Isnin, 22 April 2013

hanya Dia.


tiba saat itu, jatuh dan futur. esok pasti akan tiba. diri kita mungkin bukan lagi diri kita. sedar, itu dariNya perlu kembalikan kepadaNya.

yakin dan percaya. tiada ujian yang datang. dengan tujuan sia-sia. hanya untuk uji tahap iman. jua mengukur keyakinan bahawa ini dariNya.

disini, saat ini. kepercayaan dan keyakinan itu makin hilang. usaha dan ikhtiar kabur. rela membiarkan tanpa jawapan.

ia datang dan pergi. janji Allah itu pasti. hanya Dia.

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu,maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia..." (11:107)

Ahad, 24 Mac 2013

kejayaan itu milikMu


Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara


"dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya,
dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna" 
(53:39-41)

Alhamdulillah, Allah beri kejayaan dalam SPM kepada adik lelaki tersayang..

Abir, kejayaan itu adalah satu ujian dan kegagalan juga satu ujian,
moga kejayaan ini semakin menambahkan keimanan kita kepada pemberi kejayaan..

Abir, selepas ini langkah awak semakin jauh, terus melangkah dan terus melangkah..
dan ingatlah, tika itu, pelbagai onak dan duri menanti..

Moga Abir terus melakar kejayaan untuk kita sekeluarga di dunia dan di syurga abadi.

* lagu kat atas tu, dedikasi dari abang uqbah kepada kak qilah.. kini, kak qilah dedikasi untuk awak*




terima kasih umi abah
tanpa doa, restu, nasihat umi abah
tiadalah senyuman kejayaan kami adik beradik
tidak kira, dalam pelajaran atau kehidupan
didikan umi abah, membentuk kami sekarang
^__^


abir, dah besar dah awak
terima kasih tolong jaga umi dan adik2 kat rumah
teruskan melangkah 


Isnin, 25 Februari 2013

Disisi ukhuwwah ini


karena beda antara kau dan aku sering jadi sengketa

karena kehormatan diri sering kita tinggikan di atas kebenaran
karena satu kesalahanmu padaku seolah menghapus sejuta kebaikan yang lalu
wasiat Sang Nabi rasanya berat sekali :
"Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara"

mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak saja
menjadi kepompong dan menyendiri
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam
bertafakur bersama, iman yang menerangi hati
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia

Lalu dengan rindu kita kembali ke dekapan ukhuwah 
mengambil cinta dari langit dan menebarkannya ke bumi
dengan persaudaraan suci, sebening prasangka, selembut nurani
sehangat semangat, senikmat berbagi, dan sekokoh janji



Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A Fillah 



suatu ketika dulu 

"erm.. awak..akak harap awak sudi duduk Rumah Islam selepas keluar sakan.. " murobbiah ohsem


maka RI Ar-Raqaiq terbina.. bersama mereka yang entah siapa, asal mana, malah nama pon mungkin ingat2 lupa.. terbina kami berlima di situ.. 


siapa sangka.. perjalanan yang mula kaku tanpa bicara. ku berlegar2 dirumah itu diam membisu. 


sesi ta'aruf bermula. 

sedikit demi sedikit mula kenal tiap2 hati yang sedang menyatu.. diiringi titisan demi titisan air mata kerna janggal bersama melayari bahtera rumah islam. 

ketika ini, benarlah tahap pertimbangan rasa hati.. saling memahami agak teruji. manakan tidak, sudah berjanji taat setia di dalam satu lingkungan gaya hidup bersama mereka yang tidak pernah di ketahui walau sedikit latar belakang.. nama dan universiti (hanya itu ter submit dalam data akal) 


kadang rumah itu sunyi sehari mungkin berhari-hari dan kadang hampir minggu.. yes, mereka menebar mencari kekuatan, mencari 'mangsa' untuk menjadi ukhti fillah. 


cuba untuk memahami... satu demi satu kenyataan dan makna sebenar rumah islam. 


"akk, kenapa saya rasa sangat kesunyian dirumah itu.. adakah ini yang dipanggil rumah islam? " bertanya diri ini yang belum benar2 mengerti apa itu rumah islam


"erm.. biasalah qila.. selalu dalam setiap rumah islam pasti akan ada seorang yang lebih suka di rumah, menyiapkan kelengkapan ahli rumah islam nya, tapi dia juga yang amat diperlukan ketika sayapnya pulang setelah keluar menebar kasih dan sayang" murobbiah haraki :D


"tapi akk, saya tak boleh terima keadaan macam ni. saya tak biasa.mungkin saya akan pertimbangkan untuk terus di rumah islam.. " diri ini (zaman belum benar2 faham)


menolak. merajuk. menyendiri. tiada yang berani menegur tatkala bertandang ke rumah islam kami. 


waktu berlalu.. mungkin kerna masih baru, masih terlalu banyak perlu dipelajari.. maka tidak banyak ku kaut dari rumah islam itu... dan hadirlah detik ini kembali..

"awak, ini senarai nama ahl rumah islam awak nanti. kita semua akan berpisah tapi ukhuwwah kita takkan pernah putus. nanti rajin2lah datang rumah2 kami yer.. " ahli RI ar- raqaiq


fuh, hati ini mula meragui.. bersama senarai itu... terbayang wajah mereka. hanya wajah dan hanya nama. belum pernah bermuamalat. mampukah untuk mengulang detik lalu? 


"Bismillah.. esok jom kita ke kedai makan.. ta'aruf dan bincang sikit2 untuk rumah islam kita nanti " message dari mas'ulah (orang yang bertanggungjawab) rumah islam kami 

monolog dalaman : mampukah untuk bersama mereka pulak? ya Allah bukalah pintu hati ini untuk menerima


diam. 


kepulangan ke malaysia, mencari sumber kekuatan. 

"awak, kalau ditakdirkan awak di jodoh kan dengan insan yang awak tidak pernah kenal dengan dia.. inilah peluangnya untuk awak belajar..kenal dan belajar memahami " ukhti :)


susunan Allah cantik. sangat cantik. pengalaman dari rumah islam lama banyak mengajarku untuk lebih terbuka hati, belapang dada, memahami kesibukan para murobbiah mencari mad'u nya, para hambaNya mencari cinta kekasihnya.. 

kini, tersenyum. mula melaju mula melangkah. 


"terima kasih qila. akk bahagia tengok awak sekarang" akak2 murobbiah 


Alhamdulillah. kini Rumah islam Irsal. keakraban ini anugerah Allah. kasih sayang ini milik Allah. 

Alhamdulillah. mula mengerti dan sedang cuba mendalami erti rumah islam dan ukhuwwah islamiyah itu sendiri. 




siapa kata ini hanya untuk orang yang dah berkahwin jer? 
kami juga sedang saling membina diri  :)

bak kata kak syima : setiap kali ahli rumah islam berubah, maka sesi ukhuwwah islamiyah bermula dari awal. 




Sabtu, 29 Disember 2012

pari-pari cinta


" dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka... " (8:63) 

dijalan ini kita bertemu dan menjalin robithoh hati.

Alhamdulillah di jalan ini, Allah kurnia pari-pari cinta
bersama mereka tersenyum, bersama mereka menitis air jernih, bersama mereka men top up segalanya untuk jalan ini, bersama mereka ber dating bersama kekasih agung, bersama mereka mengenal erti jalan ini, kekuatan bersama, kekusutan bersama..

hanya Allah sahaja yang tahu, betapa rasa rindu yang begitu mendalam tatkala tasbih kifarah dan surah An-nas dibaca dan terubat rindu tatkala pembuka majlis di alunankan.



" Barang siapa dikehendaki Allah, akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk menerima islam"

ye inilah puncanya, Andai Allah tidak izinkan hidayah menerpa di hati-hati kami (na'uzubillah) maka mungkin tiadalah pari-pari cinta yang bersama-sama menebarkan cinta kasih dan sayang..

Berbulatan lutut selisih lutut, setting ovoo hampir sejam lebih, jadi chef untuk meeting pari-pari, meraikan bertambahan bilangan umur, ta'aruf mama pari-pari baru, kirim2 doa untuk pari-pari, layangkan surat cinta, berqodoya sambil selit2 untuk tahu rahsia (hukhuk), mententeramkan hati yang lara, menghiburkan hati yang tersenyum bahagia.... ~~~


ber ovoo di malaysia 


birthday pari-pari kami !


dah berapa ramai mama kami ada :)


moga ikatan ini ikatan yang didalam redhaNya 


Jalan ini jalan panjang dan kekuatan itu bukanlah dari kita tapi dari Allah. dan Allah hadirkan insan2 di sisi untuk saling menguatkan.