ku terbaca dari sebuah buku hadiah yang ku terima di INTEC (peliharalah dirimu duhai wanita).. kisah ini memang menarik minatku dan beri kesan kepada hati ini dan lantas ku menekan "create new bloger" summa sign in... hihi
hayati kisah ini........
Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi’atul Adawiyah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwhudu’, itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut.
Tiba- tiba Rabi’atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, “Hei,jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini.”
Si pencuri tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok tersebut. Dia juga hairan kerana baru kini dia menemui tuan rumah yang baik hati seperti Rabi’atul Adawiyah. Kebiasaanya tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.
“sila ambil sesuatu.” Kata Rabi’atul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.
“tiada apa-apa yang boleh ku ambil daripada rumahmu ini.” Kata pencuri berterus-terang.
“Ambillah itu!” kata Rabiatul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi yang buruk tadi.
“Ini hanyalah kendi buruk yang tidak berharga.” Jawab si pencuri.
“Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil whudu’ menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang berharga daripada pondok burukku ini.” Balas Rabi’atul Adawiyah.
Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi’atul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan membawa ke bilik air, lalu berwhudu’ menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan satu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.
Rabi’atul Adawiyah lantas berdoa, “Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapanMu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmat-Mu”
ku merenung jauh.. adakah mampu ku mencontohi sifatnya??
islam itu indah.. indahkanlah dirimu dengannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan