Ahad, 12 Jun 2011

~Tabahkan Hati~


Benar, berkata lebih enak dari melaksana. Memberi pandangan tidak merasa realiti yang sebenarnya. Hanya anda dan Allah yang tahu. Dan Allah tahu segalanya. Apa sahaja rasa yang terlahir hadir dengan izinNya, Allah jualah jadikan itu untuk menguji sejauh mana sayangnya anda kepadaNya. Mintalah bantuannya.
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
بَلَىٰٓ‌ۚ إِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ وَيَأۡتُوكُم مِّن فَوۡرِهِمۡ هَـٰذَا يُمۡدِدۡكُمۡ رَبُّكُم بِخَمۡسَةِ ءَالَـٰفٍ۬ مِّنَ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ مُسَوِّمِينَ                        Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing.(Surah Ali-Imran 3 : Ayat 125) 
so.. marilah kita sama-sama tabahkan hati kita.. ^-^

islam itu indah... indahkanlah hidupmu dengannya

Tiada ulasan: