Jumaat, 24 Januari 2014

Mujahadah.


Baru-baru ini terbaca terjemahan ayat nie (ber tahun baca qur'an, baru kali ini perasan >.< ) 

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar" (3:142)

dush. belum nyata..! ye aqilah. belum nyata. 

Jihad. apa yang Allah maksudkan dengan jihad disini ... hrrmm 

- Berperang menegakkan Islam dan melindungi orang Islam
- Memerangi hawa nafsu 
- Mendermakan harta benda untuk kebaikan Islam dan umat Islam 
- Menbanteras kejahatan dan menegakkan kebenaran





pernah dengar tak atau mungkin anda makan garam lebih daripada saya. =0

suatu hari, kita tekad.. 

"hari ini, aku tekad.. aku nak puasa. haish dah lama tak puasa.. kena jugak puasa" 

tiba-tiba ..

"jom anak-anak makan.. mak masak nasi lemak, sambal sotong dengan ayam goreng berempah..haa ada lagi, dengan nasi goreng kampung, sup sayur campur, sambal tumis.. jom jom hari ini je mak rajin nak masak, lepas ni makan nasi putih dengan ikan masin je yer... hehe"


dushhh.. time-time nie. sabar aqilah sabar.. 

"sedaappp nyerrr.. eh aqilah jom makan . sedap kott.. " 

ehem, alamakk tapi.. hemm tapi aqilah macam nak puasa. <harap-harap diorg tak habiskan> hukhuk


maka sedang diuji. kesabaran dan terus bertekad. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


mungkin nampak simple. 

tapi kalau sesimple ini pon kita tak pernah atau tak mampu lalui. 

memang jelas BELUM NYATA JIHAD KITA 

dan macam mana nak hadapi jihad besar kalau jihad lawan hawa nafsu pon kus kus nyawa-nyawa ikan. gulp!








haishh.. nak makan kee tak, nak makan kee tak? 


Tiada ulasan: