Rabu, 26 Februari 2014



"Unzur maa dzaa khaalatha qalbak" 
Lihatlah yang telah bercampur dengan hatimu?
(Al-Junied)


Bismillah

"Ya Allah, Aku memohon petunjuk daripadaMu dengan IlmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaan Mu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguh Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini _ adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya, dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini _ mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya"

amin ya rabb. 



Episod memilih dan terpilih,

diri ini bukanlah insan yang layak untuk berkata lebih atau memberi solusi nya. tapi berhati-hati lah. mana mungkin kita mampu buat sesuatu keputusan yang melibatkan hati-hati insan sekeliling kita andai kita sendiri masih ada masalah-masalah hati yang tidak selesai. 

Segalanya berbalik kepada hati. 

"Ana dulu bila datang perkara ini, resah gelisah sampai futur. Astaghfirullah.. " ukhti I

bersihkan hati, kembalikan kepada pencipta. yakinlah Allah tahu dan Allah pasti tahu setiap langkah yang kita akan buat dan tahu baik buruk langkah kita dan Allah tahu penghujungnya bagaimana. 


Allahu rabbi, pegang hati ini, lindungi hati ini,



** sekadar lintasan hati, bukan sebab jodoh semata, tapi untuk setiap perkara. kerana diri ini juga manusia, kita tak tahu setiap apa yang bakal berlaku selepas ini. mohonlah petunjukNya..**



____________________________________________________________


Alhamdulillah, 

kembali dari markaz sihhi (pusat kesihatan)

hasil pemeriksaan darah.

anemia. 

punca? wallahua'lam

kali ini ubat lama, sudah habis, sakit lama masih dalam proses. bermula episod dengan ubat baru. 



Alhamdulillah, 

Allah masih rindukan diri ini, kerana itu Allah beri semua ini. 

Ya Allah, tambahkan rasa kasih dan sayang dalam hati ini agar hati ini mampu membalas kasih sayang Mu. 


" Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang redha dan diredhaiNya" (89:27-28)



Alhamdulillah, call umi abah. hanya titisan yang mampu diiringi. tanpa sepatah kata. mereka memahami keadaan ini. Alhamdulillah  Allah kurnia ummi abah yang sangat dekat hatinya dengan Allah hingga ketenangan mereka mampu menenangkan hati ini. 




bismillah, Aku bertawakkal kepada Mu. 

Bayt Irsal,
Irbid Jordan.


6 ulasan:

nik atirah berkata...

ya Allah , Engkau tentukan lah yg terbaik untuk kami . kami tidak mmpu berbuat ape2 tanpaMU. kuatkan lah kami . ameen .


anemia ? sakit ape tu ? .

byk nya ujian untk awk . moga awak kuat . kuatt !

aqilah azam berkata...

ameen..

hehe alaa sakit biasa2 je.
doakan kakak awak ni dapat kawal emosi dgn semua ini. *emosi memang tunggang langgang* T.T

in sha Allah, dengan semua ini dpt bina kekuatan.

Tanpa Nama berkata...

Qilah, syafakillah..
Semoga awak diberikn kesihatan dan kekuatan..
lama tak sembang ni..jangan malu2 nak mintak tolong..
Marilah ziarah ke rumah, eh eh rasa mcm kite je yg kena ziarah enti ni..hehe, -.-'
lama tak mai sini kan..
nanti ana masak sedap2 utk enti :D

tyraazam berkata...

tirah dh buat research la psl sakit tu . akk ilah kne bykkn rehat . ptu ingt pesan umi , mkn kurma byk2. makan habatus sauda tu . haaa .

in sha Allah . awkk kuatt . tirah pny emosi ni pon mcm ombak yg bergelora ni . :'(

aqilah azam berkata...

ukhti yang malu segan nak letak nama... ana on je nak ke rumah enti tp sediakan tempat beradu siap2 lah.. sbb ana kalau dah jalan tu mmg penat dia bukan main melampau. hehe :D

aqilah azam berkata...

tyra : heheee baiik! doakan lah. umi kata ibu mengandung je selalu kena anemia nie. adoi penat rupanya bila kena anemia. emosi tunggang terbalik. heee

in sha Allah tyra, bykkan zikir. Awak boleh~! :) *dh nk grad ni mmg emosi ber ombak, hehe tp ombak kan best. *tiba2*