyak lagi yang belum tahu tentangnya.. tapi usaha kearah itu mendalam...

kak qila sayang husna ^_^



Tiada ulasan: