Khamis, 23 Jun 2011

ayuh!!

ke arah mencari CINTA-NYA

Pada suatu masa yang ditetapkan…

Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..

Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..

Hantarannya..sakit dan nazak..

Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..

Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..

Wangian gaharu dan cendana..

Keranda jadi pelaminan..

Pengantin bersanding sendirian.
.
Di arak keliling kampung..

Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..

Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..

Siraman air mawar..

Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..

Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..

Di kamar bertilamkan tanah..



Dan Dia menuntut janji..

Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..

Atau terkubur bersama dosa-dosa…

Dan Dia Kekasih itu..

Menetapkanmu ke syurga..

Atau

melemparkan dirimu ke neraka


ke arah mencari cintaNya




“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.”                                     (Al-Anbiya`: 35)


Abu  Hurairah ra berkata:
"Rasulullah S.A.W bersabda: barangsiapa bertaubat sebelum matahari terbit sebelah barat, Allah akan menerima taubatnya" riwayat muslim.


nabi bersabda dalam hadith lain
" Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama mana nyawa belum sampai ke lehernya"


firman Allah
"Dan bertawakallah kepada Allah Yang Hidup, Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hambaNya"
(Al-Furqan:58)


islam itu indah, indahkanlah hidupmu dengannya





Tiada ulasan: